Cerita Semester 4 #4semestersdown #4semesterstogo !


Assalamualaikum wbt. 
Hai semua!

Ini adalah entri wajib buat setiap semester untuk recall segala apa yang telah kuberikan masih lagi tak memadai?? eh ehhh apanihhh?

Entri ini panjang dan ini serius.

Ok, aku akan membuka cerita semester empat aku dengan Pandu Puteri Siswi 1. Yuhuuu. Aku ambil  Pandu Puteri Siswi untuk subjek kokurikulum semester ini. It's awesome sebab geng dalam tu pun awesome. Aku bersendirian di sini, maksud aku at first tiada geng langsung. Kawan-kawan aku rata-ratanya ambil KRS, Silat Serimau Hitam dan KRS. Aku sahajalah tetiba ada di Pandu Puteri ni.  Cari nahas kah apa kan?

 Ini antara kawan-kawan aku dalam Pandu Puteri Siswi. Diorang ni sudah kenal sesama sendiri sebab ada yang satu course dan ada yang satu kelas dalam certain subject. Aku sahajalah yang asing makanya kena pandai bawa diri. Dorang friendly and soooooo nice!

Seringkali juga aku ditanya kenapa Pandu Puteri Siswi ?, aku jawab selamba, sebab guru Pandu Puteri sekolah aku dulu cantik, jadi aku pun mahu digelar cantik bila aku jadi guru penasihat untuk Unit Beruniform Pandu Puteri di sekolah nanti ewahhh tidak matang sungguh jawapan aku.

Selain itu, aku sangat teruja dengar cerita Yanie dulu masa sekolah. Yanie selalu cerita pasal Pandu Puteri dan nyanyi lagu Pandu Puteri, aku yang suka. Tapi aku dulu masa sekolah Berunit Uniform-kan Puteri Islam. Hikhik sajalah mahu keluar bidang sikit ambil Pandu Puteri :)

Ya aku tahu, reasons why aku di atas macam sangat tidak relevan, tapi yahhh begitulah hahaha.

Lecturer pun baik. Lebih prefer dipanggil Cikgu dan sporting walaupun strict tapi still nice and cute.

 Ini antara wajah-waah yang aku rapat dalam Pandu Puteri. 

What makes me want to choose something different from my other friends and prefer to be alone?

= to challenge myself,  to break my comfort zone inside and mostly because I love to be with new people and making new friends =) That's just me hihi.

Ini kad untuk World Thinking Day 2017. One of the activities dan dipertandingkan. Yea, as we can predict, my card not selected as the winner hahahaha. But still, I really enjoyed making it.
*bawah kad tu, ada fail buku log *

 Sebagai pelajar untuk Unit Beruniform, tidaklah pernah lekang dari tugasan yang pelbagai dan BUKU LOG. But believe me, dengan teknologi yang ada, proses membuat buku log tidak lah sesukar mana. Malah ada sesekali aku rasa buat buku log is a fun thing sebab aku boleh design my own buku log the way I like wehuuuu janji menepati kriteria dan semua perlu ada dalam tu mesti ada. Apa tidaknya, taip, print, masukkan dalam fail and you are done!


Aku sangat enjoy dengan Pandu Puteri. I just love it. Kecuali?, kelas Pandu Puteri hari Sabtu! whyy lah whyyyy?? terganggu betul niat jalan-jalan jika ada kelas hari Sabtu, kalau kelas dibatalkan atau ditangguhkan awal itu adalah satu kebahagian yang tiada tolok bandingannya bagi seorang pelajar macam aku ni.

NEXT,

Semester empat ni jugalah aku berpeluang jejak Kelantan! WEEEE~



Dapat famili Kelantan, dapat kawan baru dan pengalaman yang sungguh bermakna!

Aku ada tulis juga pasal cerita aku di Kelantan itu hari. The link is down below!


Lagi?

