Memori Anak.


Bismillah. Assalamualaikum wbt.

Bapa selalu pesan ni masa hantar pegi asrama sambil hulur duit belanja:

"Belajar ini adalah perjuangan, teruskan berjuang".

Setiap kali hantar ke sekolah dengan pesanan ini. 

Aku seorang anak yang tidak puas "minta puji" dengan bapa sebab takut bapa, tapi bukan sebab bapa pernah marah pun, malah hubungan kami adik-beradik dengan bapa sangat baik dan mesra. Sebab aku banyak masa di asrama, mungkin. Mahu cakap yang jarang betul aku ada deep conversation dengan bapa. Faktor belum matang juga mungkin. Benda ni aku sesali padahal boleh jak mengada-mengada dengan bapa. Tapi, ish nda sempat :(

Aku ingat masa kecil dulu, bapa test aku eja nama sendiri Siti Zafirah atas kertas. Masa tu aku tidak pandai membaca lagi, eja nama sendiri pun tidak pandai masa tu. Apa aku buat?, aku curi-curi tengok nametag aku dengan berhati-hati supaya bapa tidak nampak lepastu tulis atas kertas konon aku berjaya tulis nama sendiri. 

Bapa pernah masakkan aku maggi masa sedang study untuk SPM. Aku di rumah masa tu, study tengah malam. Bapa masuk bilik bawa semangkuk maggi lagenda. Maggi yang bapa buat sangat famous dalam kalangan kami adik beradik. Sedap!. 

Masa STPM, selalu juga aku call bapa guna public phone. Almaklum, call me nerd. HP ada jak tapi, call juga guna public phone jimat kredit lol. Bertanya khabar, minta doa, cakap lah apa pun yang terlintas. Oh, caller ringtone bapa, chorus lagu Thinking of You by Katy Perry. Sampai terhafal lagu tu.

Pernah juga masa dari KK balik KB. Naik kereta Myvi Kak Tika dulu warna kuning. It was so awkward, aku tidak banyak bercakap pun degan bapa masa tu. Bapa ada tegur kenapa sit aku sangat tegak, aku jawab it's fine good for your posture. Bapa ada cakap pasal "sekarang masa berlalu cepat sangat tidak macam dulu, dulu satu hari tu rasa lama. Sekarang sekejap jak". Aku ya ya kan saja. Lepastu, We didn't talk much which i'm regretting it until now!.

Sejujurnya, last aku jumpa bapa masa tu ada cuti untuk buat kerja kursus Tingkatan 6, pelajar T6 boleh balik. I spent the whole week di rumah dan  bapa memang cuti pencen pun sudah masa tu. Bapa ada suruh iron baju. Bapa jalan. Pernah satu hari tu aku rasa macam mahu ikut bapa jalan, untuk saja-saja makan angin dengan bapa. Tapi, aku tidak ikut pun dia dan tidak cakap pun mahu ikut. Berdosakah menyesali tindakan lalu?. 

Aku taip dalam keadaan aku menangis. Ah aku mau teruskan juga!.

Masa malam bapa meninggal tunggu waktu dikebumikan esok harinya, aku di asrama. Aku memang tidak berdaya buat apa-apa lepas dapat call dari rumah, aku tidur. and you know what?,

Aku ada mimpi dapat call dari bapa. Aku set nombor bapa "My Hero". My Hero is calling. Tapi aku tidak jawab pun phone call tu sebab confused. Dalam mimpi pun confused tapi lepas terbangun menyesalh sebab tidak jawab call tu.

Ya Allah, rindunya suara bapa :(

Aku rasa aku tidak banyak masa pun diluangkan dengan bapa. Gambar dengan bapa pun tidak banyak. Tapi memori-memori ini tolonglah aku tidak mahu lupa sampai bila-bila.

Hari ini 04 November 2020. Tarikh ini istimewa tapi melarakan lagi menyakiti.

Ini tarikh pemergian bapa yang ke 6 tahun. Lamanya sudah aku (kami) hidupa tanpa bapa rupanya.

Ngeri betul hidup tanpa bapa. Wallahi. Tapi tu lah, life goes on, kan?.

6 tahun tanpa bapa ini, macam-macam sudah yang berlaku dalam hidup aku. Alhamdulillah,

aku habis STPM dengan keputusan yang baik.

Aku dapat masuk universiti impian aku siap dengan tajaan penuh sepanjang pengajian dari BKNS

Aku habiskan degree.

Aku jadi guru interim sejurus habis degee.

Malah, aku sudah jadi guru tetap pun sekarang. Allahu. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah!

Entah macam mana mama dan bapa buat sampai terbentuk dengan kukuh matlamat hidup ini hanya mahu buat mama dan bapa bangga. Buatlah apa pun, tapi sebelum buat beringat dulu, ini boleh buat mama bapa bangga atau tidak?. Aku dewasa dengan jati diri yang telah dibentuk itu.

 Setiap hari setiap masa rindu. Tapi rindu inilah yang menguatkan sebenarnya. 6 tahun bernafas dalam kerinduan tapi lihatlah, sejauh ini langkah yang sudah diorak. Setinggi ini terbangnya pencapaian hidup. Segagah ini hidup dijalani. Semuanya dengan sapaan rindu yang setia menguatkan.

Aku memang sengaja list yang indah-indah saja di atas tu. Sebab yang indah-indah ini saja yang layak untuk dikemukakan dengan mama dan bapa sebagai bahan untuk "minta puji" hihi.

Pak, do I made you proud enough?

Belum kot.

Selagi belum berjaya kumpul semua ahli keluarga jumpa bapa di syurga, perjuangan buat mama dan bapa bangga itu belum habis.

In shaa Allah, ila akan terus jadi anak solehah supaya dapat jumpa bapa lagi dengan senyuman manis, dan pelukan yang lama kami tidak rasa itu, di syurga nanti. Amiin.

Semoga pahala-pahala yang diberikan melalui kebaikan-kebaikan bapa, isteri bapa, anak-anak bapa, adik beradik bapa, sahabat-sahabat bapa dan sesiapa pun yang mengenali bapa melalui apa cara sekali pun, sampai kepada bapa. 

Bapa sememangnya yang terbaik dan terkacak!.

💓



 

Comments

Popular posts from this blog

Diari Latihan Mengajar Zafirah: 1 SM & 2GTI 💓

Diari Latihan Mengajar Zafirah: Sarah, Kak Sira, Housemates, dan SEBUKTI !

Temuduga Pendidikan Islam UPSI Sesi 2015/2016 dan Kawan Baru :)

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

29 and It's TMI Time!