Cerita Cuti Mid-Term Awesome | Diari Sahabat YADIM


Bismillah. Assalamualaikum wbt semuanya! Semua sihat?. Semoga sihat belaka hendaknya

Muncul lagi aku dengan entri baru. Apa aku tiada assignment untuk disiapkan?, ada ada semestinya ada. Boleh tahan membukit jugalah. Tapi, izinkanlah aku mencuri waktu untuk update memori indah ini di sini. Lepas aku siapkan entri ni aku fokus buat assignment ok?. 

Entri ini diperkaya dengan gambar. Aku bukan apa, sebagai tatapan dan bacaan masa depan kan?.

 Masa cuti mid-term itu hari aku tidak balik kampung ya seperti kebanyakan pelajar. Kenapa?, saja mahu mengada-ngada merasa tidak balik kampung masa cuti mid-sem. Almaklum, sebelum ni setiap kali cuti pertengahan semester mesti aku balik. Jadi, aku sengaja mengentalkan hati dan sadokan mental untuk bertahan tidak balik. Alhamdulillah, aku berjaya. Walaupun sesekali berderai jugalah air mata ni tidak tertahan menanggung rindu :'). Kugagahi juga!

So, bagi mengisi masa cuti tu, aku boleh kata ini adalah cuti mid-term / mid-sem yang paling AWESOME yang pernah aku alami selain cuti balik rumah(hiks no place like home they said!). Aku telah menyertai team Sahabat YADIM UPSI aku buat outreach di 4 buah sekolah (dalam istilah Sahabat YADIM kita panggil Outreach School Programme). 

Bermula 1 April 2017 sebenarnya tapi tarikh ni cancelled sebab ada aral yang tidak dapat dielakkan. Jadi, 1 April tu tidak dijalankan di sekolah yang pengarah program telah rancang. Tapi, pihak pengarah program buat inisiatif lain untuk buat di sekolah yang lain tapi yang tu aku tidak ikut.

Di saat-saat genting menyiapkan assignment itu sebab due date was just around the corner masa tu, aku pun gigihlah menyiapkan tugasan supaya aku dapat berfoya-foya bebas masalah ketika jadi fasilitator program outreach tersebut.

Okey itu mukaddimah. Kita teruskan kepada detik-detik awesome!.

# DAY 1 (4 APRIL 2017 | SELASA)
Kami bertolak dari Tg. Malim untuk ke sekolah yang pertama iaitu SAMSES!
Dengan kekuatan anggota seramai 8 orang kami pun menjalankan misi 
"Jelajah Outreach Sahabat YADIM UPSI 2017"- Road To University.

SAM Sungai Selisik (SAMSES)
Sasaran pelajar Tingkatan 4 dan 5

Ini kumpulan bawah jagaan aku.
Tag nama aku tertulis "ILA".
Jarang okey tag nama guna nama singkatan macam tu tapi mudahlah untuk adik-adik ingat <3



Activities.

Dab ish ish ish.

Adik-adik dan kakak-kakak fasi.

Another activity to build their teamwork.

Adik-adik manis form 4 dan form 5 yang tidak nampak padan dengar umur kekeke. Serius, kanak-kanak ribena semuanya hahaha. Cute!

Boys: Hafiq - Taqril - Khairuddin.
Girls: Tasya - Aina - Hanan -Sarah

Okay, they love me. ceyyy.

A portrait to remember!


# DAY 2 (5 APRIL 2017 | RABU)

Breakfast dengan hidangan yang disediakan oleh tuan rumah marangkap pemilik homestay tempat kami menginap selama 3 hari 2 malam. Homestay tu di Sekinchan.
Tuan rumah maa shaa Allah baik sungguh :')
Kami tidak expect pun dorang sedia makanan. Tidak cukup dengan sarapan, masa borak-borak pagi tu keluar pasal cerita Mentarang. Siapa tidak tahu Mentarang? pegi google sekarang juga! haha aku sendiri pun first time kenal dengan Mentarang tu masa tu juga. Pagi cerita pasal Mentarang, makan malam tuan rumah hidang Mentarang hoi! Ya Allah bertuahnya kami dapat pemilik homestay yang sungguh thoughtful dan pemurah!.
Breakfast.


inilah Mentarang. Sedap ya ampuuun! First time makan, terus suka! Banyak jugalah aku makan malam tu hik hik.
Pagi cerita, malam terus dapat rasa. Kata tuan rumah, sekarang sedang musim Metarang jadi senanglah mahu dapat.