Semester 4 aku berkesempatan menjadi AJK Makanan untuk International pencak Silat Championship 2017 ! Satu lagi pengalaman yang sungguh mendewasakan hahaha. Lepastu, dapat kawan baru lagi weheee~




 Tulang belakang semangat jadi AJK walaupun huru-hara tak hengattt kakakaka

Inilah mereka AJK Makanan yang paling hyper di abad ini!

Boomerang by the hypers~

Aku pun ada tulis pasal ni sikit dalam blog. Check it out HERE !


Semester 4 juga...

Jadi AJK Cenderahati untuk program Diskusi Perbandingan Agama anjuran Lajnah PRO, Persatuan Pendidikan Islam (PPI) yang awesome!. #LajnahPROawesome !






Ini lah partner aku menjadi AJK Cenderahati. Fatin Aifa  namanya <3






Hahaha over kan letak gambar selfie banyak-banyak? kekekeke

Semasa semester 4 ini jugalah kami menarima kunjungan daripada Siti si #UNISZApastitahu dan Azea ft Rosa si warga #USIM. Jauh mereka berjalan untuk jejak kaki ke Tanjong Malim untuk melawat kawan-kawan lama di UPSI.





Lagi excited mahu recall untuk semester 4 ini adalah, PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2017!
I made it again! 

Hasil tangkapan PBAKL 2017!

Ini tahun kedua aku jejak PBAKL, bersamaan dengan 2 tahun juga aku di semenanjung ini untuk menghabiskan sisa-sisa tempoh pengajian aku. Alhamdulillah untuk semua ini!

Daaaaan yang paling mengujakan untuk PBAKL2017 ini adalah....

Ketemu penulis buku favoriteeeeee! 
TERE LIYE!

Aku ke PBAK2017 bersama Yanie dan Kak Kiko. Dari Tanjong Malim ke residence Yanie di Damansara langsung ke PWTC and jumpa kak Kiko di sana~

Ila Yanie.


Ila Tere Liye =)


Ini #TeamPBAKL2016  hikhhik cuma Azea tiada.
Yasha, Sholeha dan Yanie.

Aku pegi PBAKL2017 dua kali. hahaha kerana nekad dan tidak puas hati. Pada hari terakhir PBAKL2017 tu, aku serang lagi PBAKL dan grab buku yang aku mahu!. Baru puas hati aku. Aku datang seorang dan aku survived!

NEXT,
ANNUAL GRAND DINNER PPI <3
TEMA: PADANG PASIR


 Maka berjubahlah semua insan masa dinner itu.


Spot the  one yang angkat Piramid! kakakaka

Semester 4 adalah semester kami menempuh Ramadhan. Bermula study week sampai lah exam dan cuti semester.

Jadi, iftar bersama rakan-rakan itu adalah perlu!
Ini bersama gadis kesayangan aku, ex-housemates semester 3 yang lepas. Happy sokmo dorang nih!


Sepatutnya, ada Kak Dee and Izzah tapi Kak Deee sudah balik, Izzah pula esoknya ada paper so kami berempat sahaja yang available :)

On the way pegi bazar Ramadhan Tg.Malim, jumpa kanak-kanak ni, terus minta izin ambik gambar dorang. Sporting adik-adik ini :)


Housemates aku rajin masak sampai aku rasa malu mahu hidup dalam rumah tu sebab aku tidak rajin and tidak pandai masak waddduhhh waddduhhhhh

SAHABAT YADIM UPSI juga ada buat bubur lambuk untuk diedarkan kepada pelajar-pelajar UPSI dan penduduk sekitar Taman Segar :)


 Nampak sangat tidak buat kerja kan orang busy susun bekas bubur lambuk, aku pula sibuk selfie eip!


Ini team potong-potong bawang dan tumbuk serai.


 Packing bubur~

 edar bubur~



And Ramadhan brought me to Alin di Shah Alam. Yahhhh namanya zafirah memang nekad!


Aku sudah lama tidak berjumpa dengan manusia bernama Alin ini sangat lama sehinggakan aku betul-betul nekad ke Shah Alam untuk bertemu. 

