a little something to remember


Assalamu'alaikum.
Hai *melambai dengan tidak bersemangat =( *

mengapa?

"Mati itu pasti, hidup InsyaAllah!! Serius mengis. Kawaie telah pergi!! =( "
Today
10:17:58am

aku terima SMS dari bibi

Kawaie sudah mati,siapa kawaie?

Kawaie adalah seekor ikan. Ikan warna biru. Ekor cantik, panjang dan menawan.


bukti!

itu tu ekor ikan tu. 

Ekor tu buat setiap mata memandang teruja dan tertawan dan ikan ni kecil! kecil dan comel!. Atas sebab tu lah ikan ni kena bagi nama Kawaie, sebab Kawaie dalam bahasa Jepun adalah COMEL! "kawaie ne!"

Kawaie kami miliki masa SPM 28.November.2012, hari rabu (ofcoz la masa tiada paper exam). Aku dan Adlin yang beli masa kami outing sama-sama dan menyusahkan kakak aku ambil kami di sekolah semata-mata untuk bawa kami turun ke pekan makan KFC dan berjalan-jalan bersama di pekan Kota Belud yang entah apa yang istimewa?. 
Masa kami jalan-jalan tengok barang yang langsung kami tidak berniat mau beli pun sebenarnya, tiba-tiba terdetik dalam hati dan di suarakan kepada Adlin 

"Lin!, jom beli something to remember!,kau kan mau balik sudah lepas tu mesti kita lama tidak jumpa tu"(Adlin adalah kawan kami yang berdarah malaya ceh ayat!, dia orang semenanjung =).

 Adlin pun menyambut idea aku itu dengan excited sekali!, "tapi ape?"

ok, soalan adlin tu tidak terjawab, kami pun teruskan perjalanan, jalan dan jalan dan jalan tapi, tidak jumpa yang berkenan di hati. Sampailah..............

kami sampai di kedai jual ikan yang cantik-cantik dan jual peralatan penjagaan ikan lah yang semestinya. Masuk saja dalam kedai tu terus nampak ikan-ikan kecil dalam plastik-plastik yang juga kecil disangkut dengan besi yang menydihkan (eh, pandai-pandailah membayangkannya ya). Dalam setiap plastik kecil tu ada satu ekor ikan yang persis Kawaie cuma berlainan warna, ada warna merah, dan biru saja seingat aku. Kami berkeputusan beli ikan warna biru setelah betanya dengan kakak manis yang jaga kedai tu pasal ikan ni,
poin yang kakak manis tu kata pasal ikan tu;

  •  ikan ni mesti sendiri. tidak boleh ada ikan lain dalam habitat dia, sebab ikan ni suka berlaga atau bersaing,  risau mati kan , jadi better biar dia hidup sendiri.
  • ikan kecil molek ni bagi makan dua biji satu minggu sahaja. Ikan ni tidak boleh makan banyak menyebabkan kematian kalau bagi makan lebih.
  • harga RM5
  • harga makanan RM3 
Aku dan Adlin pun bersetuju untuk bahagi dua bayaran kos beli ikan dan makanan ikan tu. Dan kami pun memiliki KAWAIE!

 Kedekut sangat tau sampai tempat letak kawaie pun dalam botol mineral 500ml yang di belah dua. Tidak apa janji kami tahu kami sayang kawaie.

Mengikut perkiraan Kawaie bersama kami 3 bulan dan 17 hari. Ya bersama kami. Special thanks to Yanie dan Vivi sebab sudi jaga Kawaie masa aku tertinggal ni ikan masa hari terakhir di sekolah, nasib baik! diorang pun sayang dengan Kawaie sebab kawaie macam One Of Us juga!. And they said; mereka happy jaga Kawaie!
bertuah Kawaie dapat Family yang sayang gilaaaa dengan dia =')

Ini Kawaie bersama Vivi, thank you so much vivi and Yanie! 
May Allah rewards both of you with His bless and mercy =)

Sedih, baru ikan yang mati, air mata pun boleh menitis, apa lagi kalau orang yang kita sayang kan?.
ok, sudah...ikan saja lah ='P .
Aku sayang kawaie. Sebab Ikan ni adalah " a Little something to remember" aku dengan Adlin dan ikan ni juga adalah Family member untuk Little's Family jugaaa! =') *jangan tanya siapa Little's Family, biar kami yang tahu sahaja yang tahu*



Ini Adlin dan Kawaie dalam botol mineral 500ml yang dibelah dua masa mula-mula beli dulu
"welcome New Family Little Kawaie"

Sekarang;

Rasa kehilangan. Kawaie biru, ekor cantik, memikat hati setiap mata yang memandang, 
Maha Suci Allah yang menciptakan makhluk, tiba masanya selamat tinggal si ikan biru .
 




Comments

Unknown said…
yani bilang, menangis itu antraa sebab dia adalah kasih sayang, bai-bai kawaie:(
Zafirah Ripin said…
relakan saja kepergiannya. Saya ikhlas.
Fatin Diana said…
cantik warna ikan tu, tapi sayang sebab dia dah mati. sabar ye
Zafirah Ripin said…
FD, hah tu lah, sedih =(

Popular posts from this blog

Clean.

Before 2021 ends!

Ain. Ila. Sarah.

26 and it's TMI time!

Aku&SMATS: Tangki