Olahraga.
Assalamu'alaikum wbt.
Salah satu subjek yang aku hadap semester ini adalah Olahraga.
Aku bukan wanita bersukan. Aku juga paling tidak aktif dalam sukan masa di sekolah dulu. Masa sekolah dulu, aku tukang bancuh minuman dan sedia makanan saja untuk para atlet rumah sukan aku. Jadikan aku AJK makanan dan sedia peralatan untuk para atlet mahu pun untuk pasukan perbarisan rumah sukan, aku rela. Jangan bagi aku sukan, lagi lagi olahraga. Apa ja sukan aku dulu?, bola jaring tapi tidak pernah jadi wakil sekolah pun haha, paling malas turun latihan tu aku lah. Ugh cukuplah semua kenyataan tu menunjukkan aku ni bukan sport people.
Jadi, semester ini aku tiada pilihan, aku tidak suka? aku benci? aku tiada pilihan. Subjek wajib hoi~
Sekarang masuk minggu ke tiga aku datang kelas olahraga. Ok, bukan kelas pun... sebab buat di padang. Mahu tahu?, olahraga best!
Berpanas, berlelah tu biasa. Minggu lalu grup aku kena lari 2.4KM bersamaan dengan 6x pusing padang 400m. Nampak macam gilaaaaaa~! aku boleh kah?, macam jauh ja. But hey*sapu bahu kanan yang tiada habuk pun* you never know untill you try it yourself dan ternyata?. aku mampu!
Lagi pula, olahraga tidak memaksa kita untuk 2.4km tu mesti lari, kau boleh berjalan lenggang-lenggang kangkung bila kau rasa penat. Boleh juga mengimaginasi kau sedang buat video klip lagu hindustan sambil-sambil lari tu. It's more fun bila membayangkan betapa sihatnya badan kita bila perlu berolahraga seminggu sekali. Instead of dapat markah kehadiran dan ilmu, kita juga dapat kelebihan tubuh badan yang sihat. yay!.
Minggu ni kami belajar Drills
Kami diajar 5 jenis drills. Instruktor bagi demo, kami buat.
1) Ankling
lebih kurang macam ni lah rupa kita bila berlari guna ankling drills ni. Tapak kaki jadi straight masa lari guna cara ni.
2) Butt Kick
3) Front Kick
*cari di google tapi tidak dapat dijumpai yang banyak keluar pasal taekwando* so...
imagine ja la lari dengan kaki ke hadapan macam menendang sambil lari. Banyak-banyak drills yang diajar, front kick ni lah yang paling senang buat sebab dia just cool.
4) High Knees
5) Bounding
Ha kau bounding, lari sambil melompat. Ini yang paling susah buat, tapi instruktor buat macam senang.
Nampak cantik ja instruktor buat demo, bila diri sendiri yang buat jadi hancur, hodoh, berserabut hahaha.
Untuk apa sebenarnya drills ni?
Instruktor kata untuk improve larian kita. Sukan lari lari memang perlu prktis drills ni. Improve kelajuan larian. Instruktor juga kata, ada banyak jenis drills tapi dalam silibus lima ni ja.
Instruktor grup aku best, sebab baik. Pemurah. Instruktor kami kata, asalkan buat apa yang diajar, then layak dapat A. Yang penting buat, jadi kah tidak, yang penting buat!
Jadi, itu sajalah untuk kali ini. Saja lah mahu cerita di blog supaya aku ingat. Nanti mana tahu jadi coach untuk sukan olahraga kan?.
Okay. Bye~
ma'a salamah!
Comments