Entri pertama sebagai pelajar SEMEKAR =)



Assalamu’alaikum.





Hi everyone! Its been awhile I did last posted something in my blog huhu rindunya!
Sekarang saya kembali sebagai seorang pelajar sekolah di SMKA Mohd Ali, Ranau. Dengan bangganya aku sebut nama sekolah baru aku tau hehe. Aku sambung form six aka PRA-U di sekolah tu, aku ambil kelas agama yang ada bahasa Arab, here are the subjects aku ambil untuk STPM;

  •      Pengajian Am Wajib ambil untuk setiap pelajar STPM, dan wajib PRINCIPAL!, kamu ingat kalau aku tidak belajar subjek ni aku boleh tahu tugas-tugas raja,sultan semua?, pilihan raya umum, pilihan raya kecil, tribunal-tribunal, jenis-jenis mahkamah semua?, tidak! Aku mula tahu sejak belajar P.AM
  •       Syariah. Sekolah aku wajib juga ambil ni subjek, kelas Sejarah pun ambil subjek ni. In English, subjek ni kena panggil “Islamic Law” fuhhh~ macam beratkan? Tapi seronok belajar subjek ni sebab kita boleh tahu hukum-hukum agama Islam dalam hal-hal muamalat, munakahat, jenayah, mirath semua jadi memang seronok!, soalan dia pun susah ja =P hahaha lihat betapa positifnya aku. Buku rujukan kami bukan macam bukan teks untuk STPM ja tapi macam buku agama tempat rujuk hukum-hukum agama, seronok tahu??!
  •       Usuluddin. Subjek ini pun best!, apa yang best?, subjek ni buat kita rasa sentiasa berada dalam majlis ilmu, tazkirah macam tu sebab lebih kepada penerapan akidah yang sebenar dalam diri, buat kita rasa sentiasa diberi peringatan asal masuk kelas usuluddin. Lagi yang best, subjek ni bagi pelajar-pelajar dekat dengan Al Quran yang memang buat kita macam sikit-sikit mau rujuk Al Quran, baca tafsirnya dan bila suda baca dan faham maksud ayat terus mengucap “ SubhanaAllah, Al Quran itu logik!, Al Quran itu panduan hidup umat manusia! Tiada keraguan lagi!”. Soalan subjek ni dalam exam memang akan minta dalil ayat Al Quran jadi kami yang pelajar ni mahu tidak mahu MESTI juga hafal ayat Al Quran yang berkaitan dengan tajuk tu kata ustazah dan ustaz yang ajar kami subjek ni. Nampak kah di situ hikmahnya  belajar usuluddin?.
  •       Bahasa Arab. Subjek ni siapa yang tidak tahu?, paling common sekolah agama ada subjek ni. Mahu bagitahulah di sini, masa belajar bahasa arab semenjak form six ni semangat dan ketekunan aku sangatla jauh beza dengan masa form five dulu-dulu tsk! Sekarang aku suka bahasa arab!
  •       Muet * ujian muet akan dihadapi bulan julai tahun depan * tapi, dalam jadual belajar di sekolah memang ada kelas muet, one thing yang aku paling tidak missed cakap dalam kelas muet hari isnin “ RANDOM SPEAKING IS KILLING ME!” hahaha, cikgu ajar muet kami suka buat random speaking dan akan dibuat setiap masa muet hari Isnin but think of it, cikgu buat macam tu untuk apa?untuk siapa?. For our sake juga laaaa for the future muet test!


photo by Nizzah :)
bukan buku saya heeee~


I do love SEMEKAR !!!!




Sekolah baru aku seronok!, udara dingin yang best!, selesa. Tidak panas tidak juga sejuk, tapi first time masuk sekolah tu memang akan describe macam ni “SEMEKAR itu sejuk, sejuk!” hehe, tapi seronok!, dua minggu pertama di sana rasa macam tengahari pun mau pakai sweater, apa lagi subuh-subuh kena bangun untuk bersiap ke sekolah, BAYANGKANLAH!!! Tapi lama-lama sense of cold aku sudah lali dengan sejuk-sejuk tu so, aku ok laa suda sebab sudah biasa.

foggy morning in SEMEKAR! grrrrr..

