Daily Blog Challenge | 1 hari 1 perkara baru ! | 1/7


Assalamualaikum wbt.

Tiba-tiba sungguh ada entri baru kann. Begini, memandangkan cuti aku ini tidak menampakkan cuti yang produktif, maka aku tiba-tiba terfikir untuk menggiatkan diri aku di arena blog ini. Ya bukan semua pun tahu akan kewujudan blog ini dan yaaaa siapa yang mahu tahu Zafirah ada blog??

Ini cuma untuk kepuasan diri sendiri sahaja. Tambahan pula, ini lah aku. Seorang manusia yang typical dengan hobi menulis di ruangan internet sebagai bayangan memories last forever. Bila dewasa nanti, aku boleh jejak kembali Zafirah muda mudi dulu macam mana kan?. Or should I say this as public diary?. Ha boleh juga lah kikiki.

Seperti yang tertera pada tajuk di atas, ini adalah challenge yang aku reka sendiri untuk challenge diri sendiri juga hahaha. Aku akan update blog setiap hari mengenai perkara yang aku lakukan sepanjang hari tersebut selama 7 hari = seminggu. 

Isi entri bagi daily blog ini tidaklah terperinci dari aku mula buka mata sampailah aku pejam mata balik untuk tidur. Aku hanya akan tulis perkara baru atau perkara yang luar dari kebiasaan aku buat. Macam yang tertera pada tajuk di atas, 1 HARI 1 PERKARA BARU.

Jadi, mari saya mulakan untuk hari pertama.

Perkara yang wajar untuk di-highlight pada hari ini adalah, 

MEMANCING BERDUA BERSAMA MAMA. 


Bukanlah bermaksud ini adalah pertama kali aku memancing tapi aku boleh kata ini adalah aktiviti yang setelah sekian lama aku tidak buat! Sehinggakan aku sendiri tidak boleh recall bila kali terakhir aku memancing. Lagi awesome berdua sahaja dengan mama kikiki #BondaBonding sangat :)




selain itu,

AJAR ADIF DAN YAYA RUJUK KAMUS

Aku bagi perkataan dalam Bahasa Inggeris, Adif cari dalam kamus maksud dalam Bahasa Melayu.

Bagi perkataan dalalam Bahasa Melayu, Yaya cari dalam Kamus Bahasa Arab perkataan tu.


I can see their excitement masa jumpa perkataan tu. Cuma Yaya lah banyak mengeluh cakap tidak jumpa padahal ada jaa dalam kamus tu.
Adif pula siap cakap, "Adif bawa kamus ni pegi sekolah" wahhh semangat!. Aku cakap,, dalam library sekolah mesti ada kamus. Siap bagi pesanan minta mama dorang belikan kamus sorang satu :')

Seterusnya,

KAD HARI JADI YAYA



Sejak cuti ini, aku suka bawa anak buah aku buat kad bila ada dalam family yang birthday. Hari jadi Yaya tidak terkecuali. Ya, hakikatnya aku sahaja yang teruja. Disebabkan oleh mood cuti yang masih membara, jadi mengapa aku tidak buat sesuatu yang boleh disimpan oleh anak-anak buah aku? (walaupun kebarangkalian untuk mereka simpan lama tu amat mustahil tapi aku percaya, melihat mereka gembira masa terima kad itu adalah sangat bermakna).










Betul lah selalu dikatakan bila kita buat orang happy, kita akan dapat rasa kebahagiaan yang berganda.


Ha itu sahaja lah untuk hari ini. Bukan perkara pertama kali buat pun tapi dikira sebagai perkara yang pernah dibuat tapi setelah sekian lama tidak dibuat. Jumpa esok in shaa Allah!



Ma'a salamah!


Comments

Popular posts from this blog

Tentang header

Siapa Malaysia?

Tentang convo.

eg tukar 2

Birthdays in January