Foodie Post.


Assalamualaikum wbt. 

Yes, call me that typical people who take pictures of their food before start eating. I remember one of my coolest friends told me, "rukun sebelum makan adalah ambil gambar" haha!

Dia bukan kewajipan, tapi apa yang ada dalam mindaku ketika mengambil gambar sejurus semua makanan yang di pesan terhidang di atas meja adalah, "bukan selalu makan sini, so why not?", atau menjadi seorang seperti aku yang enggan mengambil selfie di atas meja di khalayak ramai, jadi ambil gambar makanan saja lah. Ketahuilah, aku banyak makan sendiri jadi, tiadalah orang ambilkan gambar aku acah candid menyuap dengan penuh keayuan kan #SorryZafirah :') 

Lagi pula, mengabadikan gambar makanan ini sama macam mengabadikan memori juga, dengan siapa kita makan masa tu, makanan tu sedap lepastu boleh suggest dengan kawan-kawan yang lain (kalau tidak sedap, masih boleh simpan juga untu reminder supaya jangan order makanan yang sama mueheheh). Ini sebilangan gambar makanan yang ada dalam koleksi telefon aku (save sini supaya boleh delete di memori telefon kehkeh). Mana aku ingat makan di mana, aku caption-kan setiap gambar kedai apa dan makan dengan siapa. Selamat terliur bersama! 

 Shellout,
Restoran Dome, Tawau.
Makan dengan Nana.


Pesta Pizza Hut dan McD bersama Wawa di tepi laut (Highway Tawau),
Ini favourite aku sebab best bentang tikar siap untuk makan-makan sebelum Wawa jadi Puan Wawa. Sekarang Wawa sekejap lagi akan ada baby yey ada anak buah di Tawau. Btw, Wawa is my very first friend at Tawau. Wawa lah yang membuatkan Tawau lebih awesome!. Sampai sekarang suka kawan dengan Wawa.

Bakso,
Restoran Bakso Senario, Kubota Tawau.
Makan dengan Nana.
I love Bakso! makan panas-panas fuh!


The Kazen
The Kazen, Kubota Tawau.
Fresh Milk Boba dan Ayam goreng The Kazen.
Fav aku Fresh Milk with boba, memang addicted betul minuman ni masa mula-mula,
tapi sekarang slow down sudah minum sebab sedar diri, too much sugar jadi berehaaat!

Durian!
Maaf untuk kawan-kawanku yang tidak makan durian, umpanya seperti satu nikmat dunia yang ditarik sebab durian subhanAllah kegemaran teratas yang disetiapnya kusyukuri Allah SWT menciptakan durian. Nikmat terindah T_T
Boost!
Aaaa I love Boost and I always stick to Skinny Dip as my favourite drink.
I registered as Boost Club since 2015. Masa tu Boost di KL Sentral masih di floor bawah tu lepastu jadi member situ juga, free and lifetime! best, setiap kali birthday dapat satu free drink weeeee!

Lunch with my housemates at Cottage Garden, Tawau.
Restoran ni sangat cantik ya dan makanan pun best berbaloi-baloi!


Budak Telor, Semarak Tawau with Nana.
Rasanya kami antara yang terawal jadi customer kedai ni masa mula-mula dulu.
Kedai Budak Telor ni bergabung dengan Twentea. So cool gila untuk lepak-lepak imiah bersama kawan-kawan mahu pun melayan me time :)

Tidak ingat makan di mana, dan makan dengan siapa. Hm, siapa ya?
dengan ayip kot?

Habee Ice Cream with Wawa.
Ni boleh lah fefeeling BumbleBee.
Nice juga, saya bagi 4/5 bintang untuk ice cream ini. ha tiber bagi rate.

Ini lunch rumah Nana TT
Balik sekolah terus ke rumah Nana ya sebab dia ajak makan di rumahnya yang comel betul deco nya itu!
Terima kasih Nana masakkan dan bagi Kak Zafirah makan kenyang menambah-menambah nasi haha!

Burger KFC dengan pemandangan laut di highway Tawau.
Makan seorang beb, cool gila makan sambil-sambil ditiup angin menghadap laut, 
macam dating dengan diri sendiri #SelfLove betul.

Tart Nenas by Elly the cousin di rumah aunty-nya di Tawau.
Sedap sangat TTTTTTT

Restoran Asian apa tah lupa tapi dia sebaris dengan The Kazen.
Kedai ni fancy dan memang cun sekali-sekala datang. Makanan pun memang sedap, ni aku order Omurice sebab masa tu baru habis main game Hungry Heart Diner so, memang boleh spark your Jappanese bit in yourself gitchu. Nanti mahu datang lagi bawa kawan-kawan dan keluarga :)

Masa ni makan dengan ex-housemate di Tawau namanya, Mira.

Soto di Sup Warisan Bonda, Muhibah Sqare Tawau
dan Tofu Fa dari housemate ku sekarang. Ini juadah1ku berbuka puasa ya.
Yey tidak lama lagi puasa 2022!

Hah ini lupa nama kedai, ni try saja sebab nampak di FB.
Also at Kubota. Makan sorang je wak.

Breakfast at Fook Yuen, Tawau bersama Wawa.

Ini makan sama di tempat yang aku lupa yang sebaris dengan The Kazen tu.
Makan dengan Wawa pula.
Belum pernah makan seorang di sini sebab rasa macam tempat dia tidak lonely-eater friendly lol.

