Saya?


Assalamu'alaikum!

Hai!


Nama diberi Siti Zafirah.
Lebih selesa dipanggil Zafirah bagi yang belum mengenali.
Berumur 22 tahun genap pada 28 April 2017 (Alhamdulillah)
Seorang pelajar lepasan STPM yang sangat pemalu(atau pemalas) mencari kerja di luar sana dan lebih rela mereput di rumah melakukan rutin harian pelajar yang bercuti panjang(susah sangatkah aku cakap yang aku ni "penganggur berjaya"?!) kini dalam perjalanan menuju cita-cita.
Seorang yang mempunyai harapan tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.
Seorang yang bercita-cita menjadi pendidik dalam masa yang sama menyimpan impian menjadi seorang pegawai di Tabung Haji kikiki :)




Seorang yang amat mencintai dan menyayangi keluarga,
Seorang yang sangat menghargai sahabat-sahabat yang hadir dalam hidup.
Seorang yang amat mengagumi kecekalan guru-guru yang mendidik.
Seorang yang mudah terinspirasi dengan mereka yang layak dijadikan inspirasi termasuk ahli keluarga dan kawan-kawan sendiri siap "stalk" sedaya dan semampu yang boleh gigih "scroll down" post post lama mereka di laman sosial*terus tukar karakter jadi Detektif Conan*



Seorang yang sangat suka kepada persekitaran positif.
Seorang yang dalam usaha sentiasa memperbetulkan niat melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas dan Lillahita'ala.



Seorang yang suka makan ais krim potong dan cendol serta pencinta laksa penang(tiba-tiba sungguh). 
Seorang yang sangat cenderung untuk teruja bila nampak gajah kerana baginya gajah adalah salah satu daripada makhluk Allah yang sangat comel dan amazing penciptaannya maa sha Allah!.



Seorang yang sangat suka kepada huruf dan perkataan. Maksudnya, suka menulis dan suka membaca.
Seorang yang suka mengutip kenangan manis dan dilakar indah dalam buku melalui tulisan yang tidak berapa mahu cantik tapi cukup untuk buat dirinya tersenyum sendiri membacanya kembali.
Atas sebab itu juga dia berblog. 
Dia menulis kenangan indah, meluahkan kata-kata dan melakar tulisan minda serta rasa dalam blog ini.  
Mula berblog pada 23 Januari 2013 semasa cuti SPM.


Berpegang kepada prinsip penulisan:

"Sesungguhnya jari jemari yang menulis adalah dekat dengan hati dan segala yang ditulis adalah peringatan untuk diri sendiri."

Seorang yang amat berharap, semoga segala tulisan dalam blog ini membantu dalam memberi saham akhirat kepadanya kelak in shaa Allah, amiin.



Akhir kalam,

terima kasih kerana sudi membaca!
semoga Allah memberkati



:)




Post a Comment