Join Program PERMAS




Bissmillah and Assalamu'alaikum wbt haaaai

22 hingga 24 April 2016 aku join program bawah anjuran Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS) UPSI.

Nama program tu "Melestari Sejarah dan Warisan Budaya Masyarakat "

Mulanya senior share dalam group whatsapp pasal program tu dalam 3 minggu sebelum tarikh program untuk minta 10 orang wakil dari Persatuan Pendidikan Islam(PPI). Aku antara yang terawal buka mesej senior tu, lepastu manusia paling teruja pun aku juga! Haha. Sebab apa?

Sebab program tu membawa kami ke Pahang!. Raub, Pahang. Teruja lah kan sebab budak borneo macam aku ni kalau ada peluang jejak negeri-negeri di semenanjung Malaysia confirm tidak akan disia-siakan lagi lagi program tu percuma kakaka. Lepastu, hebahan pasal program ni bukan main lagi siap mention "tiada bayaran dikenakan!" Cuma, CUMA bayar baju program. Ha aku apa lagi teruja tahap tidak keruan lah lalu mengajak kawan kawan aku untuk join kemudian dapatlah aku tahu yang aku tidak teruja bersendirian pasal ni sebab kawan kawan borneo yang lain pun turut teruja sama weeee!

Aku terus tanya family aku through my family whatsapp group, and they said just go baby (keh part baby tu aku tipu kuikuikui).

Ok times flied (pon boleh),

Masa dekat dekat mahu sampai tarikh program aku rasa berubah hati tau, rasa macam malas mahu ikut. Antara sebabnya, 

1. aku ada dua assignments yang kena hantar pada tarikh program mula which was 22 April. 

2. Aku rasa tindakan aku untuk join program tu sangat gila di saat genting banyak aasignments aku belum siap buat (apasal macam sama dengan sebab nombor 1 tadi?)

3. Aku mahu luang masa buat assignments (ni macam x boleh percaya)

4. Aku risau program tu tidak syok and rugi masa aku join (sombong angkuh cis!)

Aku siap forward hebahan tu dengan kawan kawan aku yang lain minta cari orang ganti aku. Tapi semua yang aku tanya busy masa tarikh program tu. So aku tiada pilihan aku kena juga join. Lagi pun duit baju sudah bayar. Lepastu kawan-kawan borneo aku yang lain pun masih teruja mahu join. Aku pun kata "ya!" Kepada hati dan set dalam minda "Let's go and have fun!".

Paling menambah keterujaan untuk join, dua dua assignments yang mesti di hantar pada tarikh hari tu ditunda kepada minggu depan so yay!

Bagi memendekkan cerita (yang memang intro pun memang panjang haha)

Tibalah tarikh 22 April. Weeee~

Oh sebelum aku terlupa, trip ini menggunakan dua kaedah untuk sampai ke destinasi. Pertama, direct naik bas dari UPSI ke Kg. Pos Buntu, Raub Pahang. Kedua, hiking dari Pos Bersih Ulu Slim, Perak ke Kg. Pos Buntu, Raub Pahang.

Aku ikut trip pertama.



(aku duduk sebelah Pika)

Kami bertolak dalam 5.30PM dari Tg.Malim dan sampai ke Kg. Pos Buntu lebih kurang 9.15PM. Lebih kurang 4 jam juga lah perjalanan kami pheww.. the real mereput dalam bas. Tidur. Berlapar. Sob sob sob.

Sampai di kampung tu, kami pasang khemah dan sebahagian ada yang masak. Serius lapar. Lepas makan, mandi memang tidaklah sebab tandas ada satu lepastu quite not comfy tempat mandi tu dipenuhi jejaka jejaka masa tu. So yeah.


Pika. Chua. Mira dan aku. 

Dari 10 wakil yang diminta untuk join, empat ketul ni ja yang dapat ikut haha. Kami satu khemah. Malam tu nyenyak betul kami tidur. Nyenyak dengan sempit dengan panas memang wow!. Tapi disebabkan penat tiadanya mahu layan ketidakselesaan itu. Alaa nama pun camping kaaan.

Esoknya, kami buat aktiviti untuk kanak-kanak Orang Asli di kg. Pos Buntu. Ini serious, kanak-kanak tu sangat sporting. And loving!. Dorang macam tidak faham sangat cakap Melayu. Mereka ada bahasa mereka sendiri. Tapi budak-budak yang besar sikit diaorang boleh berbahasa melayu. 