Corndog memang hype kan sekarang?,
ni makan bersama housemates ku masa beli groceries di Sthamin di Hill Top, Tawau.
Kedainya Oppa Corndog kalau aku tidak silap. Nice!

The Yunique Tea, Kubota Tawau.
Ni nampak di FB, menunya avocado something-somehing lupa pula. Aku memang suka avocado drink, tapi tu lah, I don't recommend this drink here. Order minuman lain lah ok?  hihi
Tapi kedai dia nice, boleh buat kerja dengan aman damai, siap boleh plug charger bawah kerusi so memang tempat buat kerja tu, approved!.

Burgers with my housemates.

McD! 
McD ni kegemaran selepas KFC!
Ni masa menu McFlurry caramel pretzels kot?,

The Sage, Kubota Tawau.
Makan seorang, western food and RPH fuh such a combination! haha

Ya Allah, kecur air liur ku. Aku harap aku tidak buka post ni masa puasa nanti haha.
Jeruk mangga asam boi yang aku buat sendiri dan makan sendiri.
Mangga dapat dari kawan housemate ku yang juga rupanya orang kampungku yang sudah lama membina kehidupan di Tawau.

Laksa by my housemate, Kak Husna.

Berobbok.
Ni housemate, Kak Beth yang bagi. 
Tidak Tawau lah kalau tidak makan Berobbok, tersedap dan ter favourite!

Pulut Kuning dan Kari ayam ft. Cucur Bilis
makan di rumah. Pulut kuning dapat dari parents student mengaji housemate ku.

Crab Soup by masak-masak at Pantry bilik guru.
Sukanya lah aku dengan guru-guru di sekolahku, kalau ada acara makan-makan memang kenyang sampai esok :')

My Housemates masak nyam nyam!

Grilled Cheese. Sedap pula bila ingat balik.
Masa masak ni dan makan, rasa macam eh terer nya aku masak padahal toasted bread dan sliced cheese saja sis apadahal?

Rotaban! My siblings fav!
Rotaban is the short form for: Roti Tampal Banjir di restoran Emma MJ, Kota Belud or at Pallis-Pallis di Sembira, Kota Belud.
Recommended! 10/10!

Kononnya Nasi Beriyani tapi more to tidak berani cakap lah rasanya:')
hahaha kuakui teruk betul aku masak, cis.
Masak masa kuarantin positif covid haritu kayy~

Takoyaki by local seller at Kota Belud. 
Memang padu, dia terus rasa macam Takoyaki Japan Boat who?

Tealive kegemaran semua!
Reward lepas habis kuarantin. Along siap tuliskan nama sebagai tanda istimewa sebagai first customers mueheheh.

Soto Semio Kota Belud,
pastikan makan masa midnight baru lah namanya "makan sup semio"
it's interesting to think about it, sebab dia ada masa malam ada semio(tamu) sahaja ya.
Hanya di Kota Belud :)

Family Mart, siapa tidak suka family mart food?
Tolong, kita putus jika awak tidak suka Family Mart ha tiber.

Makan di GM Klang, apa ya nama kedai ni lupa aih. 

Makan-makan di Pantry bilik guru lagi. Sedap ya Allah!
Sup Ikan cikgu Arziwan tersedap juga TT
Mahu menambah tapi segan lol



Pasar Malam di Lahad Datu bersama Nana.

Bakso with Nana at Lahad Datu jua.
Kedai Kak Ros rasanya nama kedai ni. Sedap!

Keropok Tasen yang menjadi lagenda orang-orang Tawau dan sekitarnya.
Beli sebab curious. hehe.

Kfood di Seoul Garden Hotpot, Suria Sabah.
I love kfood, 
ni makan Sondubu Jjigae. Aku makan di Dubuyo memang Sondubu Jjigae juga yang aku order.
Between theese two, I prefer Sondubu Jjigae Dubuyo, enak dan dia bagi side dishes banyak siap boleh top up hehe.

Mi Tarik di restoran chinese muslim, Tawau.
Bersama Wawa.

Pizza Hut, Lahad Datu with Dayang.
I love Spicy Cheesy Chicken Pizza. dengan garlic flatbread tu fuh!

Frozen Yogurt, WHY di ITCC, KK
I love froyo seumpama Ilaoilao, tapi sebab cam mahheyy makan sekali sekala boleh lah hihi.

Fuh habis pun post ini. banyak betul sepecies makanan aku sudah cuba. Mostly makan di Tawau. Tawau ni walaupun annoying sebab jauh dari family, but the food and the people around make it easy to deal with everything. Paling ku syukuri kerja di Tawau sebab semuanya indah-indah dan makanannya memang kaya dengan keenakkan lagi murah alhamdulilah.

Alhamdulillah, dalam kita menikmati makanan yang enak-enak dan cukup. Jangan lupa untuk berpada-pada, tidak lupa untuk menyumbang kepada yang memerlukan dan, sentiasa mengutamakan kesihatan ya kawan-kawan!
 
I also made lots of videos about to keep as internet memory but, I set them into unlisted, so anyone with the link can only watch them. You might want to see one of the videos that I meant, Click here!

Thank you for reading and 'til next post! :)

Comments

Popular posts from this blog

Diari Latihan Mengajar Zafirah: 1 SM & 2GTI 💓

Diari Latihan Mengajar Zafirah: Sarah, Kak Sira, Housemates, dan SEBUKTI !

Temuduga Pendidikan Islam UPSI Sesi 2015/2016 dan Kawan Baru :)

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

29 and It's TMI Time!