Daily Blog Challenge | Day 3 | 5 Denda Masa Sekolah Paling Diingati


9/8/2017

Assalamualikum wbt. Hai semua!

Ini post berbentuk confession. Aku bukan pelajar cemerlang, bukan sepenuhnya skema, aku ini pelajar sederhana tahap tiga dalam akademik (boleh pula label diri sendiri kan? kekeke) masa sekolah menengah. Tapi, aku semakin memperbaiki diri. Semakin ada kesedaran. Semakin meningkat usia semakin berubah cara aku berfikir dan bertindak. Benarlah, we grow with the time and experiences. Makin meningkat dewasa, makin jelas kenapa cikgu-cikgu buat begitu dan begini dahulu.

Jadi, ini aku kongsikan 5 denda yang paling aku ingat yang pernah aku kena masa sekolah menengah dulu. hikhik ini untuk pengajaran bersama sekali gus menyokong semua tindakan guru untuk memastikan para pelajarnya pandai dan berjaya dalam hidup :)

1. Berdiri luar kelas sebab kerja rumah tidak disiapkan.

Ini masa matapelajaran Addmaths. Aku memang tidak tahu mahu jawab apa, jadi aku biar kosong dan aku tidak expect cikgu akan ronda setiap meja untuk tengok kerja sekolah tu, tapi aku silap.
Aku pun diminta untuk keluar kelas dan siapkan apa yang perlu aku siapkan. Masalahnya aku memang tidak tahu T_T. Atas dasar malu yang amat dan tidak rela berlama-lama di koridor luar kelas tu, aku pun tulis sahaja step ikut contoh dalam buku. Asal ruangan jawapan tu nampak berisi. Aku  tunjuk dengan cikgu dan cikgu suruh masuk kemudian suruh aku duduk. 



2. Lompat hantu cina

Ini satu sekolah aku tahu cikgu siapa yang bagi denda untuk pelajar sebegini. Lompat dengan kedua-dia tangan diunjurkan ke depan. Bergantung juga lah kena lompat dari mana ke mana dan di mana. Ada yang kena lompat di koridor dari hujung ke hujung lepastu melalui semua kelas sepanjang koridor tu. Ada juga yang kena lompat pusing satu kelas hahaha malu memang malu. Hal sendiri juga kan siapa suruh tidak siapkan atau buat apa yang cikgu suruh. Pengalaman aku dengan denda ni masa kelas Matematik. Tapi demikianlah, cikgu ini juga yang buat  aku suka Matematik dan dapat score dengan cemerlang untuk subjek ini masa PMR Alhamdulillah!

3. Conteng muka sebab tidak siap nota.

Ini HAHAHAHAHAHA aku rasa kelakar sangat bila ingat. Subjek Kemahiran Hidup. Aku adalah pelajar biasa yang sangat pemalas buat nota hahaha buat nota dalam keadaan terpaksa. Ya lah dulu mana tahu cara buat nota dengan betul, yang aku tahu salin lah apa yang ada dalam buku teks, janji siap. Sebab tu lah malas buat nota. Jadi pada waktu tu, aku tidak sangka cikgu ambil serius tentang nota dan mahu check nota tu hari tu! Atas sebab kemalasan itu, aku pun dapatlah ganjarannya. Mukaku diconteng dengan whiteboard marker oleh cikgu. Sudahlah begitu, kelas masa tu di Bilik ERT maka dalam keadaan muka berconteng, aku perlu balik ke kelas dengan muka tu!. Padan muka aku. hahahaha. Masa menengah rendah aku ambil Kemahiran Hidup: Ekonomi Rumah Tangga (ERT). Aku suka subjek ni sebab selalu ke bilik ERT untuk  belajar mengendalikan mesin jahit, buat pola skirt, buat mixed fruits cake, buat kuih cucur badak waaaaah! suka lah!.


