Dunia baru "blogging"

Assalamu'alaikum :D

well hello there world!. weets weets! ada orang baru ada blog!. siapa? siapa?. 
 Nama dia zafirah. apa? zirafah?
 "booo! you really dont know how to make a joke!"

Ini zirafah, warna kuning,leher panjang :p
seriously, she's new here. (kata si girrafe di atas)

ok. move on!. 

Akhirnya terlaksana juga hasrat memiliki blog sendiri setelah sekian lama membaca blog orang lain sahaja dan teruja sendiri-sendiri sahaja. 
Niat dihati bukanlah untuk menjadi penulis blog yang hebat, tapi impian untuk menulis perkara-perkara yang bermanfaat untuk pembaca itu memang ada dan berkongsi perkara-perkara yang sesuai untuk dikongsi disini tu sememangnya wujud. Semoga semuanya berjalan dengan lancar sesuai dengan nawaitu ber-blog yang betul InsyaAllah. Berilah peringatan kepada diri ini supaya tulis benda yang baik-baik sahaja boleh?.
sebagai tanda permulaan, elok kiranya saya berkongsi sebab kenapa saya mahu ada blog sendiri,boleh?

So, kenapa blogging?
Sebab, orang lain ada blog. Kakak sendiri pun ada blog, kawan sendiri ada blog dan orang-orang sekeliling yang dikenali pun ada blog jadi mengapa tidak untuk aku mengikuti jejak langkah mereka?. Sharing is caring kan?, berkongsi cerita tu aku rasa satu perkara yang positif lagi pun, tiada paksaan dalam membaca blog orabg lain, kalau seronok..baca lah, kalau malas baca yah sudah jangan baca lah kan?. baca lain kali maybe?.

selain itu seronoknya tengok orang berblog ni, diorang share benda yang kita xpernah buat tapi teringin mau buat, sebagai batu loncatan gitu :). Macam-macam diorang share, tidak kurang ilmu pun boleh bertambah melalui pembacaan, macam juga baca buku bah.
So, baca benda yang baik-baik jak lah. Tidak rugi pun. 

selain itu ,kita boleh tahu cerita kawan-kawan lama thru blog, connecting people juga blogging ni as i can see lah setakat ni. Membuatkan aku pun mahu memiliki blog sendiri kerana, once aku sudah besar.. kawan2 aku boleh tahu perjalan cerita aku well, time tu mesti sudah mengorak langkah menuju ke arah masing-masing. Sama juga dengan keluarga.

I've asked someone I know yang sedang belajar jauh.

me: kau x mau tulis blog? Dpt cerita pengalaman d situ, lepas tu org lain boleh baca...

si pelajar tempat jauh ; InsyaAllah kalau ilmu agama aku sudah cukup,aku akan buat blog sendiri..biar brmnfaat kpd org lain.

mendapat jawapan sebegitu, membuatkan aku berfikir semula untuk memiliki blog sendiri, elok sekiranya kita memiliki blog untuk menulis dan berkongsi perkara-perkara yang baik sahaja. Bermanfaat untuk kita dan bermanfaat kepada pembaca juga. Perkara baik mesti disebarkan bukan?.



Sebagai konklusi, menulis itu satu perkara yang positif..kebanyakan ulama2 mutaqaddimin menjadikan bidang pnulisan sebgai medium dakwah..buktinya,banyak buku2 agama dan yag telah ditulis sendiri oleh mereka..ulama-ulama mutaakhirin/kontemporari pun begitu. so kalau hendak menulis tidak menjadi masalah..lagi baik kita contohi cara ulama dulu-dulu tu,tapi gunakan media massa,teknologi sekarang seperti  Facebook dan Blogging :) .mudah saja,teruskan menulis!

Sebagai contoh penulis buku  Hilal Asyraf  menjadikan penulisan sebagai medan dakwah, penulisan yang macam ni kita perlu buat sebenarnya. Benar...bukanlah bakat kita untuk menulis buku macam Hilal Asyraf tu, tapi melalui blogging pun kita boleh dengan cara kita sendiri.

InsyaAllah,selagi hayat dikandung badan..mulut yg brcakap lebih dekat degan hati.peringatan yg kita beri kepada orang lain sebenarnya pringatan untuk diri sendiri.

sekian. Jazakallahu khairan kathirah :)



    

 




Comments

Popular posts from this blog

Clean.

Before 2021 ends!

Ain. Ila. Sarah.

26 and it's TMI time!

Aku&SMATS: Tangki