DU BA DU
Assalamu'alaikum wbt.
hai !
Kali ini saya hendak kongsikan dengan pembaca sekalian tentang short film yang sangat-sangat mengajak kita berfikir tentang mesej yang cuba disampaikan. Memang mendalam. Tengok untuk pertama kalinya memang payah untuk aku faham,siap tanya pendapat orang lain lagi pasal video ni. Tapi lepas tengok balik dan berfikir ditambah dengan komen-komen sejagat tentang filem pendek ini....
Ohh, dunia sekarang macam ni.
Anda pun harus tonton filem pendek ini.
Akibat bila seorang bersuara lantang kerana benar tapi inilah yang berlaku
dunia sekarang..kebatilan menutup ruang perbincangan dan menggunakan paksaan
untuk idea diterima. Ada masanya kita terpaksa menuruti kebatilan untuk selamat. Macam tu lah
lebih kurang apa yang aku nampak mesej yang cuba disampaikan melalui filem pendek yang entah siapa pemilik asal filem pendek tersebut wallahu'alam.
Walaupun perkara yang sudah terang lagi nyata salah, semua orang buat tidak tahu saja dan kepada mereka yang
cuba menegakkan kebenaran akan dibunuh atau ditindas. Berlakukan depan
mata kita? semua tengok kuasa sedangkan sikap berperikemanusiaan itu entah hilang ke mana.
Bahagian akhir filem pendek ni menggambarkan kita yang cuba atau teringin mahu untuk protest tapi takut untuk bersuara.
Kalau kita singkap kembali sirah Rasulullah,memang ada persamaan dengan zaman
sekarang.
Yang benar ditentang manakala yang batil disanjung.
Sejarah berulang
kembali!.
Kita sedang di uji :
Diriwayatkan daripada Kaab bin
Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
"Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Allah s.w.t
menjadikan harta sebagai
perhiasan kehidupan dunia dan menjadikan fitrah kejadian manusia lebih
cenderung kepada harta dan suka mengumpul harta, oleh yang demikian umat
Islam hendaklah berhati-hati di dalam mengumpulkan harta di mana dia
hendaklah mengumpulkan harta yang halal dan menjauhkan diri dari
mengumpulkan harta yang haram.
Aku cuma ingin mengajak kita untuk berfikir.
Tiada kaitan pun dengan isu "listen!listen!listen!" bagai .
Kita mesti berani, hidup ini terlalu mencabar sebab tu kita mesti berani.
Selagi kita percaya dan meletakkan kebergantungan kepada yang Maha Kuasa
insyaAllah, kita pasti boleh menempuhinya.
credit to matluthfi90
sebab dia yang share short film tersebut di facebook fan page dia.
and be
sekian, Jazakallah Khairan :)
Comments