Sekolah aku banyak tangga, banyak dan tinggi. Bayangkan, dari asrama mahu ke masjid dan sekolah perlu naik tangga, ke kelas perlu naik tangga, ke kantin perlu turun tangga pegi asrama lagi perlu turun tangga, banyak sangat tangga perlu dinaiki dan dituruni setiap hari TAPI, tidak berpeluh pun itu yang best! Lagi pun, I bet, pelajar sekolah aku sekarang ni adalah antara pelajar-pelajar yang memiliki jantung yang sangat sihat! Dan otot kaki yang sangat kuat! Haha, bertuah ya anak-anak pelajar SEMEKAR!

mereka berlagak cool padahal... tercungap-cungap kaan? kaann!

SEMEKAR ada masjid, besar dan cantik, aku suka bahagian kubah masjid sekolah baru aku, aku sanggup mendongak ke langit lama-lama sampai sakit leher kadang-kadang baring terus sharp bawah kubah tu masa dalam masjid untuk tengok kubah masjid yang entah kenapa?, aku rasa cantik (ok, kadang-kadang sampai terlelap hehehe).


ini gambar Siti =)

SEMEKAR juga rata-rata pelajar di ada suara sedap masa baca Al Quran, siap tarannum semua ish! Memang awesome laa!.
Pelajar-pelajar di sini setiap pagi sebelum mula PNP perlu beratur di dataran untuk baca Asma Al-Husna(dengan menadah tangan, dan tempoh mengalunkan nasyid zikir asma Al husna tu tertib, tidak laju tidak lambat tapi OK), Ada bacaan ayat Al Quran oleh pelajar-pelajar berserta tafsir jadi, kami memang diwajibkan bawa tafsir Al Quran setiap hari ke sekolah, feel blessed ja setiap hari yang di lalui, kami dipupuk untuk memulakan hari-hari kami dengan kalamullah best kaaaan!. Lepas tu baca doa baru masuk kelas.



INGATLAH HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH HATI AKAN MENJADI TENANG(Surah Ar-Ra'ad,13:28)
OUR ZIKR IS OUR REFLECTIONS OF HOW MUCH WE LOVE ALLAH

Lagi?, pelajar-pelajar SEMEKAR semua SUPER FRIENDLY! and CUTE!, best! Guru-guru, warden, pengetua sangat komited dengan tugas, nampak ke-serius-an bertugas tu buat aku rasa “whoaaaaa! Mau jadi cikgu macam tu jugaaaaaaaa!” *aamiiin*.



credits to Nizza


Lagi satu mau bagitau, sound system SEMEKAR adalah terbaik!, di masjid dan di dewan sangat baik sistem bunyinye pun!, jadi dengan sound system yang baik tu buat kami berzemangat la kan dengar ceramah atau perhimpunan rasmi semua kann? Seronok kan? Kan?. 

And last but not least, SEMEKAR ada lagu sekolah yang BEST! Buat aku ternanti-nanti perhimpunan rasmi sekolah hari isnin atau aktiviti-aktiviti formal diadakan semata-mata dapat nyanyi lagu sekolah dengan iringan muzik hehe. Tidak lupa, lagu asrama pun best macam lagu korea-pop! Betul! Aku seriusssss! tapi jarang dengar laa jadi aku tidak hafal lagu asrama SEMEKAR.

Banyak lagi sebenarnya mau bagi tau apa yang best-best disekolah baru aku yang ada panorama yang sangat cantik, tapi yang sayangnya, Gunung Kinabalu tidak nampak dari sekolah aku walaupun bucu-bucu hujung-hujung kinabalu tu tidak nampak langsung, buat aku rasa hampa lah tersangat hampa sebab  one of the reasons why I insisted to further my form six here ; SUPAYA DAPAT TENGOK GUNUNG KINABALU SECARA DEKAT SETIAP HARI ! tapi, hancur berderai impian aku sob sob! Tapi it’s ok laa kan, dapat rasa bayu dingin dari kinabalu kira ok laa, betul ni aku ok.


ini Linda =) 

photo by:


ini Zila.