Okay moving on!
Sekolah yang kedua:
SMKA Tun Rahah
Sasaran: Pelajar Pra-U / Tingkatan Enam.


Aku excited okay buat program dengan form six. Sebab apa mereka lalui aku pernah lalui juga dulu! Dunia aku!

Ya, PRA U memang ada dunia sendiri :')

Adik-adik penerus legasi kecemerlangan STPM dan agen-agen pembuka minda orang pasal Tingkatan Enam :))))

Mahu tahu sesuatu?. Aku pun pernah jadi budak form six. Aku akui, jujur dan sebenarnya, masa aku form six, aku dan kawan-kawan aku amat tidak suka ada program-program sebegini. Ganggu masa buat kerja kursus, ganggu emosi sebab banyak lagi silibus pelajaran belum siap dikuasai. Boleh pula ada kakak-kakak yang datang dari entah dari mana buat program macam ni. Stress sampai nangis-nangis aku dengan kawan-kawan aku dulu sebab mahu protes tidak mahu join tapi tidak berdaya berbuat apa-apa sebab cikgu suruh join. 

Lagi, form six ni, ego dia tinggi menggunung. Apa tidaknya, paling senior di sekolah kot?! Mana boleh buat program campur dengan form lain. Mana boleh suruh kami buat aktiviti kanak-kanak dengan tepuk-tepuk segala bagai. Prinsip dulu, yang tiada kaitan dengan akademik, ketepikan!. Jangan ganggu masa kami!. Ha itu lah keras kepalanya form six aku dulu. Memberontak, aktiviti terlalu keanak-anakkan. 

"Kami sudah besar! Selangkah ke alam universiti! Jangan buat kami macam ni!" bentak hati aku masa ada program macam ni dibuat dulu. DULU.

Sekarang, aku pula yang kena buat program dan mengganggu adik-adik ni. I feel you adik-adik. Kak Ila ever been there. Nanti, kamu meningkat dewasa dan masuk Universiti kalian akan faham. Kakak sendiri pun tertampar dan terlibas dengan perbuatan sendiri. Dulu paling benci, sekarang aku kah pula bakal dibenci? sobs. Padan muka aku kan? hikhik.

Tapi, aku ada bagitahu adik-adik kumpulan aku, pinjam hari ini sahaja untuk kamu enjoy detik beraktiviti besama-sama dengan kawan-kawan kamu. Full blast-kan moment dengan kawan-kawan. Tinggalkan hari ini sahaja untuk program dengan kakak-kakak dan abang-abang fasi yang lain. Please. Releas tension sikit boleh kan?. Lepas habis program, buatlah kerja balik. Nanti, momen-momen ni lah yang akan kamu rindu nanti :')


PRA U.










Group Kak Ila :)
Nama group kami Infinity. Cadangan adik-adik ni lah.
Infinity in term of ukhuwah fillah abadan abada.


Aktiviti~

Alaahai adik-adik form six ni pun tidak padan dengan appearance. Semua awet muda! Tidak macam student form six pun. Kamu iniiii~

See the boys.
Yang pegang camera bukan student ya. Itu Pijie si Pengarah Program.

A PORTARAIT TO REMEMBER!

Berat sungguh hati aku meninggalkan sekolah dan adik-adik ni. Aku tidak puas bercerita dan berkongsi segala tentang life di Pra-U. Bersama dengan adik-adik ni buat aku rasa macam bersama dengan "aku" dulu T_T
Aku rindu kawan-kawan aku uwaaa!


Ini Siti. Partner aku jadi fasi mengendalikan group tadi.
Flawless tak weolsss? hiks.
Siti dari Sahabat YADIM Majlis Pimpinan Zon Selangor(MPZ).
MPZ turun padang membantu weee~



Another wefie with flawless faces haha.

Fasilitator dari SY UPSI dan SY MPZ.
You guys rock!

Lepastu, petang tu sebelum balik rumah (homestay) kami buat postmorterm sikit.
Rare-nya postmortert itu dibuat di sawah padi yay!

SubhanAllah cantik!

Padanlah orang buat wedding photoshoot di sawah padi, view dia saaaaangat cantik!