4. Pungut sampah sebab tidak pakai baju KOKUM

Aku pernah dalam fasa yang tidak memiliki baju uniform Kokurikulum setiap hari Rabu. Aku ada masalah tu. Paling me-nervous-kan lah tu kalau perhimpunan pagi hari Rabu orang yang tidak memakai baju uniform kena buat barisan baru. Lepas habis perhimpunan pagi, yang tidak pakai baju uniform akan didenda. Standard pungut sampah lah. Hikhik. Pernah juga kena lari dalam bulatan seingat aku kakakaka.



5. Gula-gula panjang.

Ini masa tingkatan 6 Rendah. Lambat naik masjid untuk solat zuhur pada hari Jumaat. Sekolah aku dulu kalau dari asrama mahu ke masjid, kena naik tangga sebab masjid tu di atas. Asrama di bawah.

Aku terlajak tidur tengahari tu sampai asrama kosong tinggal beberapa orang kawah sahaja ada dalam dorm masa tu. Nekad juga mahu ke Masjid masa tu sebab takut nanti warden check asrama lagi teruk kamtoi nanti. Tapi, sampai di kaki masjid, ada ustaz siap menanti dengan gula-gula panjang beliau. Cuba teka gula-gula panjang tu apa?.... *drumroll*...... ya betul! ROTAN!

Ini aku serius, pertama kali rasa gula-gula panjang. Sekolah aku guna istilah ni untuk menyedapkan bunyi rotan. Ustaz rotan di tapak tangan sebelah kiri. Sebelum ustaz rotan, ustaz tanya menulis guna tangan apa?, cakaplah tangan kanan. Ustaz minta hulur tangan kiri. Masih juga ustaz consider bab memudahkan students menulis kan? ;')

Boleh aku kata pengalaman gula-gula panjang ni adalah kenangan manis?. Hihi pelik bunyinya kan?.

Aku percaya, banyak lagi jenis denda yang aku tidak catat. Denda-denda macam ni lah nanti akan cerita balik dengan kawan-kawan lepastu berdekah ketawa sama-sama sambil melihat diri sendiri sekarang berada di mana. Terima kasih cikgu!

REFLEKSI:

Selepas dapat denda-denda tu, sekarang aku nampak apa yang cikgu dan pihak sekolah mahu aku (dan kawan-kawan) sampaikan kepada kami.

1. Cikgu mahu menggalakkan pelajar-pelajar untuk BERANI MENCUBA dan JANGAN TAKUT SALAH. Kalau salah pun, cikgu boleh tolong betulkan.

2. Cikgu tidak akan mendenda pelajar-pelajar tanpa sebab. Sebab cikgu denda adalah untuk pelajar nampak apa akibat kalau tidak buat kerja yang diberi sekali gus menjadikan pelajar lebih peka dengan keperluan menyiapkan tugasan serta fokus semasa guru mengejar.

3. Denda ni macam warning/ amaran kepada pelajar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pelakar. Cikgu denda supaya pelajar sedar dan faham yang cikgu bagi kerja rumah serta tugasan bukan suka-suka malah jauh sekali untuk menyusahkan pelajar. Cikgu bagi semua tu untuk kebaikan pelajar sendiri.

4. Peraturan untuk dipatuhi. Sekolah mahu membentuk pelajar jadi manusia yang berguna. Sekolah mahu semua pelajarnya dibentuk ikut acuan kebaikan dan penuh dengan nilai moral yang murni.


Membaca isu-isu mengenai pelajar yang semakin manja kini, guru-guru mempunyai cabaran yang bertambah sukar. Denda bukan untuk merosakkan, tapi denda untuk membentuk diri pelajar menjadi lebih sedar dan menjadi lebih baik untuk masa depan mereka.

Pensyarah aku penah cakap, definisi sekolah baginya adalah

" Sekolah adalah tempat untuk memanusiakan manusia "


I am Zafirah Ripin and 'till next time, remember your teachers always the best!

Ma'a salamah!





Comments

Popular posts from this blog

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

FATIMA KINASCY A NAME AND SECRET BEHIND IT.

#AzeaTurns20

Siapa Malaysia?

Before 2021 ends!