Olahraga 2.

Assalamualaikum wbt. Hi!

Ok teruja! teruja! teruja! mahu cerita di blog pasal ini aaaaa~

Sebelum itu, kenapa tajuk Olahraga 2?, 
sebaaaaaaaaaaab, pernah tulis entry tajuk yang sama dalam blog! like years ago! 

2016 ada tulis di entry ini : https://themissela.blogspot.com/2016/03/olahraga.html ! baca k, lepastu kembali ke sini untuk baca update Olahraga 2 ku pula!

Pada satu minggu yang penuh dengan kesibukan warga sekolah untuk mempersiapkan para atlet rumah sukan untuk sukan sekolah, di sudut yang lain ada permintaan untuk membawa atau mengiring atlet mewakili sekolahku untuk ke Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Tawau (MSSDT). Diulangi seperti dalam entry 2016, saya bukan manusia bersukan. SAYA bukan manusia bersukan. Saya bukan manusia bersukan hahahahah tapi jap otak aku masih memproses macam mana aku boleh ada dalam arena ini sekali lagi meskipun ini bukan keminatanku. 

Oh lupa, aku cikgu! Cikgu ini semua bidang tugas dia kena rasa. Asam garam menjadi cikgu, tu aku lupa tuu.

I was appointed to JUST register the kids for MSSD Tawau. Tolong daftar dalam sistem dan urus dokumen mereka sahaja wallahi! Tapi, eh terjadi Pengurus Pasukan ya hahahha. How can this possibly be?. Esok hari terakhir daftar dan hantar dokumen dalam sistem, hari ini baru diberitahu mengenai tugas ini. Dapat bayangkan apa tidak kehuru-haraan hidupku ketika itu?.

Aku sampai menangis sebab stress dalam bilik seorang-seorang sebab eh emosi sebab overthinking. Clash habis semua rencana sukan sekolah dan sukan MSSDT. Aku masih rasa ini adalah pekerjaan gila. Bila aku busy urus sukan MSSDT, maksudnya membantu melatih (a.k.a memantau) latihan atlet rumah sukanku tidak terlaksana. Macam-macam isu dalam diri aku yang buat aku stress. Padahal, mungkin itu hanya dalam kepalaku saja. 

Masalah aku itulah, terlalu memikirkan apa yang difikirkan orang mengenai aku. Aku tidak selesa bila dianggap tidak melaksanakan tanggungjawab. Sedih betul aku dalam minggu tu, lagi-lagi aku lambat dimasukkan dalam grup guru penasihat rumah sukan yang sudah siap tempah baju untuk dipakai masa sukan sekolah nanti, hah tambah aku emo!. Berderai airmataku di satu sudut tempat sujudku minta Tuhan tenangkan dan kuatkan. Seperti yang Adi Putra cakap semasa memegang watak Mat Kilau, "Allah adalah kekuatan kita, untuk mencari kekuatan carilah Allah" ha macam tiberkan pegi Mat Kilau, zafirah ok tidak tu? haha tapi serius, ada poin di situ.

Aku redha dan pasrah dengan segala apa pun yang dikatakan manusia, sebab aku memang tidak dapat berbuat apa dalam situasi aku masa tu. Jadi, aku lengangkan fikiranku dengan hanya fokus kepada pengurusan MSSDT sekolahku walaupun, ha banyak rintangan yang dihadapi sepanjang minggu sukan itu.

18-22 Julai 2022 (MSSDT)
19-21 Julai 2022 (Sukan Sekolah - dan 22 Julai, cuti peristiwa yehu!)

Apa saja pengurus pasukan ni buat?


- Daftar atlet sekolah dalam sistem,
- Upload dokumen. (ehem untuk upload dokumen, dokumen fizikalnya mesti ada. Borang M01 lah M02 lah, ambil gambar pelajar lepastu kena crop ke ratio yang dikehendaki lah).
- Made copies of their IDs (jadi tukang fotokopi, checked!) sampai bersila atas lantai bawah meja tau.
- DIY gambar passport setiap atlet yang setiap orangnya kena ada 2 copies) - at this point aku rasa aku boleh buka kedai gambar hahaha! and not to mention, if I said DIY so that means I printed them using my own glossy papers and my printer! - Sebab sejenis, I am capable to do them sebab semua bahan ada, so mengapa mahu susahkan orang lain? ha gitu.
- Dapatkan maklumat diri para atlet sebab ya Allah last minute so I filled the forms by my own. Tapi, ini sangat menarik, the kids gave their hands to make everything done as fast as possible alhamdulillah!
- Minta pengesahan dokumen, ini dapat bantuan dari cikgu Dr yang saya segani.
- Take them pictures into documents form sebab mahu upload dalam sistem ASAP, ni pun cikgu Dr banyak tolong.
- Lepas upload, kena print pula semua yang berkaitan
- Siap registered on time, ada flaws pula sebab salah key in nama student dalam acara yang lain. So PM urusetia untuk minta solution and alhamdulillah, dipermudahkan.
- Print Kad Peserta kemudian cop mana yang patut.
- Semak dokumen peserta di PPD and mesyuarat pengurus pasukan sekali.
- Gunting kad peserta dan masukkan dalam holder individually.


Semua tu dibuat sebelum MSSDT berlangsung. Semasa MSSDT berlangsung pula.....


- Memastikan anak-anak atlet sekolahku ini sampai ke arena pertandingan tepat pada waktunya jangan sampai mereka terlepas acara mereka.
- I drove them and settled everything needed like their participant pass and their numbers must be excellently right!

Semestinya I was excluded from attending school by reason and permitted so yeah. 