Masa tu aku baring-baring atas katil melayan kemalasan menunggu exam seterusnya.. gap seminggu lebih apa tidaknya, mahunya aku fokus belajar? memang tidaklah, aku sudah diawang-awangan membayangkan cuti semester bermula kemudian dapat berbuka bersama keluarga dan hari raya!. So, kaki aku gatal untuk berjalan meneroka dunia! ehhhhh?

Aku whatsapp Alin dan cakap aku mahu jumpa dan Alin ajak ke Shah Alam untuk iftar dan bermalam di sana. Alin sedang pratikal, jadi aku boleh tinggal hostel dia untuk satu malam tu. Maka tekedek-kedeklah aku mengemas barang dan kemas bilik before aku berangkat. Roommate aku pun terkejut dengan keputusan drastik aku, housemates aku apatah lagi... sudahlah petang tu dorang plan buat Butir Nangka hukhuk melapas aku Butir Nangka made by my housemates yang sungguh pandai masak itu~

Aku berbuka puasa dalam train almaklum lambat bertolak, maka lambatlah sampainya. Alin fetched me up di KTM Shah Alalm then bawa singgah masjid untuk solat kemudian kami makan!.
Alin bawa pegi Uptown. Dapatlah juga aku baju raya sama design dengan Alin hahaha. Lepastu kawan Alin belanja mcD. Sahur di hostel Alin dan makanan sahur sepenuhnya di sponsor oleh Alin and friends!


Keesokan harinya, Alin packing barang-barang bawa balik rumah. Alin bawa balik rumah dan few hours kemudian Alin hantar ke Putrasental ke KL Sentral then KL Sentarl to Tanjong Malim!

Anak buah Alin. Aisyah dan khadijah.

So that's simple summary about days with Alin <3

Next, marilah aku fokus pula dengan main core about my semesster 4. Which is, My Classmates and our lecturers (the subjects to be specific =P)

SMESTER 4 was the thoughest semester I ever gone through! I can't believe I survived it! *shed tears *

Subject semester 4:
  • Ilmu Qiraat
  • Usul Tafsir
  • Kajian Teks Al Quran dan Hadith
  • Interaksi Al Quran dan Sunnah
  • Pemikiran Islam Semasa
  • Pandu Puteri Siswi 1
  • English Proficiency 4

Subjek yang aku gelapkan tu adalah subjek membunuh yang aku nyaris-nyaris terkorban uwaaaaa... budak-budak sekarang cakap susah nak mateyyyy!=P

Tapi Alhamdulillah kami sekelas masih bernyawa walaupun macam ikan tenggelam timbul tidak yakin mahu meneruskan hidup di lautan yang sungguh dalam dan menakutkan itu (eh ada ikan takut lemas?).

SYABAS TEAM FURQAN! 
ANDA BERJAYA KE LEVEL SETERUSNYA IAITU SEMESTER 5!


Ini bersama pensyarah subjek Ilmu Qiraat.

I could say, Ilmu Qiraat adalah subjek favorite aku walau pun susah. Aku sangat berterima kasih dengan kawan-kawan aku yang tolong pick up aku yang slow ini. Sudi ajar, tolong aku kejar apa yang aku tinggal masa di kelas sebab aku betul-betul terpinga-pinga tiap kali kelas Qiraat. Sebab aku memang spesis lambat catch up huhuhu. Tapi pensyarah aku sangat best mengajar aku tidak tipu! 

Ujian syafawi paling win, ketar sendi-sendi aku masa ujian tu Ya Allahhh. Tapi Alhamdulillah berjaya dilalui!. Result untuk subjek ini adalah luar dari jangkaan Allahu!

Bestnya semester ini, semua killer subjects adalah subjek minor dan major. Semua pensyarah yang mengajar adalah pensyarah kegemaran!

Ini bersama pensyarah subjek Interaksi Al Quran dan Sunnah.
Kelas yang best juga, assignment pun aku rasa fun buat. Pensyarah pun saaaaaangat cool!

