VIDEO: COLOURFUL MALAYSIA by 6 ATAS SEMEKAR 13/14


Assalamu'alaikum wbt!

hai~

Aku buat video. Aku upload di youtube.

the end.

k gurau.
Aku mahu cerita macam mana video ini terhasil:


\

Video ini aku sudah lama berhajat buat video ni, masa zaman sekolah lagi. Masa tu dalam suasana menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia masa 2014. Terinspirasi dengan video Matluthfi90 yang bertajuk "Made By Malaysian".

Sekolah aku menganjurkan satu program ni iaitu mewarna Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sabah.
Semua pelajar mesti menyertai aktiviti ini, SEMUA.

Termasuk pelajar-pelajar sulung di sekolah masa tu, sulung in term of pelajar Tingkatan Enam Atas 2014 masa tu.

So, aku pun mengambil kesempatan untuk ambil videos atau footages masa kelas aku sibuk mewarna bendera masa tu. Plan mahu siapkan masa tu juga, compile semua video-video yang aku rakam tu dalam satu video. Masa tu aku berangan mahu buat video tu untuk dijadikan salah satu persembahan masa Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan sekolah aku masa tu. Tapi tidak kesampaian atas sebab aku sibuk menyiapkan tugasan STPM, study and stuff.
Terkubur macam tu ja la video-video aku ambil tu dan bersarang di dalam folder laptop.

Sampailah...
Semalam, aku tiba-tiba mahu selongkar folders di laptop aku dan jumpa video-video tu dan terfikir untuk melaksanakan buah fikiran aku satu ketika dahulu itu. Maka begitulah bagaimana terhasilnya video tersebut!.

Paling special, part last video tu, aku compile-kan juga a few of videoes yang aku pernah rakam masa sekolah dulu. Video video yang melibatkan kawan-kawan aku.

Dulu aku suka ambil video dan tangkap gambar kawan-kawan aku. Almost everyday aku mesti ambil gambar. MESTI. Bagi aku, gambar-gambar dan video-video tu aku boleh simpan untuk dijadikan kenang-kenangan.
Dan, aku memang ada plan untuk buat video lagi berkisar kenangan-kenangan masa sekolah tu.
Masa tingkatan enam. Sebab friendship masa tingkatan enam erat dia lain macam, sangat bermakna. Seriously.

Aku boleh tiba-tiba teringat suasana kelas, karenah kawan-kawan masa sekolah dulu, cikgu-cikgu mengajar masa tengah sibuk buat assignments dan study. Masa tu juga la pegi buka folder di laptop untuk selongkar gambar-gambar lama dengan kawan-kawan dulu.

To be honest,
STPM taught me how to get up again, how to fix and learn from mistakes, how to appreciate things people and everything that happened around me and left me with meaningful, precious friendship and

STPM helped me to experience the best moments with my friends ever!

All thanks only for Allah. Alhamdulillah for the opportunity being one them!

STPM SEMEKAR 2013/2014 :)






Comments

Popular posts from this blog

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

29 and It's TMI Time!

Before 2021 ends!

FATIMA KINASCY A NAME AND SECRET BEHIND IT.

#TeamBerkelana2016 ke PBAKL 2016 @ MAEPS, Serdang!