#AzeaTurns20


Assalamu'alaikum wbt!
hai~

23 Julai 2015 adalah tarikh istimewa untuk seorang yang juga istimewa. 
ha ayat macam untuk boyfriend suda kenapa kannn?
nope, bukan boyfriend, bukan teman lelaki, bukan juga teman biasa tapi,

orang itu adalahhhhh*drum roll*
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Azearusliza a.k.a Azea!

Aku kenal Azea masa kami form 4 (16thn). Masa tu Azea baru pindah masuk sekolah aku dan masuk kelas yang sama dengan aku.
Aku rasa mula rapat dengan Azea masa dia dalam sesi memperkenalkan diri, kena bagitahu nama apa, sekolah lama di mana, tempat tinggal mana.
Masa Azea bagitahu tempat tinggal dia terus aku terkejut sebab tidak sangka yang aku dan Azea tinggal di kampung yang sama! 
Masa tu macam tidak percaya lagi sebab aku memang tidak pernah nampak muka Azea sepanjang hayat aku tinggal di kampung tu. 

Lepas Azea memperkenalkan diri tu, laju la aku tanya dia, rumah kau area mana?, Azea explain bla bla sekali lagi dengan tidak sangka-sangka rupanya rumah kami jaraknya hanya sekangkang kera! jalan kaki pun boleh sampai, peluh pun tidak sempat keluar sebab aku memang boleh kata rumah kami sangat dekat!. Cuma, Azea dan family hanya tinggal di rumah kampung tu masa ada cuti panjang, itu mungkin juga jadi faktor kenapa boleh macam tidak pernah nampak Azea. Banyak la cerita keluarkan masa excited tahu rumah dekat dan lagi tambah teruja  bila dapat tahu kakak Azea berkawan agak rapat dengan kakak aku. Ha nampak apa tidak it's a small world!

Itu cerita throwback empat tahun dulu.

Kisah sekarang, makin manis. 
four years and still counting!

Memandangkan rumah aku dan Azea memang dekat jadi masa 23 Julai hari tu bersamaan hari Khamis dan 7 Syawal aku pun bawa la Azea buat mini celebration untuk birthday girl kita ni.

Azea datang rumah, lepas tu bawa dia pegi kedai runcit berdekatan. Kiranya mahu bawa makan aiskrim jaa dengan makan jajan untuk makan tepi jalan tapi serta merta timbul idea untuk buat kek!

oops don't put too much expectation on what cake we'd made because the cake was only costs us less then RM10! WHOAAA!

So, here's the ingredients!

random idea untuk buat kek Apollo!
hahaha

I posted this pic on my wechat with a caption "Let's baking! #AzeaTurns20" and guess what?
ada yang tanya, mahu buat kek apa ni guna susu dutchlady bagai?
nanti bagitahu hasil kek macam mana la..
haha aku fikir mereka yang bertanya saja perli aku tapi aku tidak sangka pula ada yang ambil serius ingatkan aku betul betul bake a cake using those stuffs alaaahaii sampailah aku post gambar hasil kek tersebut.....

baru lah mereka jelas akan kek yang aku maksud kan itu kekeke.
Terus aku pun memohon maaf zahir dan batin kepada mereka yang rasa hampa dengan hasil kek apollo yang aku terfikir menamakannya sebagai "Full Hearted Apollo Cake"

tu la letak lagi caption poyo! sorry kawan kawan!

gigih baking(la sangat) hahaha

So, let's rocking with the photos!

Birthday princess!

Birthday Princess with The Baker :p

Thank you mama sebab sudi tolong ambilkan gambar kami berdua yuhhhuuu!

Kek itu bukan kami berdua saja yang habiskan, mahu diikutkan memang tidak habis oleh kami berdua tapi untung ada anak buah ramai jadi bawa la budak budak naik makan bersama.

macam birthday party sangat khennn!