Ini lah fasi SY UPSI yang gagah jelajah outreach dan rela tidak balik bercuti mid-sem tuuuu

Le girls: Ila - Ekin - Kak Faizah - Dinie
Le lelaki: Wan - Thaqif - Pijie - Taufik.

Ok move on to...
# DAY 3 (6 APRIL 2017 | KHAMIS) 
Sekolah ketiga untuk dijelajah iaitu...
 
 SAM Tengku Ampuan Jemaah (SAMTAJ) !
Sasaran: Pelajar Tingkatan 4 dan 5

Truth to be told, mula-mula berhadapan dengan adik-adik ni aku risau dorang tidak sporting. Sebab muka nampak sangat macam terpaksa hihi. 

Semua perempuan ya peserta kami di SAMTAJ ni itu pun tidak semua yang ada sebab ada yang terlibat dengan program apa tah aku lupa aduh.

Tadi aku cakap first impression aku pasal adik-adik ni, tidak sporting. Tidak fun jalankan aktiviti dengan kami. Tapi...

ya, aku silap.

Bila bahagikan kumpulan, laaa happy go lucky semuanya!
Maafkan Kak Ila yang buat tanggapan awal sebegitu dengan kamu adik-adikku.
Kalian memang the best!

 
 Taaruf.

 Activities~







 
Aku banyak masukkan gambar ahli grup aku ja lah sebab ya lah group aku kan! hahaha

Aktiviti lagi~

Tengah tu Nisa. Partner aku jadi fasi untuk kumpulan ni.
Nisa pun dari MPZ :)
Nisa lovely!

Fotografi kegemaran!

Aku masukkan juga gambar wefie mereka walaupun aku tiada dalam ni. Baik kan aku?

Inilah wajah-wajah ahli kumpulan aku.


Le girls and Kak Ila! <3

A PHOTOGRAPH TO REMEMBER!

Selesailah sudah untuk Jelajah Outreach Sahabat YADIM UPSI 2017 💥 yay!



Ini para fasilitator anda adik-adik!
MPU SY UPSI + MPZ WPSel = The bomb!


Akhirnya sampai juga kita di hujung rancangan. Mahu cakap pengalaman ini sungguh manis! Berpenat, tidur lewat dan tidak balik cuti mid-sem itu berbaloi. In shaa Allah berbaloi-baloi. Rindu mencengkam jiwa siapa yang tahu sepanjang tidak balik kampung tu?, tidak apa. Setidaknya memperoleh pengalaman ini cukup buat diri aku bahagia. Such a productive holiday!. Benarlah, kenangan manis dan pengalaman berharga itu tidak dapat dijual beli melainkan kita sendiri yang berjalan dan mencari untuk merasai kemanisannya. Allahu. 

Future Zafirah, ingatlah ini sampai bila-bila. You grown up with this experience!. Semoga pengalaman ini mampu menjadi salah satu saham di akhirat nanti. Semoga pengalaman ini Allah redhai. Semoga pengalaman ini mampu diambil ibrahnya dan dijadikan sebagai panduan serta amalan dalam kehidupan. Amiin.

Sebelum entri ini aku akhiri, nah aku sajikan gambar kami semua bersama dengan tuan rumah tempat kami menginap selama 3 hari 2 malam itu. 

Rumah sudahlah cantik! Tuan rumah pula cantik budi bahasa dan sungguh baik orangnya!.
Terima kasih pakcik, makcik dan Pekjah sebab layan kami dengan sungguh baik!. Siapkan makanan sedap untuk kami T_T
Rasa terhutang budi sebab mereka sangat baik! Hanya Tuhan sahajalah yang mampu membalas jasa baik semua! 

Sungguh, kepada yang terlibat dalam mengisi ruangan dalam hidup ini dan membantu aku melakar memori, terima kasih diucapkan. Kekallah kita dalam ikatan ukhuwah fillah!

Terima kasih Tuhan untuk segala memori.
Jadikan hamba lebih kuat dalam mengorak langkah mencari lebih banyak pengalaman selepas ini. Amiin.

Sekian,
ma'a salamah!

Terima kasih sudi membaca entri ini.
Nah thumbs up untuk kalian! 
👍👍
hikhik.





Comments

Popular posts from this blog

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

FATIMA KINASCY A NAME AND SECRET BEHIND IT.

#AzeaTurns20

Before 2021 ends!

Siapa Malaysia?