Team AJK Makanan


Bismillah.

Ini adalah catatan untuk Zafirah Ripin yang akan datang. Mungkin Zafirah Ripin yang 5 ke 10 tahun akan datang?. Ingat lagi yang kau penah jadi AJK Makanan untuk International Pencak Silat Championship 2017 ?

Pertandingan Pencak Silat antarabangsa pada 7-12 Mac 2017.

Kau ingat yang kau excited tulis nama jadi AJK sebab ramai kawan-kawan yang mahu join jadi AJK sekali yang serius mahu jadi AJK tinggal seciput?.

Semangat isi nama dalam list AJK sebab kononnya mahu timba pengalaman. Selain itu mahu dapat kelebihan dapat tengok pertandingan silat secara dekat. Lepastu mahu join juga sebab boleh dapat MyCat antarabangsa hiksss.


Alhamdulillah, you made it. Banyak juga cabaran dan onak duri yang kau tempuh masa tu (ceyy, bagi ayat poyo lebih sikit boleh?).

hampir seminggu tidak dapat tidur yang cukup lepastu merempat rumah kawan di kolej sebab diri sendiri tinggal di luar. Setiap malam tidur dalam pukul 2am kemudian kena bangun awal-awal pagi dan bersiap untuk urus makanan orang. hahaha. syabas, you made it!

Belum bercerita soal kena korban 1 kelas sepanjang program tu. Dapat usikan berunsur mempertikai konon tidak tahu meletakkan keutamaan pada tempatnya. Ponteng kelas sebab perlu beri komitmen dengan tugas sebagai AJK. AJK apa macamtu?. Eherm, jangan risau sepanjang 1 minggu perlu jadi AJK tu, majoriti pensyarah tidak buat kelas okay dalam minggu tu. Alhamdulillah, tidak missed banyak benda pun. Ya, ada lah yang missed macam 1 kelas tidak hadir tu kira rugi lah tapi yah, surat pengecualian kuliah kan ada. So, don't bother. You did well, well done!

Tambahan pula, aku percaya banyak perkara penting yang kita perlu belajar dan semua perkara tu kita tidak boleh dapat dalam kelas atau dewan kuliah. Pengalaman tu mahal. Jumpa orang baru dan kenal kawan baru tu sangat bernilai dalam hidup. Membesar untuk kutip pengalaman untuk kegunaan masa hadapan kan?. Don't bother, well done!.


Untuk kau ingat juga, kau tidak bersendirian. Kau ada team AJK makanan kau sendiri. Dorang ni lah yang bantu kau untuk menghabiskan tempoh jadi AJK tu. Muka-muka ni lah yang sama-sama dengan kau timba pengalaman ni. Dorang ni lah buat kau semangat untuk suka tugas kau sebagai AJK tu.





Hihi, entri ini muntahlah kau dengan menatap muka yang sama.
Tidak apa. At least sebagai simpanan untuk dikenang nanti.

Kau masih ingat orang-orang ni?




 Ila-Zura-Jiha-Nabela
(team Furqan yang jadi AJK Makanan)
Nampak juga lah kan seni silatnya kan? 
apa? tiada? ok takpe.

Dorang ni lah team AJK Makanan kau yang hyper dan pandai bersilat(tipu) tu .
 Apa tidaknya, masa serve VIP dan VIP sampai boleh pula ada masa bersilat bawah khemah jamuan tu siap ada yang jadi referee lagi hahaha.



 Kan aku sudah cakap, hyper. Semua gambar blur malam tu haihh.


Ni perfect sikit. SIKIT.


Aku mahu cakap apa lagi?

Bertuah jadi sebahagian dari AJK Makanan. Mungkin sebab dapat team yang best kot. Terima kasih semua untuk kenangan ini.

Aku juga dapat rasa pengalaman bertambah.
Dapat tahu cara serve makanan VIP.
Susunan pinggan, gelas, air, tisu, sudu, garfu atas meja makan VIP.
Aku jumpa macam-macam perangai jenis manusia tidak kurang yang pernah menimbulkan ketidakpuasan hati tapi biasalah kan. Tiada insan yang sempurna. Silap orang jangan canang, redha dan ambil lah pengajaran untuk jadi lebih baik Tidak apa, aku ok.
Paling best jadi AJK Makanan ni, setiap kali ada makanan lebih, AJK Makanan yang akan bereskan bagi licin hahaha. Bertuah atau tidak? hikhik.
Lagi?, dapat baju free! yay! haha.

Alhamdulillah untuk pengalaman. Sakit juga lah sepanjang program tu. Ada masanya kena marah, kena azan, kena cuci telinga, menghadap karenah manusia yang macam-macam tapi tu lah semoga pengalaman ini mampu mendewasakan pemikiran dan mampu memandu tingkahlaku untuk sentiasa bertindak rasional in shaa Allah.

as a team
Zura-Hanif-Faris-Aidil-Kak Ida-Kak Nana-Jiha-Nabela-Ila.
*tiada dalam gambar: Kak Shahirah*

Sebenarnya, bukan aku yang layak dapat ucapan well done dan syabas segala tu. Tapi, KAMI yang berjaya teguh jadi AJK dari mula program sampai habis. Malah sebelum program pun!, datang meeting, brief sana sini, call itu ini semua pengorbanan masa dan rehat, kalian memang terbaik! semua AJK lah yang terbaik!

Jadi, aku akhiri di sini.
Maafkanlah sebab semua gambar sama lepastu banyak.
Nanti kalau rajin aku up gambar lain. Kalau rajinlah ya kekeke.

Ada lagi cerita lain yang aku pendam. Aku peram dulu, nanti aku post di blog ini haha.


Terima kasih sudi membaca!
Ma'a salamah!
*lambai*







Comments

Popular posts from this blog

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

FATIMA KINASCY A NAME AND SECRET BEHIND IT.

#AzeaTurns20

Siapa Malaysia?

Before 2021 ends!