Jejak Pulau Pinang Pertama Kali ! | Diari Sahabat YADIM UPSI
Assalamualaikum wbt.
Ini post teruja. Aku tulis memang aku sedang teruja. Apa tidaknya, cerita pertama kali jejak PULAU PINANG! *nangis * Saya seorang pelajar dari Sabah yang sedang menyambung pengajian di negeri orang iaitu Perak Darul Ridzuan. Jadi, bab bab jejak negeri-negeri di Malaysia ini tidak pernah gagal menjadikan aku menjadi seorang manusia yang paling teruja. Mohon lah faham ya?.
*lap air mata * ok sudah. Mari teruskan perkongsian gambar dan cerita! yahuuuu~
Pada 23. September. 2017 (Sabtu) dengan kekuatan anggota 40 orang pada asalnya tetapi seorang tarik diri last minit menjadikannya semua 39 orang bersama 2 orang pemandu bas(driver dan back up driver), Sahabat YADIM UPSI telah menghatar anggotanya ke Tour Wacana Ilmiah Sahabat YADIM UPSI di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Setibanya di sana, ada lagi seorang ahli SY UPSI merangkap pelajar UPSI juga yang berasal dari Penang turut menyertai programm tersebut. Hal itu menjadikan jumlah peserta adalah seramai 40 orang.
Seawal jam 6:00am gigih ke bustop untuk tunggu pakcik bas pick-up geng Taman Bahtera sebelum ke Kolej untuk pick-up peserta yang majoritinya memang tinggal di kolej.
Sampai kolej, pastikan semua peserta sudah ada, around6:50am macam tu, bas mula bergerak.
Ini Syima, duduk sebelah. Pun dari Sabah :)
Memandangkan ini cerita agak lama, ya maksudku entri ini bertangguh sudah lama jadi aku sudah tidak tahu mahu tulis apa huhu. Boleh teruskan dengan gambar-gambar sahaja?. Boleh lah ya :(
Jambatan Pulau Pinang.
Ila sangat teruja tahap mahu jerit tapi memang tidak lah kan, bagi tahu kawan thru whatsapp " I am dying screaming inside!!!" sebab serius TERUJA GILA! ha tidak cukup teruja, gila lagi kan? =P
Jambatan Pulau Pinang yang kami lalu ini adalah jambatan yang kedua. Dorang cakap jambatan ini lagi panjang dari jambatan yang pertama dan berselekoh. Jambatan kedua ini dinamakan sebagai
Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah :) #yamahubaginamapkilmiahsikitkandunganblogini
Pinjam google, tengok jambatan ini waktu malam
CANTIK!!!
Sekitar dalam bas. Team duduk belakang yang turut sama teruja melihat pemandangan yang putih dan saaaaangat cantik!
Yang sedihnya, ada sebahagian daripada kami dalam bas tu yang tidur jadi melepas melihat pemandangan masa atas Jambatan Pulau Pinang ini kekekeke.
Mari teruskan lagi dengan gambar-gambar masa di USM :
Masa mahu balik, masih duduk sebelah Syima :)
The squad :)
Pukul 5pm program habis. Lepastu terus balik.
Sbeelum itu, singgah beli Jeruk Pak Ali ! Menyesal beli sikit, mahu jeruk Pak Ali lagi!!
Ha ok the end. Boring gila persembahan entri kali ini. hahaha adoi.
Tapi setidaknya, ada lah kan dari tiada langsung? kikiki.
Sebagai memori pertama kali, mengabadikannya dalam blog sebagai tatapan akan datang adalah amat perlu ya. Sebab tu mahu post juga sebab takut nanti lupa. heeee
So, demikianlah ceritanya.
Semoga kita berjumpa di entri blog selanjutnya!'
bubbyeeee!
Comments