Alhamdulillah | Terima Kasih | Tahniah!



Assalamu’alaikum.




Tajuk dan gambar pun tidak perlu berselindung lagi, memang ada kaitan dengan result SPM punyalah!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah.

Keputusan SPM kena umum hari khamis minggu lepas 21.03.2013. So result amacam?, then I’ll answer ; biasa-biasa saja, tidak gempak mana pun segempak mereka yang mendapat result yang gempaks. Heh?, betul biasa biasa sahaja. Sedih?. Ya, sikit sebab aku dapat rasa keluarga aku expect higher then what I’ve got =(. Tapi, dengan sokongan, dorongan dan penerimaan yang sangat positif dari mereka buat aku rasa sangat disayangi! They accept with smiles, with hugs and loves. Huhu I feel blessed =’). Alhamdulillah, terima kasih mama, bapa, kak nissa, kak nina, kak yuyu, kak ija, abang Yasser, kak tika and ayip! Terima kasih wahai keluarga yang tersayang!, siapa saya tanpa kamu?, semoga Allah merahmati kalian, semoga Allah memudahkan kita untuk masuk ke syurgaNYA.

Seterusnya:

Cikgu Saiful Anuar selaku guru kelas kami dari 4 Sains sampailah 5 sains juga guru yang ajar Addmaths dan guru Fizik.

Cikgu Jainas dan Cikgu Kamil ajar BM,

Sir Zack and Sir Anas for teaching us BI,

Cikgu Mastar ajar Sejarah,

Cikgu Azram dan Cikgu Rismawati ajar Maths,

Ustaz Azman dan Ustaz Aziz ajar Bahasa Arab,

Cikgu Yatin ajar subjek Kimia,

Cikgu Rozalina yang ajar Biology,

Ustazah Dyg Anizah ajar Pen Al Quran dan Al Sunnah,

Ustazah Adzlinawati ajar Pen Syariah Islamiah,

Ustazah Wan ajar Kelas Kemahiran Quran (KKQ)

Usatzah Ajijah selaku guru Tasawwur.

Pengetua Ustaz Azman Yusof,Pk 1 Ustaz Mahmud Lujum,Pk Hem Ustazah Rosnani, PK KOKUM Cikgu Nasbi Lasai.

Cikgu Norazizah Bedulati dan Cikgu Patima Ria, selaku warden yang sangat comel dan baik hati.

Guru-guru kaunseling, Cikgu Aleena dan Cikgu Artini


Cikgu siapa lagi? , raaaaaaaamaaaaaaaaiii lagi!



Tidak tersebut sini sebab terlalu banyak jasa mereka, sangat! 


Terima kasih cikgu-cikgu yang penuh sabar mengajar saya dan kawan-kawan yang lain. 
Apa sahaja yang kami mampu untuk membayar balik jasa-jasa cikgu semua?, tiada =(. 
Terima kasih cikgu!, hanya Allah sahaja yang dapat mebalas jasa cikgu-cikgu semua. 
Jazakumullah khairan kathirah, semoga Allah membalas kalian dengan kebaikan yang banyak, may Allah rewards all of you with HIS bless and mercy ( Amiiin).

Tidak dilupakan kawan-kawan dan junior-junior yang selalu meberi kata semangat supaya rajin belajar sama ada masa di kelas atau di asrama,hihih, betapa kawan dan kakak kalian ini sangat menyayangi kalian semuahahaha.

(Amboih, ucapan kemain panjang lagi kan? Macam lah ada orang mahu baca cis! Ok fine.)

Tahniah kepada kawan-kawan yang dapat super duper result gempak! You all deserve it!. Saya bangga ada kawan-kawan macam kamu! Boleh tumpang bahagia?, bolehlah bolehlah bolehlah! (Boleh blah! ah kau Ila!) hihi ok tidak tidak tidak, bila kamu dan kita sudah berjaya dan bekerjaya jangan lupa kawan tau! Hihi, aku tahu tidak akan punya lah! InsyaAllah.

Saya akan rindu SMATS! Sila klik di SINI untuk melihat wajah-wajah mereka yang InsyaAllah berjaya dunia dan akhirat (amiin)


Terima kasih semuaaaaaaaaaaa! Saranghae!




So, what’s the next plan?





InsyaAllah, rezeki ada di mana-mana =)


Comments

SAIDATUL NAZIAH said…
yg pnting, usaha.. panjang lagi prjalanan hidup kita :)
Zafirah Ripin said…
yaa, i'll do my best! terima kasih =). jazakillah khairan kathirah.
Unknown said…
gambate!!!!!! kita sma2 truskan usaha.. :)
sayang smats.. :)
Zafirah Ripin said…
ya!, perjuangan belum berakhir!. fighting!

Popular posts from this blog

Clean.

Before 2021 ends!

Ain. Ila. Sarah.

26 and it's TMI time!

Aku&SMATS: Tangki