- Understanding the use of spikes shoes. hahah selalu dengar jak kasut spike bla bla and here I was as a tokey kasut spikes already gagaghja. Tapi, kasut spikes sekolahku sangat uzur satu pun tidak function.... sebab 2 tahun tidak diguna kan sebab PKP and all. 

So here is an interesting and new environment I am in. Masa sukan ni, semua orang adalah sepasukan. Maksud saya, semua sekolah adalah sepasukan di luar acara bermula. I saw that lending each other's spikes shoes is normal!. I salute cikgu nasir yang bersungguh betul menebalkan mukanya pinjam kasut spikes. But, I think it is normal sebab Cikgu Nasir slumber jak pegi mana mana team sekolah tanya saiz kasut dan aturkan semua pinjam dengan siapa dan kena kembalikan dengan siapa. Cool gila!. Oh ya cikgu Nasir is a teacher who taught and opened my eyes widely about sports especially track and field. Which is so interesting isn't it?

Cikgu Nasir is also the coach for my school athletes. Cikgu baru di sekolah tu, but I can sense how amazing this school will turn out to when he's there! Let's change the school for the better cikgu!

I also had have to be the subtitute coach for awhile bahahahha tapi memang tidak lah kan?. Masa tu cikgu nasir cannot get into the arena with the athletes but he wanted to deliver some final messages to them. Masa tu acara lompat jauh. He explained about the tips and everything to me through a phone call and he even asked me to repeat as if how I'll explain it to the athletes hahahha aku memang blur lah masa tu dengan term rendahkan posture?, luruskan tangan ke depan?, mendongak ke langit untuk melambatkan jatuh ke tanah?, kira steps?,guna 40% masa mula berlari dan 60% masa mahu melonjak? omg my brain just cannot absorb them cikgu! sorry! hahaha

So what did I do?. Masa tu atlet sekolahku sudah di arena pertandingan pun. Aku call cikgu nasir suruh dia cakap sendiri dengan dorang hahaha. aku sampai kena halau keluar dari arena tau sebab atlet jak boleh ada di situ. So, I pulled out my earphones and suruh the kids listen to cikgu nasir, while I was stepping out from the arena and gave them the phone though the fence's hole hihiihi. 



It's so interesting!
At that very moment, I remembered I've learned about "Olahraga" while I was in UPSI and, I went to the 2016 blogpost ! https://themissela.blogspot.com/2016/03/olahraga.html

LONG JUMP.
The only high jump I ever played seriously was at PS1 hahaha!

Sekolahku menghantar 17 atlet tapi sebab ada isu sikit, jadilah 16. Tu pun ada few athletes yang tidak participate langsung sebab isu-isu dan masalah tertentu.

Antara isunya, ada yang sayang acara mereka di sekolah sebab clash dengana acara di MSSDT. That's the major problem. Our athletes hilang fokus untuk MSSDT sebab dorang atlet rumah sukan masing-masing juga di sekolah. Kasihan kan?.


Lepastu, ada juga sebab acara tidak direstui oleh bos kami yang dipercayai dipengaruhi oleh faktor sekeliling yang tidaklah mahu bersangka-sangka sebab semua ini difahami berbalik kepada major issue yang disebutkan di atas. 

Tapi, best lesson juga sebab ini pengalaman baru aku menentang arus yang dikuatkan semangatnya oleh one of the teachers! Suka betul aku dengan semangat beliau. Kami sehaluan dalam soal memberi harapan pelajar serta percaya akan proses mengembangkan kemahiran dan potensi pelajar.

"Jangan dibunuh potensi pelajar, jangan dibiasakan mengalah sebelum berjuang" kalimah yang aku mahu suarakan tapi eh, saya hanya pepasir di tepian pantai.

Kompleks Sukan Tawau yang menjadi "sekolah" dalam minggu MSSDT ini. Seriously, I've learned so much!

Kontinjen SMK Titingan :)

Kami dapat 1 gangsa dalam acara Merejam Lembing alhamdulillah!
Bukan kami, mereka!

In shaa Allah, tahun depan kita kutip lebih dari ini ok?



Secara keseluruhan, sekolah saya mendapat 1 Emas dan 1 Perak dari PPKI dan 1 gangsa dari Sekolah alirang perdana. Alhamdulillah. Terima kasih semua!


Honestly, I already fed up all these mahahahha tapi, best weh menelusuri pengalaman baharu. Lagi-lagi bila ada cikgu yang support and anggap kita macam one of the team. Best! tapi stress hahahah!
But at least, I can see, how sport actually should be work in school and how challenging it can be. Salute cikgu sukan, salute!

Was I actually enjoyed this experience?, yes. 
Was it easy?, no.
But, I'll give my support in sport little bit extra after this!, in shaa Allah.

Here's me eating lekor panas on the final day of MSSDT. I was driving our athletes to their home.
I am so touched with this experience. I am loving and appreciating my job more after this.


Deep inside, I miss teaching!
Huh, after weeks of being outside, teaching must be lil awkward haha!

After all, I am a teacher who teaches Pendidikan Islam. I am not sport teacher.
If you are questioning how can I be in this "olahraga" and MSSDT things...

me either can't find the corellation haha!

I am a teacher after all and I love my job by heart!

This writing must be so fun to read in the future.

Thank you for reading!

Until next post toodles!





Comments

Popular posts from this blog

Diari Latihan Mengajar Zafirah: 1 SM & 2GTI 💓

Diari Latihan Mengajar Zafirah: Sarah, Kak Sira, Housemates, dan SEBUKTI !

Temuduga Pendidikan Islam UPSI Sesi 2015/2016 dan Kawan Baru :)

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

29 and It's TMI Time!