Ok. Selesai untuk sambutan hari jadi versi berdua. 
Sekarang let's moving to the #AzeaTurns20 celebration yang diadakan di KFC pada keesokan harinya iaitu hari Jumaat. Kali ni lebih ramai yang memeriahkan suasana sambutan hari jadi dan sekali dapat  menghubungkan silaturahim sebab dapat kenal dengan kawan-kawan Azea. Kebetulan pula masih dalam bulan Syawal kan sesuai sangat la tuu.

Jumpa Mastini, Zulfana dan Mardhiatul.
Nama-nama ni memang tidak asing sebenarnya sebab memang selalu terungkap masa Azea bercerita. Jadi hari tu, dapat bersemuka la dengan pemilik-pemilik nama yang Azea selalu sebut tu. Semua friendly sampaikan walau pertama kali jumpa rasa selesa jaa dan tidak rasa awkward di mana mana.. mungkin ya la masa mula mula tapi sekejap ja, lama lama mahunya KFC tu kami buat macam kami yang punya pun ada haha!

As what you can see, kami berenam. Ada aku, Vivi, Da'e, Azea, Zulfana dan Mastini. Mardhiyatul datang singgah jaa tapi sempat juga berbalas senyum dan bergambar bersama :)

Kami di KFC tu agak lama juga la, makan makan, borak borak dan memang best la dapat makan sama-sama kan. Tartufo dessert KFC tu sedap oi! Lagi sedap kalau makan ramai-ramai, share makan sama-sama. Well yah, segalanya indah bersama, KFC kannn!


Ini Vivi dan Azea. 
Mereka ambil gambar dengan pose sweet sweet tahap diebetis.

Sesi menerima dan membuka hadiah dari Vivi kepada akak 20thn kita ni:P

Every moment was well captured!


Ini pun dorang juga haihh, memang entri ni aku bajet kan muka kamu dua ja yang banyak ka apa? =P

Cis, bagi muka aku dengan Da'e pula laa..

Haa jangan kata hakak tak payung :P hahaha!

Aku dan Vivi pula berpayung,
*refer gambar last* ha mana payung? payung mana?

hahaha
sebenarnya otak aku masih tidak dapat menerima perkaitan payung dengan penggunaannya pada zaman kini. Selalu ja aku tengok orang letak caption gambar dengan "jangan kata hakak/abang tak payung" tapi tiap kali tu juga la aku berkerut seribu untuk mencari perkaitan yang jelas. Sampai sekarang aku tidak jumpa. Pening!. Oleh itu, aku pun mengabaikan sajalah tanda soal aku tu. Aku biarkan saja. Biar.  

Masa mahu bersurai untuk balik tu aku dengan Da'e ikut Vivi. Vivi yang hantar tahu?
Sejak Vivi memiliki lesen kereta dan mempunyai kemampuan driving ni, dia la yang selalu menjadi nadi pertemuan kami hihi. Itu belum cerita lagi dia ambil dan hantar kami masa beraya hari tu. Haishh, tiap kali tu juga la meningkatkan motivasi aku untuk mahu pandai driving dan memiliki lesen memandu sendiri dengan segera.

Terima Kasih vivi yang baik hati, penyabar dan #SyukurSelalu heeee :)
Terima kasih juga mama, bapa dan keluarga vivi yang memberi kepercayaan kepada vivi untuk membawa kami ke sana dan ke mari. 

Untuk ibu bapa kami juga yang meletakkan keyakinan dan juga kepercayaan kepada kami untuk keluar bersama. Semoga keyakinan dan kepercayaan itu tidak akan kami khianati, in shaa Allah!

Sebelum aku akhiri entri ini, sekali lagi aku mahu mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke 20thn kepada Azearusliza!
Semoga beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat!

Alhamdulillah! bersyukur betul aku dengan keindahan pertemuan hari tu. 
Sebab tu aku mahu abadikan memori itu dalam blog ini.

Terima kasih semua!

Ma'a salamah!







Comments

Popular posts from this blog

eg tukar 2

Birthdays in January

Tentang header

Siapa Malaysia?

Tentang convo.