Ok, itu a piece of SEMEKAR saja tau aku bagi tahu, hehe panjang berjela well yah! Aku suka! Ini aku pulun habis-habisan idea supaya dapat tulis panjang-panjang sebab lepas ni blog aku akan menjadi sunyi sepi kembali, jadi izinkanlah aku buat entri yang syok sendiri ini ya?hehe



credits


After what I’ve been through, the struggles, hectic, air mata semua untuk aku dapat sekolah di SEMEKAR finally I am here! I am one of them!, fulltime STPM student yang akan menghadapi exam semester satu pada bulan November ini dan aku seronok sekolah di sini sampai aku lupa semua yang pahit-pahit aku pernah lalui, subhanALLAH, rancangan Allah itu penuh kejutan kan? ALLAH KNOWS BEST! Sebab tu orang yang berserah tidak pernah kecewa dengan apa yang Allah bagi, tidaklah ALLAH membebani hamba-hambanya luar dari kemampuan mereka. Allah loves you, sebab tu Allah uji, ingat tu kawan!.



Coretan untuk SMK ARSHAD, KOTA BELUD (SMARD)




      Disebalik kegembiraan aku sekarang ni tidak bermakna aku lupa dengan sekolah yang banyak ajar aku maksud “INDIPENDENT” kenapa?, sebab aku rasa isolated, tiada kawan, rasa macam forever alone, jadi budak baru kan di sekolah tu but hey! I did it! Masih hidup juga kan walaupun sendiri? Lama-lama ada kawan juga kan?. Even, tidak lama di SMARD macam 1 bulan dua minggu laa macam tu tapi aku masih rasa seronok sebab tidak semua dapat rasa pengalaman tu.

So, SMARDIANS: Malik, Brenda, Deryll, Cassey, Atikah, Efron, Syima, Ayu, Rafidah, Falinda, Salihah, Kham, Mardhyatul, Marlina, Nawwarah, Nadia and everyone yang aku sempat tahu dan sudi juga kenal dengan aku di SMARD thank you!, it’s so nice, sweet and unforgetable moment to know you all ! semoga kejayaan itu milik kita bersama! ALL THE BEST!
Untuk cikgu-cikgu: Teacher Suriani (guru kelas 6 rendah, Sains dan guru ajar Mathematics T), Sir Martin (Chemistry), Cikgu Jaim( Pengajian Am), Sir Gunick (Biology), Cik Haini Penolong Kanan Tingkatan Enam SMARD, Puan Hajah Latifah, pengetua SMK Arshad yang sangat baik hati dan bermotivasi bagi aku sebab tu lah pengetua SMK Arshad adalah pengetua cemerlang! Jadi aku pun bangga pernah jadi apart of SMARDIANS =’).

Aku rindu makan nasi lemak ayam kantin SMARD yang sedap dan berbaloi dengan harganya. Rindu makan popia goreng + sos cili, pengalaman claim RM 0.50 bagi setiap pengembalian bekas makanan plastik kepada pihak kantin (hehe) dan persekitaran sekolah yang banyak bunga dan paling jarang nampak sampah dan pelajar-pelajar yang ceria-ceria.

Ok, sekian untuk coretan pertama dan mungkin yang terakhir untuk SMK Arshad KB.
Insyaa Allah,
SMARD TERUS UNGGUL!

  Aku adalah seorang pelajar tingkatan enam a.k.a pelajar pra-u yang sedang dalam usaha menjadi penuntut ilmu dengan ikhlas. Ikhlas itu sangat penting dalam menuntut ilmu sebab kalau kita ikhlas dalam menuntut ilmu kita akan rasa seronoknya belajar!, no depressed, belajar untuk tahu bukan untuk exam semata-mata, mudah faham dan ketekunan aku study dulu-dulu dengan sekarang teramatlah jauh beza tahu? bila sudah rasa seronok, pelajaran yang dipelajari pun akan mudah difahami kan?. Lepas jadi penuntut ilmu yang ikhlas ayuhlah kita menjadi pengamal ilmu dengan ikhlas, ingat ikhlas kerana Allah. Kadang-kadang nawaitu ketika belajar itu pandai tersasar dari landasan yang sepatutnya, itu yang jadi susah faham tu dan keseronokan belajar tu tidak dapat dirasai. Hati-hati, keikhlasan itu juga selalu teruji dan sungguh istiqomah itu payah tapi tidak bererti kita tidak mampu untuk terus konsisten dengan keikhlasan kita itu kan bila kita suda rasa seronoknya buat kerja yang kita suka?.




fazilah dan aku.
aku, suka hari khamis sebab pakai baju batik, bila pakai baju batik aku berperasaan aku macam seorang cikgu =)


