Daily Blog Challenge | DAY 2



Assalamualaikum wbt. Ini hari kedua untuk challenge update blog setiap hari selama seminggu.

Hari kedua: 8/8/2017 (Selasa)

Hari ini, aku berkeputusan untuk menghabiskan pembacaan novel BUMI karya TERE LIYE yang aku beli masa PBAKL2017 itu hari.


Masa baca ni, aku mula sedar yang aku adalah seorang yang tidak berapa gemar atau masuk dengan cerita-cerita yang berbaur fantasi. Aku tidak kata aku tidak suka secara total tapi ini just small side of me yang masih suka membaca tapi mula tahu buku yang bagaimana aku suka dan kurang suka.

Cerita tv dan drama pun macam tu. Fiction stories ni macam not my type I could say. Tapi I watched Goblin and Let's Fight Ghost sampai habis juga okayyyy. But still, masa tengok tu ada satu perasaan memberontak dalam diri aku, tidak masuk akal dan aku mula tidak selesa dengan keadaan itu.

Aku tegaskan lagi, bukan tidak suka. Cuma, bukan berada dalam tangga teratas jenis cerita kegemaran aku. Okay I'm done with that.

What more things happened today?

Join @KL2017 @TeamMsia Twitter Contest:

Ini 2nd time aku join. Tapi setakat ini, bukan rezeki aku lagi. hukhuk. Serius aku sangat teringin mahu memiliki barangan ekslusif Team Malaysia dan KL 2017!. Di samping itu, aku juga peminat YB KJ kekekeke~ (tiba-tiba).
Hihi kerana nekad. Tapi jika benar bukanlah aku pemenang bertuah, aku tetap berbangga dengan para atlet sukan negara kita. Semoga para atlet Sukan Sea @KL2017 negara kita mampu melakukan yang terbaik sekali gus merangkul pingat emas dan mengharumkan lagi nama negara di persada dunia!


Amazing thing on twitter (lagi):

Aku adalah peminat Detektif Conan. Masa sekola dulu, aku ni selalu berangan yang aku ni Ran Mouri lepastu boyfriend aku Shinichi Kudo. Ya ya ya tahu, sangat tidak matang. Tapi serius, aku minat Detektif Conan. The only anime yang aku layan rasanya selain Ninja Boy dan Chibi Maruko Chan serta Hagemaru? ehhhh??


 Tolong Aiman (adik sepupu) buat Buku Skrap Sains.

Ini lebih kepada buat decoratipn bagi buku skrap tu nampak cantik. Isi semua Aiman yang buat. Gigih lah cari majalah lama lama untuk digunting huruf-huruf yang berkenaan untuk tampal atas muka depan buku skrap tersebut. Aku tidaklah kreatif mana, tapi sekadar untuk bagi kanak-kanak teruja dan memuji hasil kerja aku tu boleh lah kikiki.


Itu sahajalah untuk catatan hari ini. 'Till next time in shaa Allah!





Comments

Popular posts from this blog

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

FATIMA KINASCY A NAME AND SECRET BEHIND IT.

#AzeaTurns20

Siapa Malaysia?

Before 2021 ends!