Aku&SMATS; Dinner Form5 SMATS 2012



Assalamu'alaikum dan salam sejahtera :)

Hai kawan-kawan! (haiii!!)

Lebih dua bulan sudah aku bergelar sebagai pelajar lepasan SPM cuti dari memakai baju sekolah.dan jelaslah keputusan SPM itu pun semakin hampir untuk diumumkan. Gementar! tapi aku berpura-pura sibuk untuk menafikan perasaan gementar itu. 
Sekarang kita hanya perlu bertawakal dan berdoa kan?.

Memandangkan aku bukan lagi bergelar pelajar sekolah menengah so, aku mau bercerita pasal pengalaman sekolah aku walaupun pengalaman itu memang sukar untuk diluahkan melalui penulisan melainkan dengan memori ingatan yang kuat namun ku gagahi juga untuk menulis. Sebab perkara ini pasti manis bila dikenang kembali kan?.

Untuk aku bercerita mengenai kronologi kehidupan aku di sekolah memang payah untuk d flashed back. Jadi aku cerita pasal event terakhir kami di sekolah dulu lah ok? *kami merujuk kepada, pelajar-pelajar tingkatan lima*
 
Saya mulakan. Sila bersedia!

Dengan penuh rasa bertuahnya aku menjadi batch 95 @ budak SPM 2012 SMATS aku mau bagitahu pasal , MAKAN MALAM PERPISAHAN TINGKATAN LIMA SMATS 2012 di Grand Borneo Hotel, 2nd floor, 1Borneo pada malam jumaat bersamaan pada 6 dec 2012 *sejurus habis paper SPM kelas Teknik kertas peperiksaan lukisan kejuruteraan (LK) dan satu orangg pelajar yang ambil subjek Ekonomi* bersamaan 22 muharram 1434. Kami bertolak jam 4.10pm sampai sana around 5pm and something laa. Kami naik bas sekolah dan 1 van juga milik sekolah. Bas parkir di Alamesra jadi kami pun berjalan kaki lah ke 1Borneo itu dengan naik jejantas beramai-ramai (meriah!). Kami yang bergelar muslimat memakai baju kurung dan tudung labuh yang beraneka warna dan gaya seperti yang di diminta oleh Ustazah Rosnani (PK HEM) dan pelajar muslimin pula memakai baju kemeja *cihhh* action jak lebih kann.


 tu dia bas sekolah yang berjaya mengangkut kami dari sekolah ke 1Borneo!
Kelihatan semua excited disitu.



 Dapat bayangkan keriuhan dalam bas masa tu?


Cantikkan baju kurung dikenakan pula dengan tudung labuh dan berjalan kaki.
Semoga menjadi muslimah yang solehah! *penuh semangat!*


 berpusu-pusu naik jejantas disitu.


 Walaupun Nampak pelik plus aku berperasaan orang ramai memandang hairan dengan kami jalan-jalan di hypermall wearing the baju kurung tapi, take it positively laa bila lagi mau rasa berpakaian macam tu ? entah-entah imej yang cantik berseri tertutup tu hilang lepas keluar dari sekolah *na’uzubillah*. 

 Lepas tu sampai di 1B kami kena bagitahu oleh pakcik Raman(warden yang bekerja keras untuk mengadakan dinner tu) boleh jalan-jalan around the 1B tapi, mesti datang tempat berkumpul tu balik jam 6.45pm dan mesti sudah solat maghrib time tu pakcik pesan. Kami pun bertebaran lah ke merata tempat dengan hala tujuan masing-masing laa kunun pusing-pusing itu 1B.

  nampak macam bertebaran kah?,boleh la kan?


ada yang pergi cari makan :



main bowling :



ambil gambar here and there :



 dan macam-macam lagi lah

Sampai lah ada yang TERSESAT *aku, bibi dan soleha* yaa, sila ketawa!. 
Serius kami tidak dapat ke tempat mula-mula berkumpul tu balik, terlampau berjalan-jalan sampai tersesat malu bertanya tak tahu tak tahu kemana?. terlalu banyak alasannya!eh?.

 dalam keadaan sesat sebegitu sempat juga take pictures :

beriang ria anak-anak ribena

with pokok dalam mall :p

dengan pakcik janggut panjang bawa guni :b

miss wall :p

tiga orang budak sesat :'P

Malu k, malu sangat sebab suda la lambat mencari surau,lambat la kami pegi tempat dinner tu..kawan-kawan yang lain ni semua sibuk bertanya di mana kami dengan menggunakan walkie talkie eh? handphone lah kan, mereka-mereka tu tunggu kami jak lagi konon
 *FRUST betul time tu + rasa LUCU dengan tindakan kami bertiga*

ni memang bersyukur sangat lah ni dapat jumpa surau :')



"mengakui kami tidak biasa berjalan di hypermall walaupun sudah berusia 17tahun!"


  Last-last apa kami buat?, kami keluar dari 1B baru kami masuk pergi Garnd Borneo Hotel tu sendiri dari luar *nampak macam kami ada booked bilik lah dihotel tu,cih!* terima kasih untuk idea bernas  Soleha itu membuatkan kami rasa fuwwhhh~ lega jumpa lift dan jumpa Cikgu Madrum (merangkap ketua warden), kami pun naik la sama-sama dengan cikgu ke tempat dinner tu.

