Posts

Showing posts from September, 2016

Cikgu dalam perjalanan.

Bismillah. Ini minggu pertama aku untuk semester 3 pengajian aku. Ya, baru semester 3, aku ada 5 semester lagi untuk dihadapi. Rasa lama, tapi tidak perlu rasanya aku mengira setiap detik dan hari untuk menamatkan tempoh pengajian yang bersisa 3 tahun lagi ni. Macam yang kita selalu dengar, Just living with the flow. Time flies~ Salah satu subjek aku ambil semester ini adalah Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah dan Dasar. Tadi kelas pertama. Nama subjek bukan main lagi kan macam esok layak jadi guru kalau khatam subjek ni. Tapi in shaa Allah, sedang dalam perjalanan :) Aku tertarik dengan beberapa ayat yang pensyarah aku cakap tadi dalam kelas. Jadi aku mahu tulis di sini. Ya lah, ada juga aku baca-baca nanti. Pensyarah aku beritahu pasal tugasan-tugasan yang kami perlu selesaikan sepanjang semester ini. Antaranya, melengkapkan 14 unit pembelajaran dan mesti dilengkapkan dengan menggunakan tulisan tangan (hand-written). Rasionalnya apa selain mengelakkan pe