Terbunuh



Assalamualaikum.

Ini cerita segar yang baru sejam berlalu.

Pasal exam. Final exam. Tadi paper Akhlah. 1 jam 45 minit masa menjwab.

Ok sebelum tu, aku bukanlah seorang yang suka check jawapan lepas exam. Aku bukan begitu. Kalau sudah siap jawab then tutup buku lah fokus untuk next papers pula.

Tapi kali ni lain. Aku mahu cakap juga.

Soalan tadi, ada 5 soalan tapi jawab 4 soalan sahaja dalam masa 1 Jam 45 minit.

Depan kelas tampat exam tu, ada whiteboard dan jam dinding. White board tu tertulis nama dan kod kursus dan jam (tempoh) masa menjawab.

AKHLAK (HIA****)

2:30 PM - 3:45 PM

Ok, masa menjawab bermula. Jawab -jawab, jam menunjukkan 3:00PM dan aku baru siap 1 soalan! bayangkan! aku ada 3 lagi soalan belum siap! 

Pensyarah aku pesan, tulisan kena bagi cantik. Kemas tapi dalam keadaan yang aku masih belum siap 3 soalan, mana lah aku fikir pasal tulisan cantik tu semua yang aku tahu, mesti siap sebelum masa tamat!

Jam menunjukkan 3:40PM 3 soalan siap, lagi 1 soalan ya Allah macam mana nihhh? sambil aku merungut mengeluh how could soalan esei 4 soalan boleh siap dalam 1 jam 45 minit nih? insane!tapi dalam merungut tu, jari aku ligat menulis juga sebab mahu siap kan!

Akau tidak kata paper kali ni susah sebab dia esei kan?,lepastu memang aku habis baca kot pasal ni. TAPI! MASA TU MEMBUNUH AKU.


Aku boleh buat 5 isi untuk satu soalan tu, tapi aku nampak masa aku macam tidak padan dengan apa yang aku ada dalam minda. Aku laju-laju menulis, aku tidak kira yang penting siap. YANG PENTING SIAP!

Jam pukul 3:45PM, aku habiskan perkataan terakhir dan noktah. Tup. Menunggu reaksi dari pensyarah yang jaga exam masa tu. Tapi tiada apa yang berlaku. Semua masih tunduk menulis, aku pula rasa lega sebab sudah siap sebelum habis masa tapi kenapa tiada apa-apa yang berlaku?

Tengok whiteboard. Masa telah di ubah dari 2:30PM - 3:45PM kepada 
2:30PM - 4:15PM !

Aku pun macam WHAAAAAAAAATTTT????

Stress aku. Sudahlah jawapan aku tu memang confirm lah tidak complete dan banyak lompang. Sudahlah lecturer aku sangat strict dalam penulisan. Tapi sumpah, aku betul-betul serius mahu jawab dengan baik exam tadi tapi aku terkorban dengan masa yang aku cuai sendiri sebab tidak kira masa betul-betul. Nangis boleh?

Sudahlah carry mark pun menyedihkan T_T

Bukan salahkan siapa-siapa, memamng salah sendiri sebab tidak buat kira-kira masa sendiri. excited sangat menjawab kan hukhuk.

Entah, mahu menyesal tiada guna kan?
Sis redha!

I'll take what just happened as a lesson.

Astaghfirullahal 'aziim if this is kifarah for my sins. Allah akbar :(

Comments

Popular posts from this blog

29 and It's TMI Time!

Diari Latihan Mengajar Zafirah: 1 SM & 2GTI 💓

Cerita Semester 2 :)

Diari Latihan Mengajar Zafirah: Sarah, Kak Sira, Housemates, dan SEBUKTI !

Semester 2 yang Mematahkan :(