Jom Jentik Sifat Malas!




Assalamu’alaikum.

Oi! Kau yang pemalas bangun! Bangun! Banguuuuunnnn!
*aku terasa*

Ya, malas adalah masalah aku. Malas adalah tabiat aku dan

Pemalas itu adalah sifat orang munafik!, anda tahu siapa itu munafik? 


Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)
[al-Nisa’ : 142]

Dapat poin?, orang munfik itu tidak ikhlas dan malas dalam mengerjakan ibadah kepada Allah terutamanya solat fardhu  sebab tiada niat, tidak beriman dengan Allah, tidak takut dengan Allah ,tidak khusyuk dan tidak sedar diri! Kita hamba Allah, jadi buat diri macam hamba!. Sedangkan amalan paling mulia dan paling utama dihisab diakhirat nanti adalah amalan solat. 

Menyedihkan kepada orang  yang pemalas ini! 

Aku pemalas tapi aku tidak rela menjadi hamba abdi kepada syaitonnirrajim!. 

Bagaimana untuk menghilangkan sifat malas, malas beribadah atau malas menunaikan tanggungjawab, malas yang semakin bermaharajalela dalam diri ini?

Ada caranya;

berdoa,berdoa dan berdoa

Doa itukan senjata orang mukmin. Kita berdoa bersungguh-sungguh. Doa ialah ubat paling mujarab dan bermanfaat untuk mengubati semua bentuk ujian dan penyakit. 

Antara doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w ialah : 

“Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan penindasan orang”. [al-Bukhari]

sebab kita hanya bergantung kepada Allah bukan?.

Lawan habis-habisan syaitonnirrajim  dan nafsu! 

Tanpa kita sedari malas itu adalah berpunca daripada bisikan syaitan. Syaitan telah Berjaya menewaskan kita dengan mempengaruhi nafsu kita untuk malas. Jika bukan kita yang melawan sendiri nafsu tersebut,siapa lagi?. Dan ingat lah syaitan itu tidak pernah berhenti mempengaruhi dan menipu kita supaya lalai daripada mengingati Allah sebab tu lah kita mesti bersungguh-sungguh melawan nafsu sekali gus kita juga berjaya melawan syaitan!.

  Menimba ilmu

Dengan ilmu kita boleh jadi rajin, tidak kiralah macam mana cara kita menimba ilmu tu membaca buku ilmiah kah?, menghadiri ceramah kah? Atau menonton rancangan ilmiah di kaca TV anda kah? yang penting nawaitu kita untuk menimba ilmu . Ilmu boleh membantu kita terdorong untuk rajin, sebab kalau ada ilmu kita tahu, bila kita tahu kita teruja untuk melakukannya. 
Sebagai contoh Sabda RAsulullah SAW;

“Solat paling berat bagi orang munafiqin ialah solat isyak dan subuh. Sekiranya mereka mengetahui apakah (ganjaran) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang bersolat walaupun dalam keadaan merangkak”.

Fokuskan sabda Rasulullah tersebut “Sekiranya mereka mengetahui apakah (ganjaran) yang ada pada kedua-duanya” menunjukkan pentingnya ilmu tentang fadilat sesuatu ibadah sebagai pendorong kepada kita untuk merebut ganjaran yang dijanjikan. 
Tanpa disedari, kita menjadi rajin dan ikhlas!.


✓ minta bantuan orang sekeliling untuk mengingatkan kita supaya bersikap rajin

Orang sekeliling ini termasuklah keluarga dan kawan-kawan. Minta tolong mereka kejutkan kita bangun untuk solat contohnya atau minta nasihat dari mereka. Part ini yang seronok sebenarnya sebab kita dapat mengeratkan ukhuwah dan saling mengingati sesama sendiri. Well hey!, kita ada kemudahan teknologi jadi gunalah kemudahan itu sebagai penghubung dan alat “reminder” kita untuk sentiasa muhasabah dan istiqamah!.

Kawan aku bagi mesej ni yang berunsur menyedarkan sejurus aku meluahkan kemalasan aku yang tahap tidak berbelah bahagi itu;

Rasulullah pernah membertahu umatnya;

Sesungguhnya Allah mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu kerja,ia dilaksanakan dengan cemerlang.

Jadi jom Kita istiqamah untuk jadi rajin.
Malas itu musuh kita! Selagi kita masih mampu untuk beramal dan istiqamah dengan amalan, teruskan. Kita masih muda tapi kita tidak tahu ajal kita mungkin malam ni, esok atau bila-bila, jadi kita mesti istiqamah bagi melengkapkan amalan kita. Ingat manusia bodoh adalah manusia yang harinya pada hari ini sama dengan semalam manakala, manusia yang berjaya ialah manusia yang harinya pada hari ini lebih baik dari semalam.


Jadikan istiqamah kalimah azimat. Sentiasa mengulangi setiap kali kita berniat untuk melakukan kebaikan. Mengulanginya dalam hati dan lisan supaya menjadi doa dan pelindung kepada cabaran yang akan menguji ketulusan hati ❤

Lihatlah betapa perlunya kawan untuk mengingatkan kita akan apa yang kita selalu lupa, sampai ada yang sanggup menawarkan diri untuk bantu aku bagun solat subuh dengan cara calling atau SMS! 
Waaahh!, kawan-kawan aku memang awesome!

insyaAllah, kita istiqamah sama-sama ya!.

lebih-lebih lagi masa sekarang ni result SPM tidak lama lagi keluar, sepatutnya kita tidak boleh bermalas-malasan dalam beribadah kita mesti rajin berdoa!(bagi pelajar SPM 2012 lah)


Adakah kita masih malas?.
Sudah-sudahlah menjadi pengikut syaitan dan nafsu tu!.
Jom jadi pengikut iman dan akal pula!
Sedarlah,bangkitlah,berjuanglah menentang sifat malas itu! 

Jom berkempen untuk diri sendiri!
 
Katakan TIDAK kepada malas!

Nyahh! Kau sifat malas! 

Syuhh! syuhh!S kau sifat malas! Pegi main jauh-jauh!


Tidak akan sesekali lagi aku membiarkan syaitonnirrajim bersorak sarai melihat aku tewas dengan sifat malas!, tidak akan! Allahu Akbar!.


All the best!
Fighting!






Comments

Unknown said…
keep fighting dear~ bersama kita banteras malas ssebagaimana bencinya kita pada penjenayah! Allahu Akhbar!
Zafirah Ripin said…
Jazakillah khairan :). May Allah bless us.
Unknown said…
keep fighting dear!

Popular posts from this blog

I'm sorry, this is another heart break story.

Healing from a heartbreak thoughts.

Aku&SEMEKAR: 2 Sudah, 1 lagi : )

My September 2022 : Our Best Friend Kahwin!

Kerinduan yang ke-9 tahun.