Petangnya pula buat sukan rakyat bersama penduduk orang asli di kg. Pos Buntu. Ini pun serius, mereka tersangat sangat sangat sporting!. Aku bukan penganjur, aku peserta ja, aku terharu weh nampak makcik makcik dan pakcik pakcik yang turun padang join semua aktiviti :') Aku rasa PERMAS yang anjurkan lagi lah rasa seronok sebab program dorang dapat sambutan sebegitu. Terharu lahhhh!


!
ini team PERMAS lah ni pasang banner program.

 tuuu belakang tuu khemah kami~

aku perasan yang tiada gambar aktiviti bersama orang kampung aku dapat, ada yang ni jaaaa...




Team KEmenterian Warisan dan Kebudayaan pun datang wooo masa program bersama orang kampung tuuu.

Antara games untuk sukan rakyat tu, menyumpit, tiup gula-gula dalam tepung, baling-baling sayang(baling belon berisi air), isi air dalam botol, lempar selipar, boling kelapa. Phewwhh terbaik penduduk Kg. Pos Buntu. Terbaikkk!

Lagi yang best petang tu, kumpulan band Kg. Pos Buntu pun main band dorang! Fefeeling tengok busking gituu. sangat cool! Dorang main sampai malam woaaaa.




Sedang kami bersuka ria, bergelak tawa dan bergembira... trip hiking pula bagaimana?




(gambar-gambar trip hiking aku dapat dari grup whatsapp)

Trip hiking dalam pukul 9.40PM macam tu baru dorang sampai. Dapat bayangkannnnn????

Sepatutnya mereka dijangkakan sampai dalam petang sabtu tu. Tapi dorang sampai malam. Memang aku salute lah dengan dorang. Mesti penat. Tahniahhhhh kalian yang berjaya! Kalian memang hebat!





(gambar-gambar hiking aku dapat dari grup whatsapp))

woaaaaaaa!

Aku nampak kegembiraan yang dorang kecapi, masa dorang berpusu-pusu sampai tu serius aku pula yang rasa emo tahap mahu nangis. Sampai rasa mahu ambil mic dan nyanyi lagu "inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang... siap sedia berkorban menuju medan bakti! andai kata kami gugur semuaaa..." ok stop.

Malam tu juga majlis penutupan untuk program tu. meriah, orang kampung menyanyi dengan live band tu. aku nampak juga orang kampung happy :'D


Okey, hari terakhir kami kemas-kemas khemah, kemas barang-barang untuk balik. Tapi, sebelum tu kami ronda-ronda lah tempat tu dulu..



 Jambatan merah ni jadi port tumpuan bergambar ya...


pika...

dan,
masa untuk balik!



 Selamat tinggal Kampung Pos Buntu! 
Terima kasih untuk pengalaman yang sungguh bermakna sepanjang bersama!

Inilah cerita ke-awesome-an join program PERMAS UPSI yayy!

Antara prkara yang aku boleh simpulkan sebagai dapatan sepanjang join program ni,

 1) Friendship - Sebab aku jumpa satu geng BFF ni, dorang enam orang. 3 orang ikut trip pertama (aku bagi nama: A, B dan C), satu lagi ikut trip hiking(Aku bagi nama: D,E dan F) Sampai ja trip hiking malam tu, mereka berpeluk nangis-nangis, aku  yang terharu tengok T_T. Dengar cerita pula yang trip hiking tu macam-macam cabaran mereka hadap sampai rasa mahu give up tapi, salah seorang dari D,E dan F tu cakap "kita mesti teruskan juga, A, B dan C tunggu kita di sana weh!" See, true friendship gives us strength!

2) Syukur- masyarakat Orang Asli seperti yang kita tahu mereka agak terpencil tempat mereka, hidup mereka tidak se-advance hidup masyarakat kota. Pendidikan, persekitaran, pembangunan, agama yang benar, cara hidup semua tu bila tengok dengan mata sendiri rasa bersyukur dengan apa yang aku sedia ada. Apa lagi bila nampak masyarakat kampung tetap nampak gembira, tetap murah dengan senyuman, tetap beri kerjasama, tetap buat rasa kedatangan kami dihargai :')

Alhamdulillah untuk pengalaman hidup ini!

Terima kasih kerana sudi membaca!
Jumpa lagi!



Comments

Popular posts from this blog

Daily Blog Challenge | DAY 2

Sambung study.

Tentang header

Daily Blog Challenge | Day 6 | Elephant Film Festival 2017 !

Tentang convo.