Kak.



Assalamu'alaikum wbt. Hi everyone!

Since that sekarang musim hujung-hujung semester lepastu semua assignments telah pun dihantar dengan selamat jadi ada masa lah untuk mencoret diblog ini untuk mengekspresikan apa yang terbuku dihati dan minda. Ceyyy.

Pernah atau tidak kalian berhadapan dengan senior yang tidak suka digelar "kak"?, mesti pernah. It is totally fine, just follow what the seniors asked. Tidak jejas apa-apa pun kalau benar itu yang beliau mahukan.

Ada juga sesetengah situasi, yang perlu berhadapan dengan senior bagi "course" kau tapi satu umur dengan kau. Ya lah di alam uni ni kan dalam batch apa sekali pun ahlli-ahli dalam batch tu bukannya sama umur semuanya, pasti ada yang lebih muda dan lebih tua. Semua faktor mereka masuk uni melalui laluan yang pelbagai. Contohnya ada dari STAM dan Matrikulasi which are they are commonly younger than others yang ambil STPM dan Diploma. But, still that is totally not a big issue. Not at all. Ada ja yang sekarang semester empat tapi satu umur dengan pelajar yang baru semester dua. Dan ada juga yang baru semester dua but older than others yang sudah pun semester 4.

Aku ada juga lah terjumpa dengan senior yang sama "course" dan sama umur dengan aku yang sangat menitikberatkan status umur dari istilah "senior" bagi course aku tu. Ya lah, kita kan kena involve dalam aktiviti persatuan yang melibatkan semua "course" dan pelbagai peringkat umur. Aku pula jenis asal jumpa senior mesti senior tu pegang title "kak" yes, tanda respect. Hormat dan takmau kuwahaja. Semua juga faktor budaya masa sekolah dulu lah lagi lagi pelajar asrama, respect your seniors tu memang sangat ditegaskan dalam kehidupan seharian di sekolah dulu. 

Seorang senior tu menegur aku, "awak lahir tahun 95 kan?" aku jawablah "ya" and the senior said "ha sama lah! kenapa pula panggil saya kak? kita sebayalah! Tak payah nak kak sangat." And was like wowhh~ and bagi respon dengan senior tu hanya sengih eheee. Sedang dalam hati aku macam-macam monolog keluar. 

Timbul lah kecelaruan dalam minda aku, jika benar mereka yang sama umur dengan aku tapi telah pun berada di semester yang lebih atas dari aku menafikan mereka sebagai "kak" maksudnya definisi "senior" aku selama ni memang salah lah. Senior bukan yang mempunyai usia yang lebih tua dari kita sahaja, senior juga adalah mereka yang menuntut lebih lama dari kita yang (agak) freshie ni. Tapi masih nampak dan rasa mereka agak tua dari kita kan sebab mereka lebih dahulu jejak kaki di alam uni ni dan semestinya mereka lebih tahu serta lebih matang atas dasar telah banyak ilmu yang telah dipelajari. Boleh faham apa tidak apa yang cuba aku sampaikan ni?.

Ah aku confuse! apa sebenarnyanya definisi senior ni?. 

haha isunya di sini hanyalah pasal gelaran panggilan "kak" tu.  it is not a big deal pun lah bagi aku. Apa masalahnya?. Masa berhadapan dengan senior yang aku cerita tadi, buat aku beranggapan orang yang sangat concern dengan dengan umur dan gelaran "kak" ni boleh jadi rasa dirinya lebih hebat sebab mereka mampu mendahului pengajian dari orang yang sebaya dengannya. Tapi ini tidak sihat!. Tidak sihat untuk hati dan tidak sihat sebab dalam masa yang sama orang yang sebaya dengan dia tu akan rasa moral-down lepastu timbul lah perasaan tidak seronok untuk bekerjasama dengan orang sebegini :( Ini tidak sihat!.
Tapi tidak apa, ego ja tu lebih sebab tu ada perasaannnya macam tu. Sebab tu lah jangan sesekali tewas dengan ego. Binasa badan merana jiwa!

Nanti, kalau ada juniors bagi "course" aku masuk, walaupun ada yang akan sebaya dengan aku, aku tidak akan kisah kalau dorang panggil aku "kakak". To be called as "kakak" lebih nampak kematangan dan bagi sedar sikit diri tu punya tanggungjawab yang besar sebagai "kakak". Aku tidak akan pertikaikan. 

Ini suara minda aku sahaja. Lain orang lain. kan? Minta maaf salah silap terkasar bahasa dan sebarang mesej yang mungkin tidak sampai melalui penulisan entri ini.

Terima kasih kerana sudi membaca!



Comments

Popular posts from this blog

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

FATIMA KINASCY A NAME AND SECRET BEHIND IT.

#AzeaTurns20

Siapa Malaysia?

Before 2021 ends!