Doa dan karya.

 Assalamualaikum, hai.

Kelas aku seawal 7:00 pagi hampir setiap hari.

Aku suka kelas pagi, fresh.

Murid-muridku masih dengan mindset yang murni.

Hari ini, masuk kelas pagi macam biasa.

Cuaca redup, cahaya malap untuk menerangi setiap sudut kelas.

Lampu dinyalakan untuk membangkitkan semangat melihat anak-anak murid yang aku kira cukup bersedia untuk menadah apa pun pelajaran pagi ini :)

Berjalanlah masa dengan pengisian ilmu.

Menjadikan aku terharu dan sangat bersyukur atas nikmat mengajar tentang agama kita di waktu pagi. Setiap hari.

Ya, nikmat yang menjadikan kelasku sebagai pembuka lembaran pertama dalam diari harian sekolah murid-muridku, setiap hari. 

Dalam lembaran pertama itu, dicatat pena dengan kandungan pelajaran tentang Pendidikan Islam :')

Bayangkan, pekerjaanmu menuntutmu untuk menyampaikan pengajaran tentang agamamu. Ini nikmat yang tidak diperoleh semua.

Di dunia dibayar kerana mengajar Pendidikan Islam,

di akhirat pula  dijanjikan pahala kerana mengajarkan Islam.

Bermula saat ini, untuk kesekian kalinya pekerjaanku adalah kecintaanku. 

Tidak mahu diendah nikmat dalam bidang ini dan tidak pernah aku sesali untuk mempertahankan maruah kerjayaku ini.

Semoga sekecil-kecil hal kebaikan yang aku sampaikan dalam setiap kelas, memberi getaran keinsafan dan mencambah benih kecintaan kepada agama dalam hati murid-muridku.

Semoga niat dan cinta terhadap pekerjaanku kerana Allah SWT berkekalan sehingga ke penghujung nafasku.

Semoga Allah SWT menerima semua amalan di atas dunia ini dan layak untuk kita tuai hasilnya di akhirat nanti.

Amiin.


Comments

Popular posts from this blog

30 and it's TMI time!

Raya 2025

KJ 2 : A Wise Acceptance Speech from KJ

nervous and water and healthy