Posts

Showing posts with the label 2016Highlight

Latihan Amali #TeamFurqan di bawah kursus Dakwah dan Pendidikan bhg.1

Image
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum wbt hai semuanya! Ah excited sungguh aku mahu bercerita dalam blog ni ya ampuuuuuuuun! Aku dan classmates aku yang ambil kursus Dakwah dan Pendidikan semester ini perlu buat latihan amali atau program sebagai syarat untuk lulus subjek ni. Kira macam ada percent pemarkahan untuk subjek ini dalam program yang perlu kami buat tu. Program atau ustaz lebih galakkan kami sebut sebagai “Latihan Amali” ini memerlukan kami berprogram dengan pengisian Dakwah dan Pendidikan di perkampungan orang asli. Kami namakan program ini dengan… “PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI ORANG ASLI” Ustaz atur tempat kami buat program, kami pula perlu buat organisasi kami sendiri untuk pelaksanaan program tersebut. Beberapa minggu sebelum program dilangsungkan, kami bincanglah pasal organisasi tu masa kelas Dakwah dan Pendidikan juga bersaksikan ustaz masa tu. Pilih siapa pengarah program, siapa setiausaha, siapa bendahari, siapa AJK Pengangkutan, AJK Makanan,...

Cuti Semester aku awesome!

Image
Assalamu'alaikum wbt. hai~ It's been awhile kan? Aku sedang meniti hari-hari mengakhiri cuti semester aku yang kini hampir tiba ke penghujungnya. Aku boleh kata, cuti aku sangat seronok sampai aku rasa tidak mahu cuti tu habis... tolonglah cuti aku sangat awesome dan terisi! Terisi dengan masa bersama keluarga dan kawan-kawan! Dengan mereka cuti aku sangat best! Pegi Kundasang makan gelato di Desa Dairy Farm yang serius sedap maa sha Allah! Kundasang yang cantik dan sejuk dan ada Kinabalu <3 bersama Kak Tika dan Ayip. Aku juga banyak masa untuk membaca novel Fixi, novel RAM, Tere Liye yang best! Paling best, Hari Keluarga lah! 7&8 Februari 2016 Masa ni lah semua family sebelah bapa aku berkumpul, dari pakcik-pakcik, makcik-makcik, adik beradik, anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit semua ada! sangat meriah sangat meninggalkan memori yang sangat sangat indah tidak terkata! Aku cinta dengan keluarga ini!. in...