Posts

Showing posts with the label Experience

Jejak Pulau Pinang Pertama Kali ! | Diari Sahabat YADIM UPSI

Image
Assalamualaikum wbt. Ini post teruja. Aku tulis memang aku sedang teruja. Apa tidaknya, cerita pertama kali jejak PULAU PINANG! *nangis * Saya seorang pelajar dari Sabah yang sedang menyambung pengajian di negeri orang iaitu Perak Darul Ridzuan. Jadi, bab bab jejak negeri-negeri di Malaysia ini tidak pernah gagal menjadikan aku menjadi seorang manusia yang paling teruja. Mohon lah faham ya?. *lap air mata * ok sudah. Mari teruskan perkongsian gambar dan cerita! yahuuuu~ Pada 23. September. 2017 (Sabtu) dengan kekuatan anggota 40 orang pada asalnya tetapi seorang tarik diri last minit menjadikannya semua 39 orang bersama 2 orang pemandu bas(driver dan back up driver), Sahabat YADIM UPSI telah menghatar anggotanya ke Tour Wacana Ilmiah Sahabat YADIM UPSI di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Setibanya di sana, ada lagi seorang ahli SY UPSI merangkap pelajar UPSI juga yang berasal dari Penang turut menyertai programm tersebut. Hal itu menjadikan jumlah peserta adalah...

Diari SY UPSI : Ekspresi Kerohanian Sempena Hari Belia Negara 2017 | #TeamEKSYUPSI

Image
Bismillah. Assalamualaikum teman-teman! Entri kali ini aku susuli dengan cerita throwback juga memandangkan aku sedang cuti semester ni kan jadi aku mahu tulis dan kongsi apa aktiviti aku sepanjang semester ke empat aku yang lalu. eherm.. semester depan semester lima, rasa senior sangat 😏 but believe me, I am a good senior =P Okay I will be going to write about... EKSPRESI KEROHANIAN SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2017 Sahabat YADIM membuka peluang kepada setiap Sahabat YADIM universiti serata negara untuk menghantar wakil datang ke program ini. Justeru, Sahabat YADIM UPSI tidak ketinggalan untuk menyertai program ini! Bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya a.k.a Masjid Besi yang super cantik! Mula-mula sampai berpinar mata aku melihat lantas terpesona sebab cantik sangat masjid. Program ni berlangsung dua hari satu malam. Yes, kami bermalam di masjid tersebut atau kita panggil sebagai iktikaf di masjid. Lagi satu pengalaman yang sangat seronok sebab dap...