Posts

Showing posts with the label DiariSahabatYADIM

Jejak Pulau Pinang Pertama Kali ! | Diari Sahabat YADIM UPSI

Image
Assalamualaikum wbt. Ini post teruja. Aku tulis memang aku sedang teruja. Apa tidaknya, cerita pertama kali jejak PULAU PINANG! *nangis * Saya seorang pelajar dari Sabah yang sedang menyambung pengajian di negeri orang iaitu Perak Darul Ridzuan. Jadi, bab bab jejak negeri-negeri di Malaysia ini tidak pernah gagal menjadikan aku menjadi seorang manusia yang paling teruja. Mohon lah faham ya?. *lap air mata * ok sudah. Mari teruskan perkongsian gambar dan cerita! yahuuuu~ Pada 23. September. 2017 (Sabtu) dengan kekuatan anggota 40 orang pada asalnya tetapi seorang tarik diri last minit menjadikannya semua 39 orang bersama 2 orang pemandu bas(driver dan back up driver), Sahabat YADIM UPSI telah menghatar anggotanya ke Tour Wacana Ilmiah Sahabat YADIM UPSI di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Setibanya di sana, ada lagi seorang ahli SY UPSI merangkap pelajar UPSI juga yang berasal dari Penang turut menyertai programm tersebut. Hal itu menjadikan jumlah peserta adalah...

Cerita Cuti Mid-Term Awesome | Diari Sahabat YADIM

Image
Bismillah. Assalamualaikum wbt semuanya! Semua sihat?. Semoga sihat belaka hendaknya Muncul lagi aku dengan entri baru. Apa aku tiada assignment untuk disiapkan?, ada ada semestinya ada. Boleh tahan membukit jugalah. Tapi, izinkanlah aku mencuri waktu untuk update memori indah ini di sini. Lepas aku siapkan entri ni aku fokus buat assignment ok?.  Entri ini diperkaya dengan gambar. Aku bukan apa, sebagai tatapan dan bacaan masa depan kan?.  Masa cuti mid-term itu hari aku tidak balik kampung ya seperti kebanyakan pelajar. Kenapa?, saja mahu mengada-ngada merasa tidak balik kampung masa cuti mid-sem. Almaklum, sebelum ni setiap kali cuti pertengahan semester mesti aku balik. Jadi, aku sengaja mengentalkan hati dan sadokan mental untuk bertahan tidak balik. Alhamdulillah, aku berjaya. Walaupun sesekali berderai jugalah air mata ni tidak tertahan menanggung rindu :'). Kugagahi juga! So, bagi mengisi masa cuti tu, aku boleh kata ini adalah cuti mid-term / mid-se...