Latihan Amali #TeamFurqan di bawah kursus Dakwah dan Pendidikan bhg.3


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera! bertemu lagi dalam rancangaaaaan???

" Cerita apa tuewwww? "

Eh agak merepek pula intro kali ni.
Marilah aku ajak kalian baca bahagian 3 untuk program batch aku semester dan tahun lepas. Ini bahagian terakhir lah, aku sudah tidak larat menanggung keinginan menghabiskan cerita pasal ni sebab ada banyak lagi aku mahu tulis dalam blog lepas ni. So, kita mulai yah!

Sebelum tu, bahagian ini aku tidak susun ikut tentatif sebab aku upload gambar berterabur semuanya tidak ikut kronologi aktiviti yang berlaku pada masa tu. Aku akan cuba cerita pasal setiap gambar yang ada okey? *semua kata okey cikguuuu!*

The boys yang setia bersama program kami.. comel-comel dan bakal-bakal handsome semuanya bila besar nanti :)

 

Budak-budak ni sampai terbiasa dengan kami. Maksud aku, dengan peserta lelaki lah. Dengan kami yang perempuan ni tidak sangat. Budak-budak perempuan pun jarang bersama kami. Kami kah yang tidak approach kanak-kanak perempuan tu lantaran terlalu sibuk buat hal masing-masing?. Ada masa aku rasa macam kawan-kawan aku yang lelaki bila main dengan budak-budak tu macam bapa-bapa pun ada aku tengok hahaha.

Pada hari kedua iaitu 20/November/2016 (Ahad)

Pagi-pagi tu, of course solat subuh berjemaah. Lepastu, ada senaman pagi yang diketuai oleh mamat joget kemahennnn haha. Menghiburkan sungguh. But I don't prefer to show the pics sebab semuanya tidak proper to be in this blog bhahahaha.




The smiles tho :')

The pics below would be para amek penduduk kampung yang sungguh sporting dan loving!
Ini masa aktiviti mendengar dan mengajar bacaan Al Fatihah.


Setiap seorang dari kami kena dengar dan betulkan serta ajarkan para amek dan apak baca Surah Al Fatihah. Di samping itu, kena buat soal selidik sedikit pasal pengamalan yang mungkin para penduduk masih buat masa zaman-zaman tidak kenal Islam dulu. Itu juga salah satu tugasan yang diberikan kepada kami.



Apak.


Aku boleh cakap, para amek dan apak memang boleh baca Al Fatihah. Ya, I know. At least dorang tidak zero langsung pasal Islam. Aku dengar bacaan seorang amek ni. She can read quite well and I'm impressed!.
Amek tu sangat humble cakap "boleh lah sikit-sikit"
Aku tanya dan gali lagi lah macam mana life amek tu dulu. Amek cakap, dulu memang ada orang yang datang kampung tu untuk mengajar agama. Ajar sembahyang, cara sembahyang, bacaan solat dan zikir semua. Tapi, orang yang dimaksudkan tu pulang ke tempat asal dan tidak kembali lagi ke kampung tu sejak sekian lama. Sebab tu lah amalan yang diajar tu tidak konsisten dibuat sebab tiada orang yang pandu cara hidup dorang lagi. Aku dengar pun rasa sedih dan sedar, inilah peranan kami sebagai pelajar yang belajar dalam bidang ini.


Petang tu pula, kami ada buat aktiviti sukaneka. Alhamdulillah, pengelibatan penduduk kampung sungguh memberangsangkan. Semua sporting dan nampak enjoyed the activities!.


Ini kawan-kawan aku dan parts of seniors yang joined <3



The girls :*

eh ehh mahu selit muka sendiri jugaaa kekeke




Ini Along. Suara dia sedap menyanyi. Future tall, dark and handsome. Aku selalu bagi tahu Sarah, I'm on crush with this Along hahahhaha!
Semoga Along membesar dengan sihat, soleh dan jadi macam KJ! *tetiba*


Menghayati watak betul adik ni. Sudahlah tepi jendela macam tu:')

Tengoklah kampung ni sagat bersih!
Aku sangat kagum!. First aku memang perasan perkara ni, susah nampak sampah di sini. Cantik betul kampung ni tanpa sampah. Contoh yang sangat baik untuk dibawa balik UPSI =P

sihat dan gebunya kau meoww!


Hari terakhir: Isnin (21/11/2016)
Aktiviti terakhir kami adalah bagi goodies kepada setiap rumah penduduk kampung tersebut. Dalam tu ada lah keperluan asas masakan sikit atas inisiatif program sebagai sumbangan dan penghargaan kepada penduduk kampung.


Ni masa mahu balik dan siap-siap untuk balik *start emo*




Aku sangat bersyukur atas nikmat peluang merasai pengalaman ini. Berkerja dalam satu pasukan yang hebat untuk menjayakan program ini sungguh bermakna!. Macam-macam dugaan yang dihadap, tapi tetap go on sampai jadi!


Sebagai kata-kata akhir, ribuan malahan jutaan terima kasih kepada pensyarah kursus Dakwah dan Pendidikan kami yang sungguh tabah dan gagah berhadapan dengan karenah kami. Terima kasih ustaz!. 

Untuk pihak-pihak JAKIM dan JAKOA serta mana-mana pihak yang turut memberi sumbangan serta kerjasama yang sungguh bernilai bagi membantu kelangsungan program ini, semoga Allah membalasnya dengan kebaikan yang melimpah ruah amiin!

Kepada para senior yang sungguh sporting! terima kasih sebab sudi join program ini. Kalian memang awesome!

Untuk kawan-kawan se-batch aku, jom terus jadi baik dan mampu buat sesuatu untuk ummah!

Aku sayang batch aku. Aku tidak tipu. Walau macam mana pun isu yang keluar dalam kalangan kami, walau macam-macam perangai ada dalam kalangan kami ni, aku tetap sayang. 29 orang ni lah sebahagian manusia aku paling sayang dalam hidup aku di dunia. Aku sangat bersyukur berada dalam kalangan kawan-kawan batch aku. Terharu dengan pertemuan, terharu dengan rancangan Allah letak aku di sini dengan dorang. Allahu, terima kasih ya Allah!

Sekian lah sahaja, bahagian tiga untuk cerita Latihan Amali #TeamFurqan di bawah kursus Dakwah dan Pendidikan. 

Untuk baca cerita ini dari bahagian 1 dan 2, boleh ke link berikut:



Semoga kita berjumpa lagi! 
Terima kasih sudi membaca entri ini :)

Ma'a salamah!


Comments

Popular posts from this blog

I'm sorry, this is another heart break story.

Healing from a heartbreak thoughts.

Aku&SEMEKAR: 2 Sudah, 1 lagi : )

My September 2022 : Our Best Friend Kahwin!

Kerinduan yang ke-9 tahun.