Cuti Semester aku awesome!


Assalamu'alaikum wbt. hai~

It's been awhile kan?

Aku sedang meniti hari-hari mengakhiri cuti semester aku yang kini hampir tiba ke penghujungnya.
Aku boleh kata, cuti aku sangat seronok sampai aku rasa tidak mahu cuti tu habis... tolonglah cuti aku sangat awesome dan terisi!

Terisi dengan masa bersama keluarga dan kawan-kawan!
Dengan mereka cuti aku sangat best!

Pegi Kundasang makan gelato di Desa Dairy Farm yang serius sedap maa sha Allah!



Kundasang yang cantik dan sejuk dan ada Kinabalu <3


bersama Kak Tika dan Ayip.


Aku juga banyak masa untuk membaca novel Fixi, novel RAM, Tere Liye yang best!

Paling best, Hari Keluarga lah!
7&8 Februari 2016



Masa ni lah semua family sebelah bapa aku berkumpul, dari pakcik-pakcik, makcik-makcik, adik beradik, anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit semua ada! sangat meriah sangat meninggalkan memori yang sangat sangat indah tidak terkata!

Aku cinta dengan keluarga ini!.

ini malam persiapan untuk family day tu... buat backdrop segala~











Cousins - sepupu-sepapat - saudara mara:









Ini potret adik beradik bapa dengan Yang (nenek). Cuma, bapa dengan Mak(datuk) tiada dalam gambar.

Allah lebih sayang mereka kan?
Al Fatihah untuk Mak dan bapa di sana :'(

Kegembiraan dan tawa kami sepanjang Hari Keluarga tu berjalan, mesti ada perasaan "just if bapa ada bersama :(" but still, life must go on. asal tidak lupa dalam gembira, ada yang tiada. 
Ada yang merindui doa kita untuk dikirim ke sana. 

Masa cuti tu juga aku ada join program #MyKif (Malaysia Komuniti Kreatif) di Rampayan Laut, Kota Belud, Sabah. Aku join kakak aku.
Boleh la belajar macam mana buat video, edit video, apa yang perlu ada dalam satu video tu, mesti bermanfaat dan sebagainya.


Pengalaman bermakna juga bila ada pertandingan buat video dan kami antara top 5 yang tersenarai sebagai pemenang. Saguhati ke 4 daripada 10 kumpulan. Boleh check out youtube channel saya mungkin? kekekekeke


Makan Gula Apong 
Datanglah ke Kampung Labuan untuk menikmati Aiskrim Gula Apong yang sungguh lazat!



Masa cuti ni juga aku banyak jumpa kawan-kawan, seperti Vivi, Azea, Yanie, Da'e, Adlin, Ida dan berbalas tweet dengan Farhana(kekekeke) whoaaaa~


Masa kenduri rumah Yanie.
Azea-Da'e-Ila

Aktiviti Tahunan: Picnic di pantai Rang Bulan, Kota Belud sambil makan pisang goreng.

dan main belon?


Bertiga.
Vivi-Ila-Azea.


Berempat.
Ila-Vivi-Azea-Yanie.

Pantai.
Model: Oyong.


Eh, tertamai pula. Ini kebetulan Yanie ada program dengan geng PMG dia dan ahli2 PMG tu ramai kawan-kawan dan junior-junior masa sekolah dulu.

Kami di ajak makan BBQ chicken wing dorang jugaa.. haha malu2 sebenanrnya mula-mula tapi sudah mereka yang mendesak kann.. so, kami enggan menolak kekekeke.

Sejurus siap, kami balik hantar yanie dan lepak rumah yanie terus.
Pegi kebun tembikai yanie and family. Makan tembikai fresh dari ladang dan dapat tembikai bawa balik rumah juga!

Ila-Yanie-Vivi-Azea.

Next, menumpang naik bas dari Kota Belud ke Inanam untuk berjumpa Adlin!

Kami ke rumah Adlin kemudian ke 1Borneo~

Alin drive~


Tidak sangka, kegigihan itu menghasilkan satu pertemuan yang sungguh comel haha.


makan.
Azea-Vivi-Adlin :)

Seterusnya, waktu cuti aku juga diisi dengan berjumpa dengan Ida jalan-jalan makan soto dan rojak di kampung yang indah permai itu.

*rujuk gambar pertama*Ida-Ila dan Azea adalah jiran.
ini juga aku boleh kata aktiviti tahunan. Asal cuti mesti ada waktu untuk diluangkan bersama dua orang jiran ini. Bahagiaaa~


Tepi jalan pun boleh ya anak-anak.

Cuti ini juga aku jadi baby-sitter sekejap jaga anak buah aku. 
Abang and Moon.