Coursemates #TeamFurqan #FurqanAwesome !


Ini pula buku hasil tulisan group aku untuk subjek Kajian Teks Al Quran dan Hadith.
Terima kasih Sarah yang banyak kerja keras.
Terima kasih zura sebab siap awal.
Terima kasih zura dan sarah sebab bersabar ada teammate macam Zafirah seorang ini! uwaaaa

Subjek ini subhanAllah sungguh aku cintai walaupun assignment agak susah dan paling lambat aku siapkan aduh. Experience belek kitab-kitab hadith tu tidak pernah tidak menjadi keterujaan. Apa tidaknya, kalau tidak ada tugasan sebegini, mana mungkin aku sebagai pelajar ni sanggup belek kitab-kitab karya agung ulama-ulama terdahulu tu?. SubhanAllah, beruntung betul aku berada dalam course ini!

Subjek Usul Tafsir pun tidak terkecuali, banyak ilmu baru aku dapat Pensyarah pun sangat kreatif masa mengajar. Aku pernah rasa takut masuk kelas ni entahlah kenapa padahal lecturer sangat nice dan besttttt!

Subjek Pemikiran Islam Semasa pun sama!. banyak info dan ilmu baru!. Sangat awesome dan lecturer pun sangat cool!

English Proficiency 4, adalah final untuk EP. Paling parah dan kritikal untuk Ep4 ini adalah, DEBATE!. Team aku dapat tajuk pasal Paralympic should be rewarded the same as Olympic Athlete. Aku sudahlah pencinta sukan negara Malaysia tapi kena pula jadi opposition. Sedih betul aku perlu menangkis hakikat yang sebaliknya perlu dipertahankan hukhuk aku memang emosi masa membuat hujah dalam keadaan terpaksa. haihhh. Lecturer pula, super awesome AND SO KIND <3

by all of the struggles, there are important people who willingly to help when I am in need.
They help me to catch what I left behind.
They always be the happy pills of mine.
They always be there when I need their hands.
They are the true amazing people to have in this path!
They are,
FRIENDS!


Ini masa explorace. Classmates aku ramai yang terlibat. Hampir semua terlibat.



And we really enjoyed it!

Terima kasih kawan-kawan!
Kalian akan abadi dalam ingatan. Saranghae!

Team pembentangan Qiraat yang dapat pujian dari pensyarah kuikuikui.
Thank you biha and Kak ain sebab banyak bantu saya faham Qiraat!
Terima kasih untuk segalanya!

 Parts of my happy pills :)

 Team Pemikiran Islam Semasa :)
Thank you Sarah dan Syaff!




 

 


Ini baru sikit. Ada lagi insan-insan yang mustahil untuk aku paparkan satu-satu bagi menunjukkan betapa amazingnya kalian dimataku.
Thank your friends for amazing semester 4!
See you soon!

Alhamdulilah untuk semester 4 ini. Separuh jalan sudah dilalui. Separuh lagi untuk ditempuhi. Mana mungkin perlu berpatah balik. Mari teruskan perjalanan dan menggapai impian bersama!. 

Banyak perkara dipelajari sepanjang semester ini, ramai kawan baru, air mata, tawa dan segala emosi pernah dierembeskan sepanjang semester ini. Ya lah, lagi mewarnai kehidupan dan dijadikan pengajaran untuk masa akan datang kan?

. In shaa Allah, let's be better for better future!

Before I end this entry, this is my favorite of all time!
Ucapan selamat Hari Guru daripada PPI :)
Enjoy!


THANK YOU FOR READING THIS ENTRY.
YOU ARE AMAZING IF YOU READ THIS FROM TOP!
Till next time and stay be a grateful person!

Ma'a salamah!




Comments

Popular posts from this blog

Daily Blog Challenge | DAY 2

Sambung study.

Tentang header

Daily Blog Challenge | Day 6 | Elephant Film Festival 2017 !

Tentang convo.