KDRAMA BEST! : BEAUTIFUL WORLD (2019) and more~


Assalamualaikum and hi!

Aku peminat tegar drama Korea. Wow tidak teragak-agak aku menggunakan kalimah tegar itu. Tapi, setegar apa pun aku menyukai drama Korea, hanya genre drama yang tertentu yang boleh membuatkan aku tegila-gila, iaitu genre crime and investigation, thrilling and haruslah tidak cheesy. 

Cerita-cerita fantasi, romantik dan seumpanyanya aku tidak tertarik sangat. Lain orang lain kan?. It's okay I respect yours.

Dulu aku pun minat juga cerita-cerita romance Kdrama ni. Aku tengok Goblin, aku tengok Heartstrings, aku tengok Dream High, aku tengok School 2017, aku tengok Glory Jane, aku tengok Doctors and banyak lagi tapi at some points aku sedari yang most of cerita-cerita romance ni only on screen. Cinta fantasi. I need something real and relatable to the real events in life!. Then I chose, investigation kinda genre as favourite!

But, it's still okay sebenarnya. Personally, better than cliche storylines yang kita boleh jangka apa akan jadi selepas sekian-sekian scenes.

Kdrama yang hendak disyorkan di sini terutamanya kepada peminat-peminat cerita investigation, thrilling dan tidak cheesy ialah..

BEAAUTIFUL WORLD.


Nampak macam cerita cheesy kan gambar di atas?. Aku pun fikir macam tu mula-mula nampak drama ni. Tapi, betul lah "dont judge a book by its cover". Oh ya aku tengok di Iflix. Boleh tahan juga Kdramas yang ada di Iflix tu. So go check it out!

Kenapa cerita ni best?

Sebab family-based story and (typical) teenager-highschool story-ish. Kalau aku cakap typical tu, maksudnya, boleh bayangkanlah cerita remaja Korea macam mana kan?.

Ok cerita ni pasal seorang anak lelaki  yang bernama (jap google jap hahah) Park Sunho yang didapati jatuh dari bangunan sekolah dan siasatan mendapati Sunho ni bunuh diri. Tapi, family Sunho ni rasa yang sangat mustahil untuk anak lelaki dorang ni bunuh diri sebab he grown up dalam family yang bahagia dan cukup kasih sayang. Seriously, family dorang sangat happy walaupun bersederhana. Parents Sunho ni kerja sebagai guru (bapa Sunho) dan emak Sunho mengusahakan bakeri bersama kakak emak Sunho ni. Emak kemain kau kan haha. Sunho ni ada adik perempuan yang satu sekolah dengan Sunho juga. 

Polis give up sudah dengan kes Sunho ni, sebab kononnya motif bunuh diri Sunho adalah sebab stress tidak perform well dalam pelajaran. Tapi family Sunho tidak percaya and insist mahu fight juga cari kebenaran. Dorang syak macam-macam Sunho mungkin kena buli oleh kawan-kawan and bla bla.. 

ha tengok sendiri kalau mahu tahu apa jadi atau boleh DM tepi, aku cerita sampai habis hahah.

Storylines, plot semua memang kemas dan mungkin ada lah flaws yang macam kau rasa mahu angkut watak Baek Beom (Investigation Couple/ Partners of Justice) tu untuk datang siasat tempat kejadian tu supaya boleh reveal the truth awal-awal hahahaha!
INVESTIGATION COUPLE 1 & 2 PUN MESTI TENGOK WAHAI PENCINTA DRAMA KOREA GENRE CRIME AND INVESTIGATION OIII~
ha over sangat kau zafirah. bertenang sudahlahaih.

Ending dia pun kemas. Banyak juga scenes yang mempermainkan emosi. Baru aku teringat aku banyak nangis juga tengok cerita ni. Aaaaa tengoklah tengoklah sebab best!. Ada di Iflix tau!

Sejujurnya, cerita ni special sangat bagi aku sebab pasal family, thrilling dan ada mesej pasal education juga which on how parts of the school tryna cover something without considering students' rights. Serius, aku memang suka cerita-cerita yang membuka mata dan sangat relatable dengan sekolah ni almaklum darah ibu guru itu mengalir deras dalam diriku. wow.

Selain itu, barisan pelakon terutamanya yang pegang watak Sun Ho tu masyaAllah haruskah se-handsome itu oppa? hahaha.



Tuntasnya, aku amat menyarankan cerita ini kepada semua peminat drama Korea!
Aku boleh rate cerita ni 9/10 !

Sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat. wowzafirahwow.


Sesudah itu, tengoklah juga Investigation Couple because this is one of the best juga!


Really really really lookin forward to Investigation Couple season 3 and meet Dr K again!


Alang-alang tu, aku mahu share juga top 5 Kdrama korea yang aku gemari di sini dan mungkin akan membuka selera kalian untuk tengok sekali weee~

1. Defendent
2. Investigation Couple 1
3. Investigation Couple 2
4. Beautiful World
5. Class of Lies


Ok, that's all.
'till next post!










Comments

Popular posts from this blog

Diari Latihan Mengajar Zafirah: 1 SM & 2GTI 💓

Diari Latihan Mengajar Zafirah: Sarah, Kak Sira, Housemates, dan SEBUKTI !

Temuduga Pendidikan Islam UPSI Sesi 2015/2016 dan Kawan Baru :)

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

29 and It's TMI Time!