Cerita Semester 2 :)


Bismillah.

hai!

Lagi seminggu cuti semester mahu habis baru terkedek-kedek buka laptop untuk update blog ya?
ini pun sebab rindu bunyi keyboard tik tak tik tak. Sebelum papan kekunci ini mula sibuk untuk assignments buka semester baru nanti, ayuhlah kita melatih jari-jemari ini menaip supaya tidak kekok setelah lebih 2 bulan bercuti dengan bahagianya :')

Ok, kita mula dengan Housemates! 

meet my housemates: awien - Umiy - Izzah & Syud *tiada dalam gambar: Auni*



Shawl purple tu lah Auni. Tapi gambar ni Awien pula yang tiada. Susah betul Untuk dapat gambar yang semua muka ada...

Sampaikaaaannn...

Terpaksa tampal muka siapa yang tiada. Masa ni buka puasa di cafe sebab rumah kena fogging so terpaksa buka puasa di kafe tapi masa ni Syud pula yang tiada. Tu yang tepek ja gambar syud tu. Hasil kekreatifan Awien kalau tidak silap. AT LAST!, ada gambar complete semua ada yay!

Ya Allah rindunya dengan dorang niii T_T
Hosemates aku awesome tau! semua cantik, semua lawa, semua comel semua rajin dan paling best PANDAI MASAK! haihh insecure tau tiap hari dengan kecantikan dan kemahiran yang dorang ada sampai rasa macam aku saja kah yang tidak tahu buat apa-apa dalam rumah ni? haha

Masa puasa itu hari, jarang kami beli makanan di kafe, tapi kami masak sendiri!, tidak kisah lah lauk apa sekali pun tapi housemates aku memang akan masak. Dalam pukul 4.30 petang macam tu, mula lah dengar bunyi tumbuk-tumbuk bawang, mula lah dengar kecoh-kecoh housemates aku masak, mula lah keluar aroma masakan yang sungguh menggugat keimanan semasa berpuasa. Talented betul housemates aku dalam bidang masakan. Apa ja housemates aku belum pernah masak?, masak nasi?, nasi goreng?, tom yam?, mee hoon tom yam?, jemput-jemput?, nasi lemak?, spageti?, karipap?, bergedil?, kentang black paper?, pizza? (pizza megi telur to be exact kikiki) semua sudah! 

Paling best prepare juadah berbuka sama-sama tu lah dengan berbuka puasa sama-sama paling precious haaaa rindu!

Semester ni juga aku satu bilik dengan Syud macam sem lepas. Haha aku banyak kali cakap dengan Syud, "tabahlah Syud kena hadap muka aku 2 sem" syud pun ya kan sajaa. Best satu bilik syud. Ini juga manusia yang aku kan rindu sebab aku buka mata bangun pagi memang akan hadap muka Syud.. tidak boring pun. Aku tidak pernah ambil gambar berdua dengan Syud sem ini. Aku mahu juga ada gambar selfie sama-sama tapi tiap kali tu juga akan rasa macam ah nanti ja la, bila-bila pun boleh. Hah ni lah bila-bila pun boleh sampai satu gambar pun tiada sobs..

Seterusnya: Diari Sahabat YADIM UPSI

Mempersembahkan keluarga SY UPSI :')
Dari semester 1 aku join kelab ni, lain betul tarikan kelab ni, sekali melangkah masa tu juga terus rasa sayang dengan semua ahli yang lain. Aku boleh hadap cabaran kehidupan uni setakat ini Alhamdulillah berkat hadirnya mereka dalam hidup aku. Terima kasih Allah!

 Ini masa program anjuran SY UPSI 2016: Tengah tu kak sal dan suami selaku felo dakwah Sahabat YADIM. Kak sal kira macam memegang territory SY UPSI untuk pantau dan jaga kami. Kak Sal is soooooo lovely! <3

 kak sal mana kak sal? 
:ambil gambar lah


Ini masa jamuan terakhir bersama kak Zura dan Kak Yatt serta kak salma & kak teha*tapi masa ni kak salma dan kak teha tidak dapat join*-sebab, sem depan dorang mula praktikal yay! one step closer untuk jadi Cikgu yayy lagi yayy!
Malam sentimental tau masa ni, penyerahan amanat dari kak zura n kak yatt semua masa ni. Best tau kakak-kakak SY ni! caring and loving! 

Tom Yam sedap ya ampuuuuun! by Kak Yatt & Kak Zura

Shawl kuning tu kak Yatt. Belakang tu Aishah :)


 Parts of SY UPSI lepas interview SY UPSI untuk sidang baru 2016/2017




Ini lawatan SY UKM ke UPSI yay! Terima kasih UKM sebab sudi datang!

