Cutiku bersama Qyra Sofiya ♥


Assalamu'alaikum


Hey what is up yo!

Masa cuti ni kamu buat apa?(buat adik-adik yang sedang bercuti sekolah ;)
Kepada kakak-kakak dan abang-abang yang tidak bercuti tidak apa, besok cuti kaaan?.

Aku?.
Aku pelajar lepasan SPM 2012, hampir tiga bulan sudah aku bercuti dari segala kerja sekolah yang cikgu bagi masa masih bergelar pelajar sekolah menengah =')

Ni hah! nak habaq mai aktiviti aku masa cuti yang hampir tiga bulan nii lama kan?

Aku adalah seorang babysitter (bergaji) kepada seorang budak kecil yang bernama...

Qyra Sofiya


Sebenarnya budak ni anak kakak aku. Berusia satu tahun dan empat bulan lebih lebih lah macam tuu.
Sebelum SPM habis lagi kakak aku sudah offer aku supaya jaga Qyra dalam masa cuti SPM nanti(sekarang ni lah) jadi aku tanpa berfikir panjang pun bersetuju, mana mungkin aku untuk menolak masa tu sebab kawan-kawan aku yang lain sibuk bertanya pasal aktiviti lepas spm, kerja lah, PLKN lah dan semualah yang berunsur mendatangkan nilai material,
 aku pun mau lah juga intitle "bekerja" tuu. Jadi aku pun jadilah babysitter jaga anak buah aku ni.


Masa mula-mula jadi babysitter ni aku berfikir juga betulkah tindakan aku untuk bersetuju ni?.Lepas hampir satu bulan aku berkhidmat sebagai babysitter baru aku mula menyedari akan kesilapan aku di situ.
Aku lupa yang aku ada komitmen yang lagi penting dari ini iaitu...
 aku sedang bercuti panjang. Bukankah aku sepatutnya menghabiskan waktu cuti aku ni di rumah mama? Tolong mama iron baju kerja, cuci baju,seterika baju adik aku, kemas rumah masak nasi and all of the stuffs yang aku tidak berkesempatan buat masa aku masih sekolah.
 Aku budak asrama dan masa aku sebagai pelajar memang tercurah lebih di asrama berbanding di rumah untuk tolong mama aku buat semua tu. And for this long long long holiday aku escape lagi dari tanggungjawab tu. Dan keputusan aku menjadi babysitter bergaji ni buat aku rasa aku ni useless!. Terlambat untuk U turn masa untuk menolak perlawaan jadi babysitter bergaji ni demi menjaga hati kakak aku.

Lepas tu apa aku buat?, aku tanya pendapat mama, tanya mama adakah mama rela dan ikhlas anaknya ini untuk berkhidmat dengan kakak aku jaga Qyra. Adakah mama tidak kisah?
Mama kata, terpulang kepada empunya badan, mama ok ja. Lagi pun mama kata aku tu sedang tolong Kak Yuyu memandangkan yang jaga tu anak buah aku sendiri,lainlah kalau anak orang lain. Aku pun lega fuwwhhh~. 
Mama merelakan dan yeah! sampai sekarang aku adalah babysitter kepada anak buah aku sendiri =)

Allah yang Maha Esa!


Begitulah kejadiannya, sekarang hampir tiga bulan sudah aku jadi babysitter ni. Beberapa hari sebelum ambil result SPM hari tu, aku sudah minta persetejuaan dari Kak Yuyu untuk berhenti dari jaga Qyra habis bulan Mac ni cukuplah tiga bulan dan Kak Yuyu kata "boleh bah".
Aku berkeputusan berhenti bukanlah sebab boring jaga Qyra atau bayaran tidak memuaskan tidak! jauh sama sekali! tapi, aku mahu berkhidmat dengan mama lah pula kan selagi ada cuti yang tersisa =')


Hari ni hari terakhir aku jaga Qyra! hari ni balik kampung sudah, sepenuhnya di kampung dengan mama dan dengan ayip!

 So hey! Zafirah Ripin a.k.a Ila, sila jadi anak yang baik bila di rumah nanti. Perangai mesti baik, tidak boleh malas-malas. Tolong mama, ikut cakap mama, jaga solat, jadi contoh yang tebaik untuk adik dan anak-anak buah yang lain. Berusaha jadi hamba Allah yang terbaik!

Aqis-Meen-Adip-Icha-Ari-Yan-Qyra-Waiz(tiada dalam gambar)

Ini waiz;
 Semoga istiqomah lah hendaknya,  InsyaAllah (Amiin).

Apa yang aku dapat selama menjaga Qyra?

 Kesabaran teruji mihihi biasalah tu kan?
 Profesional dalam menukar lampin pakai buang hihi
 Bijak dalam memujuk kanak-kanak untuk mandi =D
 Bila kana-kanak menangis macam tidak bersebab mungkin dyrper dia penuh dan tidak selesa.
 Bila baby tu nangis jangan ikut nangis!haha cari inisiatif untuk pujuk supaya dia berhenti menangis.
pastikan tumpuan sepenuhnya kepada kanak-kanak yang dijaga tu.
 Cabaran masa menjaga budak memang ada, tapi kena bijaklah mengatasinya
Sing and dance with si kanak-kanak supaya dia happy =)
Yang paling pentinggg!, memang perlu banyak bersabar ok! 

Seronok ja jaga Qyra, tidak susah pun.♥


 Bestfriends Qyra di rumah,

Qyra in plastic bag ini namanya, masuk bakul angkat sendiri mihihi =D

Aku akan rindu Qyra ;
untuk nyanyi lagu Eency Weency Spider
Nyanyi lagu Shake Shake Shake! Move your shoulders up and down!
dan baanyaak lagi!
Sing a song we all sing along with the mother goose club!
the mother goose club!


Dan akan rindu muka buruk budak ni bila menangis 




Itulah dia kisah aku dan Qyra. Mungkin bila Qyra sudah besar, dia tidak ingat sudah yang aku pernah jaga dia sekejap huhu terehmohsi lah pula.




Ok bye Qyra~ semoga bakal menjadi anak yang solehah!
(Amiin)


And oh ya, video di bawah buat aku mahu melancong ke Turkey!
InsyaAllah, one fine day ok!
                

 Sekian.



 #Aku menulis entri ini dan si anak sedang tidur#  



Comments

Unknown said…
comelnya qyra...

Popular posts from this blog

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

FATIMA KINASCY A NAME AND SECRET BEHIND IT.

#AzeaTurns20

Before 2021 ends!

Siapa Malaysia?