Dari mula urus itu ini yang perit sebelum dapat masuk SEMEKAR sampailah sekarang diuji pula dengan jarak yang jauh dari keluarga dan perjalanan yang jauh memeningkan huh! Sungguh jauh dari desa tercinta tahu?, tapi I’ve saved in my mind sebelum masuk sekolah tu  “bila aku sekolah sana nanti tidak akanlah aku berharap untuk sering balik rumah macam dulu,tiap-tiap minggu kena lawat jumpa family,no!”.
 Tidak kisah pun, pengorbanan diperlukan untuk meneruskan perjuangan ini. Aku ada misi untuk dipenuhi, aku ada impian untuk dikecapi, aku seorang pelajar dan seorang anak yang memegang amanah harapan guru-guru dan keluarga jadi janganlah aku berangan untuk lepas dari pelbagai jenis onak liku ranjau kehidupan sebagai seorang pelajar(penuntut ilmu)  untuk mencapai misi dan impian aku.


Ingat sunnah orang berjuang?;

Berjuang tak pernah senang, ombak derita tiada hentiTenang,resah silih berganti inilah sunnah orang berjuang!Malamnya bagai rahib merintih sayu dihiris dosa air mata,Siangnya bagaikan singa di rimba memerah keringat mencurah tenaga,Berjuang memang pahit kerana, syurga itu manis.Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar,bukan sedikit pedih yang ditagih.Berjuang ertinya terkorban, rela terhina kerana kebenaran.Antara dua menjadi pilihan, dunia yang fana atau syurga.~Sunnah Orang Berjuang, Kumpulan Nasyid Hijjaz~


Cikgu-cikgu selalu bagi motivasi hari-hari ada ja kata-kata semangat untuk kami supaya rajin baca buku, rajin belajar dan rajin baca buku dan rajin belajar (sengaja ulang supaya nampak ketegasan cikgu di situ supaya kami belajar rajin-rajin dan rajin membaca supaya pengetahuan kami tidak terhad) ditambah lagi dengan sistem peperiksaan STPM sekarang sudah lain jadi memang perlu fullblast fokus!, sekarang mahu blogging pun rasa macam buang masa, tulis diari pun rasa macam buang masa, berkhayal pun rasa buang masa,  tenung facebook pun rasa buang masa, rasa macam mau setiap saat dan ketika mahu dengan buku  dan bersama dengan nota-nota ja. ((perasaan itu timbul pada aku bila berada di sekolah saja tau, entah mungkin sebab persekitaran sekolah dengan kawan-kawan aku yang memang semua dahagakan ilmu yang buat aku rasa semangat lain macam compare to masa cuti di rumah, jadi aku suka lama-lama di sekolah biarlah jarang balik rumah lagi pun perjalan yang jauh tu  buat aku putus asa dan rela berjalan kaki dari berlama-lama di dalam kereta heeeee loyar buruk kan?))

Tipulah kalau aku kata aku tidak penat tapi tu lah kan lumrah kehidupan sebagai pelajar KALAU TIDAK PENAT BUKAN PENUNTUT ILMU NAMANYA, aku suka statemen tu, aku akan ulang kata-kata tu bila feeling-feeling penat, stress semua tu datang dan yaa! Aku seorang penuntut ilmu, biar penat sekarang, biar biar biarrrrr! Insyaa Allah I’ll worth it !

  Kata-kata cikgu yang menjadi pegangan dan mungkin boleh menjadi inspirasi kepada anda yang sesekali pandai rasa down atau stress masa belajar: pengalaman akan jadi guru yang paling bermakna dalam hidup, semuanya adalah proses, bila sudah dilalui kita akan faham erti sesuatu perkara yang berlaku. Satu lagi, matlamat belajar mesti sentiasa jelas. Belajar bukan untuk cari kerja tapi, untuk cari ilmu.
Insyaa Allah, semoga langkah tidak tersasar dari nawaitu yang sebenar

Selesailah sudah.

photos credit to: google(ofcourse), dila, siti, nizzah, zila #facebook#

Terima kasih kepada anda yang sudi membaca entri yang panjang berjela ini, syukran!

PEACE!





Comments

Unknown said…
selamat berjuang kawan.. terharu aku bca entry ko ne. huhu
SAIDATUL NAZIAH said…
panjang berjela nampak... kak..nyesal hari tu aku x pigi rumah kakak..rindu...

Popular posts from this blog

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

FATIMA KINASCY A NAME AND SECRET BEHIND IT.

#AzeaTurns20

Siapa Malaysia?

Before 2021 ends!