Selanjutnya, buka puasa bersama-sama sekali gus makan-makan terakhir bersama Kakak-kakak senior ni yang kan berpraktikal selama 4 bulan(if i'm not mistaken):

With kak Salma <3

Yang pegang kamera tu Kak Teha belakang kak Teha Fatimah dan depan kak teha tu Kak zura


Semua :D


Cerita Sahabat YADIM sahaja gambar sudah membanjiri entri ini, nanti kena buat entri khas untuk Sahabat YADIM UPSI sahaja dalam blog ni,,,

Next, tidaklah sah cerita Semester 2 aku tanpa rakan-rakan seperjuangan aku menghadapi semester ini bersama kann

le ladies

Ini masa prank birthday untuk Apri babies.. jahat tau masa ni. Sedih kena pitenah(baca: fitnah) teruk macam tu. Just imagine lah orang yang kita kenal kaya dengan sopan santun, berbudi bahasa leluhur berbudi pekerti tiba-tiba boleh bertukar jadi watak antagonis yang penuh dengan kesumat. Terkejut kita tau!
At first tidak syak sangat lagi sebab perubahan tu berlaku dalam whatsapp group, tapi bila kena buat liqo' face to face konon-konon mahu menjernihkan apa yang patut siap mention nama orang yang bersalah pula tu. Orang yang di-mention tu tidak tahu apa-apa tiba-tiba pula dikatakan bersalah, kita innocent tau!

Last-last, lepas berlaku drama sikit datanglah cupcakes and brownies kak ubi yang superb sedap sampai mahu menitiskan air mata :') Terharuuuuuuuuuuuuuuuu


Rupa-rupanya, semua tahu kenapa boleh berlaku perubahan karakter tu, cuma yang lahir bulan April yang tidak tahu apa-apa sob sob~
Kalian telah berjaya mem-prank bulan april, tunggu april revenge pula ya!


Drama tu buat kami makin rapat. Makin sayang :')


Just another random wefie with Sarah, Mira and Zati
KREDIT: Lens dan HP adalah kepunyaan Sarah haha


Ha ini pula group members untuk assignment role play English Proficiency 2.
Alhamdulillah, dapat kumpulan yang komited dalam menyelesaikan tugasan :)))

Aku rasa tiba masa untuk aku mengakhiri entri ini.. tapi sebelum itu nah aku sajikan gambar bersama some of lecturers aku yang amazinggggg!

Subjek Wacana Akademik Bahasa Melayu.
Buat assignment puan dari pagi sampai ke pagi. 
Serius taubat tidak mahu buat last minute, membinasakan diri sendiri! #yeke #bolehpercayakah? #sembangkencanglah #hahaha #okstop


Ini bersama pensyarah subjek Pembelajarn dan Perkembangan Pelajar.
Serius awesome!, masa belajar subjek ni seolah-olah esok kena berhadapan dengan pelajar hoi!
Subjek buat rasa teruja jadi cikgu juga sebenarnya.
Pensyarah pun best dan cool!


I
Last but not least, bersama pensyarah subjek Ulum Hadith. Maa shaa Allah! 
Ustaz ini sungguh hebat! aku tidak dapat nafi. Ternganga teruja hampir tidak percaya seorang yang hebat boleh ada depan mata aku mengajar Ulum Hadith, kau rasa?
Teruja juga belajar Ulum Hadith rasa syok belajar subjek ni. Ya lah, Hadith kottt!
Tapi, tidak A juga kan exam kau hari tu?*dangggg!* Maaf ustaz! :(  

ok ini serius punya ending...

Aku sajikan lagi gambar kami sekeluarga AT35 2015/2016 : FURQAN

Gegadis..

Gegirl lagi... 
Hero-heronya mana???


Oh sini ni ha.. buat apa atas batu tu encik abang bertiga? 
meh join kami ambil gambaq sekali mehh


Ha kan molek tuuu... menyendiri atas batu buat apaa?


Ambil gambar proper sikit...


haaa proper-nya sekejap jaaaa 
lepastu berterabur~

ini lah kami semua cuma Kak Nik Yam yang tiada dalam gambar.

Ada masa serius, ada masa gelak, ada masa menangis, ada masa stress ada masa gembira tapi yakinlah we have one another untuk back up keluarga ini kan?. Aku selalu berharap, kekal lah kita begini, sampai bila-bila!

Tidak sabar menyambut kedatangan junior buka semester baru nanti :)


SEMESTER 3 HERE WE COME, In shaa Allah, let's be better!

Terima kasih sudi mebaca entri ini!
ma'a salamah!


Comments

Popular posts from this blog

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

FATIMA KINASCY A NAME AND SECRET BEHIND IT.

#AzeaTurns20

Siapa Malaysia?

Before 2021 ends!