2015 Highlight : Menawan Bukit Broga



Assalamu'alaikum wbt

hai~

It's 2016 wow!

Aku sedang bercuti. Cuti semester. wow.


Entri ini aku lebih kepada #throwback untuk 2015 aku tahun lepas. Tidak dapat ku nafikan 2015 aku cukup awesome Alhamdulillah. Aku belajar banyak benda baru, aku kenal ramai orang baru, aku dapat pergi banyak tempat baru, aku dapat banyak pengalaman baru dan itu sungguh bermakna dalam hidup. We grow with the experience right?

First of all,
BROGA.

Aku berjaya menawan bukit Broga yang menjadi buah mulut orang yang suka aktiviti hiking. Aku punya keinginan menawan puncak Broga tu banyak dipengaruhi oleh kawan-kawan yang pernah mendaki bukit tu lah. 
Aktiviti ni di bawah anjuran Persatuan Pendidikan Islam (PPI) yang mana aku merupakan salah seorang anak buah kepada lajnah Sukan untuk persatuan itu. Masa mula-mula meeting cakap pasal aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang semester itu, salah satunya adalah Hiking Broga and I was like yaaaayyyy!

dan tercapailah impian dan cita-cita menawan puncak Bukit Broga pada 29 November 2015!


Kami bertolak dalam pukul 1.00AM.
Setibanya di sana, kena brief sikit pasal pendakian dan warm up semua kami pun memulakan ekspedisi ewah.
Kami memulakan pendakian sekitar jam 4.45AM.

Subuh view~



Pagi yang gelap...



Kami solat subuh atas bukit.


Aku semangat mendaki la kan bukit tu mula-mula dan perasaan dia memang mengujakan lah, first time hiking dalam gelap dengan torchlight nya tiada, guna flasghligt apps di handphone saja. Sepatutnya guna lampu suluh kepala tu kan tapi aku tiada benda tu, so... guna ja la apa yang ada kikiki.

Kini sudah terang~
RISE LIKE THE BREAK OF DAWN



Masa mendaki kan, rasa panas berpeluh-peluh walaupun waktu tu subuh tapi, sesekali angin subuh tu menderu SubhanAllah! perasaan dia sungguh mengasyikkan. Rasa macam tenaga ke recharge :)


SUBHANALLAH!

Broga ada tiga puncak. Bahagian ni aku kurang arif mahu explain macam mana, tapi aku cuba juga lah cerita sedaya semampu aku.

Puncak pertama, iaitu
Puncak Tinjau Pertama
(1st View Point)
880ft  dari aras laut.

Masa ni tidak ambil gambar sangat sebab gelap. Kami solat subuh di puncak pertama ni lah.

Mula-mula aku tidak tahu pun Broga ni ada 3 puncak sebab tu rasa macam eh sampai puncak sudah kah? mustahil lah, sekejap ja sampai kan.
Rupa-rupanya, bila dongak meninjau suasana dalam kegelapan tu, kita boleh tengok banyak cahaya cahaya kecil menghiasi 2 lagi bukit yang lebih tinggi berbanding puncak pertama ni. Jadi, bila nampak macam tu, keterujaan uintuk menawan puncak seterusnya menambahkan semangat untuk terus mendaki weeee~

Ini signboard puncak ke dua.

Dan di bawah gambar bersama geng-geng Broga aku masa tu:




Lihat lah view yang sungguh tidak terungkap dengan kata-kata bila nampak pemandangan ciptaan AL Khaliq ini depan mata :')







amat perlu ya gambar wefie banyak-banyak kikiki




Ok sekarang sampai puncak sebenar bukit BROGA!

weee~ Zafirah made it! 

 okay, WE made it! yay!




Wakil batch Furqan menawan BROGA jyeah!


Baik.
Tiba masa kita turun pula ya.



Masa turum adalah lebih mencabar ya berbanding masa naik. Serius!
Curam yang sungguh curam. Salah langkah boleh tergolek rasanya. Aku pun ada juga beberapa kali tergelincir sebab laluan tu licin lepas tu ramai orang yang melalui laluan yang sama.

Tapi, ALHAMDULILLAH! Semua selamat turun dengan jaya dan gayanya : ))



Ini lah semua peserta misi mendaki Broga di bawah anjuran Lajnah Sukan PPI UPSI 2015


Lepas ambil gmbar, terus balik ok,
Tiada nya singgah-singgah air terjun sebab esok kuliah oi~

Penat memang penat masa mendaki tu, lagi lagi masa turun.
TAPI
penat tu rasa macam berbaloi dengan kepuasan yang dikecapi bila nampak pemandangan milik Tuhan sepanjang pendakian.

Itu bukti,



Masa tu juga timbul keinsafan, mengagungkan kehebatan Tuhan yang sememangnya tidak dapat dinafikan :)

Sekian untuk cerita Broga, jumpa di entri seterusnya mungkin??
In shaa Allah :)

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini !




Comments

Popular posts from this blog

I'm sorry, this is another heart break story.

Kerinduan yang ke-9 tahun.

What to react...

Healing from a heartbreak thoughts.

Aku&SEMEKAR: 2 Sudah, 1 lagi : )