Kau nervous?, aku pun.



Assalamu’aikum
Well hello there world!

Debaran semakin terasa, menggigil sampai menggigit kuku,

 risau, fikiran tidak menentu,
jiwa tidak tenteram menanti hari itu. 

Ya, hari itu minggu depan! Ada apa pada minggu depan itu?,

 budak SPM 2012 mesti tahu! 
*huh! Masih berdebar* tekan keyboard pun aku terketar-ketar untuk menulis. 

KEPUTUSAN SPM AKAN DIUMUMKAN  woiii! 


Jantungku berdegup kencang, sekencang lautan yang bergelora dengan deruan taufan yang maha dahsyat! Cehh ayat!,
kalau terus begini tidak payah exercise jogging semua sebab jantung aku berdegup dengan sihat sekali seperti baru sahaja siap berlari tiga kali pusing padang sekolah, ok itu alasan supaya tidak perlu exercise, tapi aku serius AKU NERVOUS!

Disaat-saat  macam ni lah fikiran-fikiran negatif aku mula berbisik “habis lah kau kalau tidak dapat keputusan ke-ba-boom*malatupss*”, “what if kau dot dot dot?!” , “future kau tidak kemana tanpa SPM yang baguss” , “naahh! Tuu lah siapa suruh tidak belajar bersungguh-sungguh sebelum SPM” dan bla bla bla bla, well hello my mind please stop terroring me! Yes! I scare because I care for my future =O. Bimbang tidak dapat memenuhi harapan mereka yang tersayang. Risau tidak dapat mengukirkan senyuman pada wajah ibu bapa, guru-guru, ini apa yang aku khuatirkan :(

Dan aku menarik nafas panjang-panjang haaahh….“Cas-cas positif datang lah pada ku, kuseru fikiran positif kuseru untuk datang kepadaku, meresap lah kedalam jiwa raga ku,minda ku *sambil tutup mata* hembus nafas perlahan-lahan fuwhh~.

Well hey!, aku tau bukan aku satu orang sahaja yang merasakan debaran yang sama, kawan-kawan aku pun, berapa ratus ribu pelajar Malaysia yang ambil SPM 2012? Mereka berdebar, I know. Mungkin ada dalam kalangan kami yang memiliki self confident  yang tidak berbelah bahagi, baguslah kan?, tapi aku tidak. Adakah sebab aku dapat rasakan effort aku untuk dapat result yang ke-ba-boom! Amat tipis jika dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain?, mungkin ya. Oh! Tiidaakkk! Aku berfikiran negatif lagi! Syuhh syuhh syuhh kau fikiran negatif! Syuuuhhhh!!


Jadi, daripada aku dok pikiaq (terus berfikir) yang negatif pasal masa depan aku adalah lebih baik aku positifkan diri dengan berfikir perkara-perkara yang positif sebab itu mempengaruhi emosi dan keyakinan diri aku di samping untuk menyedapkan hati dan perasaan aku lah hihihi.



Aku perlu bersangka baik. Yakin dengan qada dan qadar.
What ever will be, will be right?. Ungkapkan kata-kata semangat itu ;

Ila fighting!, cayok-cayok!maybe

Dan cekalkan keyakinan kepada yang Maha Esa | the power of Tawakal.

Kita sudah usaha masa exam dulu tu, jadi sekarang kita hanya mampu untuk meminta, memohon, berdoa dan bertawakal kepada Allah,hanya pada Allah

Hasbunallah wa ni'mal wakeel : Allah cukup bagiku dan Dialah sebaik-baik penjaga.

Dan Tuhanmu berfirman, “berdoalah kepadaKU nescaya akan AKU perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKU akan masuk neraka Jahannam daam keadaan hina”
Surah Al Ghafir:60

 “…. Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad maka, bertawakal lah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal.”
Surah Ali Imran:159

“Jika Allah menolong kamu maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu tetapi, jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan) maka, siapa yang dapat menolongmu selepas itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang mukmin bertawakal.”
Surah Ali Imran:160

Apa lagi yang mahu diragukan?, Allah sentiasa ada untuk bantu kita. Pecayalah.

Jom berdoa;



Exam is not everything, but in order to be something (Cikgu aku pernah cakap ni dalam kelas time mood-mood dekat mau exam cuma cikgu sampaikan dalam bm tapi membawa maksud yang sama =) )

Ini bukanlah teaser untuk entri keputusan SPM aku nanti, aku tidak janji untuk bagitahu result SPM aku di sini sebab…… biarlah aku tidak mahu bagitahu pun kan? hikhikhik . 
Tapi, insyaAllah aku ekspresikan jugalah perasaan aku setelah mendapat keputusan nanti di sini. Hanya jika berkesempatan, aku hanya merancang tetapi ingatlah Allah juga merancang dan DIA lah sebaik-baik perancang.

And I do believe, 

Allah plans and knows the best for us ='D 


All the best SPM-ers 2012!




Comments

Unknown said…
yah. InsyaAllah kita boleh! Helo2 siapa di sana?!*masih ingat lagi?*
~adakah aku jgak merupakan pengimen setia blog kau? hahaa.
Unknown said…
oopps,pengomen.
Zafirah Ripin said…
InsyaAllah.

nampak gayanya macam tu lah, sama-sama baru, sama-sama kawan, sama-sama comel =P haha

Popular posts from this blog

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

FATIMA KINASCY A NAME AND SECRET BEHIND IT.

#AzeaTurns20

Siapa Malaysia?

Before 2021 ends!