5 Tahun lalu.


Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum.

5 tahun lalu pada tarikh hari ini 4 November.

Saat ini, pada 5 tahun lalu.
Aku dan kawan-kawan aku baru habis selesaikan perjuangan STPM matapelajaran Pengajian Am semester 3.

Selesai habis jawab, terngiang suara salah seorang sahabat ada cikgu yang mahu bagi nasi ayam untuk pelajar exam hari ini. Jelas sekali 5 tahun lalu, pada hari ini. Tapau jernih dengan nasi ayam, di dalam kelas. Duduk di meja yang disusun berasingan sempenan peperiksaan besar itu.

Tunduk-tunduk membaca whatsapp group family. Rancak. Pasal bapa batuk-batuk tidak berhenti sedari malamnya.

Aku baca, satu persatu chat masuk dari kakak-kakak dan mama.

Tiada terlintas langsung apa akan berlaku itu berlaku, saat itu. Aku anggap, bapa batuk biasa. Tiada kerisauan, tiada kegundahan tiada berfikir sebarang apa pun yang menjurus ke arah itu. Hanya didetikkan gusar kerana perbualan whatsapp yang berpusu-pusu.

Aku balik asrama.
Bersiap. Rutin pelajar asrama petang-petang.

Petang. Tiada lagi whatsapp dibaca. Sebab, entahlah sebab apa. Aku off data rasanya. Sebab mahu buat ulangkaji untuk peperiksaan STPM semester tiga terakhir, Usuluddin. Aku habiskan semua bacaan ulangkaji, kecuali satu bahagian. Aku simpan bahagian terakhir itu untuk malam nanti. Masa prep, aku akan habiskan bacaan bahagian tokoh. Aku target jawab soalan tokoh sebab, macam mana pun soalan nanti, confirm tokoh itu juga yang akan keluar. Aku abaikan satu bahagian yang boleh dijadikan pilihan mahu jawab atau tidak, sebab susah. Aku sudah set, aku tidak akan pilih bahagian susah itu nanti. Baik pilih tokoh. Fokus malam nanti.

Baca. Baca. Baca. Jot down some notes, highlight itu ini.

Telefon vibrate.

Oh Kak Nissa call. 
Aku suka dapat panggilan dari family. Automatik aku akan jadi seorang yang terbahagia.

Aku jawab.
Hello! dengan gembira dan ceria sekali.
Kak Nissa berbasa-basi;
Kau buat apa?. 
Aku jawab jujur dan masih dengan nada ceria. gembira.;
Study. Kenapa? :)
Kak Nissa;
Oh bah iya lah.

Aku rasa pelik. Tapi tiada apa yang terlintas soal itu.
: Kenapa?
Kak Nissa;
Tiadalah.

*Telefon dimatikan *

Aku slow. Ya katakanlah aku slow. I didn't get it. Wallahi.
Aku sambung study lagi. 

Slow.

Kak Nissa Call lagi.

Kali ni aku hello lagi, tapi bukan suara Kak Nissa lagi. Tapi macam suara Kak Nina.
Atau aku yang tidak mampu cam suara siapa sebab, lain.

"Ila, istighfar dulu kau banyak-banyak..."

Aku mula terdetik "itu".
; Kenapa ni kak? kenapa?

Aku menggigil. Aku tidak cukup bersedia untuk mendengar hakikat yang Kak Nina sampaikan.
Aku tanya juga kenapa walaupun, at that very moment I knew, why.

Suara Kak Nina lain sangat. 

"Bapa sudah tiada. Istighfar La"

Aku terduduk.
 Aku menangis. Aku tidak terkata.
 Aku tidak tahu mahu berbuat apa selain menangis.
Aku menangis sekuat hati. Tidak hiraukan apa pun.
Ya Allah, bapa.

Gelapnya dunia masa tu. 
Apa lah hidup ini kalau bapa tiada?


Gelap.

Aku didatangi roommate aku yang baru habis exam SPM petang tu. Junior. Kipa namanya. She saw how broke I was at that time.
Kawan-kawan lain pun datang. I just couldn't say anything. I cried alot.

At masjid, my friends stayed by me. It just me needed space. And they understood.
My friends sacrificed their final revision time to be near me and read Yaasin together with the rest of SEMEKARians.
I feel blessed up until now.

I received lots of kind messages that I had no energy to reply one by one and even to pick up phone calls. Because I cried non stop from the start.

Aku balik asrama. Ulangkaji?
Ah aku kisah apa untuk ulangkaji lagi?, aku mahu balik. Aku perlu keluarga aku!

Aku pegang nota. Aku cuba juga baca. Tapi, kosong. Minda aku melayang.
Aku tidak dapat baca langsung nota-nota yang aku plan untuk ulangkaji untuk malam tu.

Aku tidur.
Dan sebelum tidur. Dapat panggilan dari rumah.

Aku beransur stabil dan menerima.
Mama ada bercakap. Kakak-kakak ada.
Just to make sure I am okay and they are there. Always.
Semuanya okay di sana.
Bapa dikebumikan esok.

"Mahu tunggu balik sebelum bapa dikebumikan?"

Aku gagah cakap

"Nda payah, teruskan jak".


I ended my final exam and rushed to go home.


It is. Painful. It's uncureable pain.
But I do belive, Allah always knows you can handle this.

Keep on being strong and let's meet bapa in Jannah, Amiin!

Al Fatihah, bapa.









Comments

cikgupyqa said…
Hai Ila, tengah duduk menulis di blog saya. Then, saja nak bukak blog Ila and just found this. And I read it till the end.

En Ripin, your beatiful daughter has grown up beautifully. Just wait, you guys will reunite again in Jannah.

Keep writting Ila.
Keep inspiring others with your words!

Popular posts from this blog

29 and It's TMI Time!

Diari Latihan Mengajar Zafirah: 1 SM & 2GTI 💓

Cerita Semester 2 :)

Diari Latihan Mengajar Zafirah: Sarah, Kak Sira, Housemates, dan SEBUKTI !

Semester 2 yang Mematahkan :(