Dua budak ini comel!



Abang Waiz- Ayana - Moon.

Mami Lala and the kids!

And!
Cuti ini juga aku berjumpa dengan manusia yang bernama Dayang!

Gigih ke Kota Marudu untuk berjumpa dengan Dayang.
Syukur ada kakak yang tabah dan ada masa melayan permintaan adiknya ini untuk ke KM untuk berjumpa Dayang weee~



Salah satu perkara mengujakan tentang cuti aku ini adalah Dayang lah!
Bermula pertemuan di KFC kemudian bercerita seolah-olah KFC itu kami yang punya.
Lepastu pegi pula taman ada jagung tu dan bercerita ambil gambar


*gambar ehsan google*

Paling best, Kak Tika sudi bawa kami ke Servay.
Untuk hari itu sahaja kami mampu untuk pusing Servay atas bawah sambil berangan Servay tu kami yang punya.
Kami makan aiskrim dan milky tea depan servay sambil tunggu kedai Takoyaki Japan Boat buka.
Lepas tu, tawaf Mr.DIY dua kali round!.
Makan Takoyaki sambil bercerita pasal hidup, flashed back memori sekolah dulu, cerita pasal impian dan masa depan sampailah tiba waktu untuk bersurai.
Aktiviti penutup untuk cuti yang sangat awesome!

Ila dan Dayang!

Tahu kah kalian, semasa cuti ini juga aku ada tengok Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck di Astro Citra?
Aku sangat berpuas hati dengan filem tersebut sebab sama seperti yang aku bayangkan semasa membaca walaupun tidaklah sempurna tapi tetap aku boleh kata, filem itu berjaya menyentuh hati orang yang menonton, persis orang yang sudah membaca novel untuk cerita tersebut. Hayati cantik, sama juga, Zanuddin kacak. *ayat skema terus*

Sehinggakan,

Anak buah aku bernama Ayesha aku ambil gambar  dan edit untuk membayangkan Hayati di dalam filem itu.
"Hayati. Gadis Minangkabau asli dari Batipuh"
kekekeke

So, shall I end this entry?
Of course!, tiba masa untuk ucap selamat tinggal waktu cuti yang awesome!

Aku mahu buat satu pengakuan, aku dulu poyo terhegeh-hegeh mahu belajar jauh menyeberangi laut cina selatan dan siap cemburu dengan kawan-kawan yang telah melangkah lebih awal dari aku.
Aku selalu nampak keluhan dan luahan dari kawan-kawan aku study jauh ni home-sick lah, mahu balik kampung lah. Dulu aku rasa macam, seronoknya tu belajar jauh, dapat jejak kaki di negeri orang. dapat merasa budaya dan berjauhan dari keluarga yang kepulangan paling dinanti. Itu dulu masa aku poyo.

Sampailah,
aku merasa sendiri. Baru faham kenapa boleh home-sick tahap nangis nangis, kenapa boleh stress sebab rindu luang masa dengan keluarga berjumpa kawan-kawan, makan sedap-sedap, kenapa boleh sangat tidak sabar untuk bercuti, kenapa boleh paling teruja bila exam final habis. Baru aku tahu, baru aku rasa. Padan muka aku kan?

Tapi, ya lah. Mahu tidak mahu kena hadap juga. sebab itu hakikat hidup seorang penuntut ilmu kan?
Berkorban dan berjuang saling memerlukan.

Aku pun baru faham, kenapa sepanjang tempoh kuliah kerja berlambak, lecturers macam tidak bagi ruang bernafas untuk pelajar dengan memberi tugasan yang tiada berkesudahan (tapi disiapkan juga ok!), kesibukan dengan komitmen aktiviti kelab, study dan macam-macam lagi.
Sebab apa?,

Sebab kamu (kita sebagai pelajar) worth a reward atas kerja keras itu dengan cuti semester yang cukup panjang dan AWESOME!

Jadi, sebagai penutup
Mula kuliah nanti senyumlah dengan semangat yang kita bawa dari ke-awesome-an cuti kita ini.
Ingat, kita bawa bersama harapan ibu bapa, guru-guru dan keluarga kita.
Kita belajar untuk timba pengalaman dan pengetahuan bukan?.

Biarlah penat, biarlah lelah, biarlah tiada rehat.
Allah Maha Adil,
After hardship comes ease, remember?

Kalau tidak penat, bukan penuntut ilmu lah namanya kan?

Selamat meneruskan perjuangan!


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.
Ma'a salamah! Peace!




Comments

Popular posts from this blog

Daily Blog Challenge | DAY 2

Sambung study.

Tentang header

Siapa Malaysia?

Daily Blog Challenge | Day 6 | Elephant Film Festival 2017 !