Posts

Showing posts from April, 2017

Malas belajar?, fikir semula.

Image
Assalamualaikum wbt. Manusia paling selalu dibelenggu kemalasan itu aku. Walaupun aku tahu banyak tugasan aku belum siap, tapi kalau aku malas, habuk pun tidak terusik. Satu hari, nampak post Ruby di facebook dan post tersebut berbunyi... Tersentap.  Hey, aku belajar bukan untuk diri aku sendiri sebenarnya. Aku bukan untuk sekadar memenuhi impian aku seorang. Aku bukan perlu belajar untuk kepentingan aku seorang. Aku bukan di sini untuk sekadar memenuhi syarat untuk mendapat pekerjaan aku seorang. Aku bukan di sini untuk bermalasan. Ada hati yang penuh mengharap. Ada masa depan yang menanti. Ada jiwa yang perlu aku hadirkan rasa bangga. Ada insan yang memerlukan bakti. Ada sebab kenapa aku di sini. Kuatlah diri mencantas malas. Kuatlah jiwa untuk teguh dengan perjuangan. Kuatlah semangat untuk cekal menjadi yang terbaik dalam menyumbang bakti. Untuk keluarga, masyarakat, negara dan agama. Allahu Akbar!

Cerita Cuti Mid-Term Awesome | Diari Sahabat YADIM

Image
Bismillah. Assalamualaikum wbt semuanya! Semua sihat?. Semoga sihat belaka hendaknya Muncul lagi aku dengan entri baru. Apa aku tiada assignment untuk disiapkan?, ada ada semestinya ada. Boleh tahan membukit jugalah. Tapi, izinkanlah aku mencuri waktu untuk update memori indah ini di sini. Lepas aku siapkan entri ni aku fokus buat assignment ok?.  Entri ini diperkaya dengan gambar. Aku bukan apa, sebagai tatapan dan bacaan masa depan kan?.  Masa cuti mid-term itu hari aku tidak balik kampung ya seperti kebanyakan pelajar. Kenapa?, saja mahu mengada-ngada merasa tidak balik kampung masa cuti mid-sem. Almaklum, sebelum ni setiap kali cuti pertengahan semester mesti aku balik. Jadi, aku sengaja mengentalkan hati dan sadokan mental untuk bertahan tidak balik. Alhamdulillah, aku berjaya. Walaupun sesekali berderai jugalah air mata ni tidak tertahan menanggung rindu :'). Kugagahi juga! So, bagi mengisi masa cuti tu, aku boleh kata ini adalah cuti mid-term / mid-sem yan