Punya main grand tempat tuu!


ehh, mcm tidak lah semua yang pakai baju kemeja kan?..apa-apa lah :p



mereka dengan muka manis menahan lapar :p


 amboih, diorang siap duduk di meja bulat k!
so, you can see ada syahanie, Rozie,Yeyen,Umairah dan Ruby

Aku tidak taulah sama ada aku ni yang terlampau ketinggalan berbatu dibelakang*well, biasa la x biasa makan di hotel kan jadi rasa kunoh tu memang ada* makan ala buffet gitu, sampai kami di sana ada satu meja dengan 3 buah kerusi yg kosong untuk kami BERTIGA. Urghh! menebalkan muka saja melalui mereka-mereka yang sedar akan kedatangan kami, mana tidaknya pengetua sampai dulu dari kami woo!, adakah kami YB yang merasmikan majlis tersebut? tidak. Memang rasa malu tu ada macam spekulasi orang terhadap orang kampung baru menjejakkan kaki ke bandar tu bah, yaa aku akui itu, nasib baik tau juga guna lift dan escalator tuu kalau tidak abiss laa reputasi Tun said hihihi :D

 Tapi , itu nama dia pengalaman bah kan, aku yakin lagi percaya pengalaman ni akan jadi indah bila kena ingat 10 years after! Kan3x. Kami yang form5 ni ada sedia cendera kenangan untuk sekolah dan asrama, simple jak tapi atleast ada la kan?. Yang turut hadir time makan malam tu, pengetua, cikgu Nasbi (PK Kokum), Ustazah Ronani(Pk hem), cikgu Mastar(guru sejarah), cikgu Marum, Staf-staf sokongan dan keluarga mereka.

 Tu dia tiga orang yang tersesat tidak tahu jalan pulang. Tengok sajalah pinggan mereka hampir licin sepantas flash camera *amboihh!*

kami buat ABC sendiri :



makan ala buffet:
beratur macam mau ambil makanan di dewan makan pulak ya?

makan dessert :)
yummy!



 Aku rasa macam batch kami kena sayang ni, sebab tu lah aku rasa kami bertuah jadi form5 yg pertama kena sponsor makan malam sebegitu rupa grand lagi tuu, syiok kan batch kami? *mungkin batch-batch yang lepas belum timbul idea sebegini tapi yakinlah setiap batch tu pasti ada yang indah lagi manis untuk dikenang kan? *. 


sepatutnya SMK AGAMA TUN SAID KOTA BELUD, bukan SK AGAMA TUN SAID KOTA KINABALU

Alhamdulillah around 9.30pm kami pun beransur pulang, tu pun sempat lagi berjalan-jalan sementara menanti 9.30pm tu, dan kami yang tiga orang tadi? tidak berani berjalan jauh dari kelompok ramai-ramai, takut ketinggalan bas untuk pulang ke sekolah balik!

masa mau balik aku bersama dengan Ida :

 ada potensi jadi model Ida ni cuma perlu tinggi :p hihihi
Cuba lah kan ada patung yang dipakaikan baju muslimah untuk mempamerkan cantiknya tertutup dan labuh itu.


 sebelum balik, kami diminta untuk berkumpul disini. 

Time ni pun menjadi huru hara dikatakan aku di apa-apakan sebab lari pecut macam mau kejar orang padahal aku cuma mahu ke tandas.

 
Syukur jadi batch 95 ya!. bye bye 1BORNEO!

apa lagi, asal lalu atau masuk 1B mesti senyum-senyum sendiri.
Lucu, tapi manis :')


Tuntasnya, zaman sekolah menengah adalah saat paling seronok dalam hidup *setakat ni lah*, ketua pengawas SPM kami pun cakap macam tu lepas habis exam Pendidikan Quran dan Assunah hari rabu 5 DEC 2012, rasa mau nangis pun ada see, sekolah menengah menyeronokkan!.
 Sekarang aku bukan lagi pelajar SMATS tapi, ex-student SMATS.
terus x sabar mau nyanyi lagi SEKOLAHKU by UNIC untuk 8thn akan datang insyaAllah.
 Dan sekarang aku tidak jemu tengok gambar-gambar kami tu untuk kesekian kalinya.


hmm.. untunglah dapat bergambar dengan Ustazah Rosnani :)
pakcik Raman yang tidak pernah duduk diam untuk memastikan keselesaan pelajar-pelajar


Terima kasih pengetua dan pihak sekolah yang menganjurkan makan malam tersebut, terima kasih sebab bantu kami mencipta memori sama-sama.

Terima Kasih Ya Allah, sebab atur cantik kehidupan kami sekolah di sini :')


SMATS SEKOLAHKU❤


Credit to: Miemey & Yeyen  & fahmie
sebab ada gambar-gambar di atas diambil dari facebook mereka. 

ps: kepada kawan-kawan yang tidak dapat attend the dinner seperti Adlin, Farhana dan Aidah.
Entri ini ditulis khas untuk kalian *cis! bajet!*


saya akhiri dengan foto di bawah ;)


thank you miemey for this picture. I it!


sekian :)





Comments

ajimaz said…
Moga menjadi seorang muslimah solehah.....
Zafirah Ripin said…
InsyaAllah. jazakallah khairan kathirah. may Allah bless you :-)

Popular posts from this blog

How ARMY I am? pt.2.

Daily Blog Challenge | Day 6 | Elephant Film Festival 2017 !

Daily Blog Challenge | DAY 2

Olahraga.

Cerita Semester 2 :)