Posts

Showing posts from January, 2016

2015 Highlight: Batch FURQAN AT35

Image
Assalamu'alaikum wbt. 2015 aku memulakan langkah baru dalam satu lagi perjuangan hidup yang perlu ditempuhi. Akur dengan semua yang Allah telah aturkan dan aku amat bersyukur dengan semua yang Allah beri. Ada masa aku sampai rasa aku macam sangat tidak layak untuk menerima semua ini. Aku malu. Allah beri banyak, terlalu banyak nikmat untuk seorang yang banyak berdosa ini :( Allah sangat baik :'(  Memanglah tidak ternilai dan tersenarai semua nikmat yang Allah beri sebab terlalu banyak. Sangat banyak. Alhamdulillah. Semua Allah punya! Termasuklah aturan cantik menemukan aku dengan mereka. Menjadikan aku salah serorang dalam kalangan mereka. Cukup buat aku rasa sangat bersyukur dan bertuah. Terpilih menjadi salah seorang yang memikul amanah dalam kursus pengajian sepanjang 8 semester bersama. AT35 2015/2016 titik pertemuan kami. Inilah mereka,  kami. Legasi Furqan. K.Ain - Sarah - Amirah Fatihah - Izzati - Nabihah - Kalmisah - Az

2015 Highlight: #TeamBerkelana2016 Ke USIM Nilai, Negeri Sembilan

Image
Assalamu'alaikum wbt. hai :) Hari ni mahu cerita pasal perjalanan aku melawat Azea masa musim exam itu hari. Yup, aku serius. Masa musim exam. Kisahnya bermula begini, exam aku mula 29 December 2015 hingga 8 Januari 2016. 3 paper aku direct untuk 3 hari 29-31 Disember dan ada gap yang agak panjang untuk mula 2 lagi paper yang tersisa iaitu pada 8 Januari 2016 (aku kenapa perlu explain semua ni dengan sangat terperinci? haha) Ok moving on! Jadi, lepas habis 3 paper terawal tu, aku pun mahu juga la nampak cool macam kawan-kawan yang lain yang mengisi hari hari menunggu exam seterusnya tu dengan jalan-jalan keluar sekejap dari terperap di alam kampus tu. Saya ulangi, keluar SEKEJAP. Bukan selamanya haha. Ada kawan-kawan yang ke KL untuk membeli belah mahu pun sekadar mencuci mata melihat karenah manusia yang perlbagai di Jalan TAR. SOGO. KL Sentral? dan sebagainya. Aku pula?, tidak join mereka. Sebab aku ada plan aku sendiri *senyum senget*. Plan pertama aku mahu k

2015 Highlight : Menawan Bukit Broga

Image
Assalamu'alaikum wbt hai~ It's 2016 wow! Aku sedang bercuti. Cuti semester. wow. Entri ini aku lebih kepada #throwback untuk 2015 aku tahun lepas. Tidak dapat ku nafikan 2015 aku cukup awesome Alhamdulillah. Aku belajar banyak benda baru, aku kenal ramai orang baru, aku dapat pergi banyak tempat baru, aku dapat banyak pengalaman baru dan itu sungguh bermakna dalam hidup. We grow with the experience right? First of all, BROGA . Aku berjaya menawan bukit Broga yang menjadi buah mulut orang yang suka aktiviti hiking. Aku punya keinginan menawan puncak Broga tu banyak dipengaruhi oleh kawan-kawan yang pernah mendaki bukit tu lah.  Aktiviti ni di bawah anjuran Persatuan Pendidikan Islam (PPI) yang mana aku merupakan salah seorang anak buah kepada lajnah Sukan untuk persatuan itu. Masa mula-mula meeting cakap pasal aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang semester itu, salah satunya adalah Hiking Broga and I was like yaaaayyyy! dan tercapailah im