eg tukar

Aku memeroka laman web eg tukar.

Percayalah,
Sekolah aku kini sangat baik, cukup sempurna untuk menimba pengalaman dan tempat terhebat untuk membentuk jati diri seorang guru yang terbaik.

Suasananya, guru-guru di dalamnya, pentadbirnya, staf-staf sokongannya malah, makcik pembersihan dan pak guard-nya, cukup untuk aku merasa, sekolah ini penuh bermakna setiap detik bersamanya.

Jarang aku berduka kerana hal sekitar,
Berduka aku hanya disebabkan oleh aku banyak salah dalam menterjemah sesuatu.

Cuma dalam satu hal ini, tiada yang dapat menidakkan hakikat - ujian jarak itu mengubah suka menjadi lara.
Ketika tawa berubah tangis.
Ketika gembira menjadi rindu.

Aku mahu bertukar sekolah, ke sekolah yang lebih dekat.

Dekat bukan apa dan sesiapa,
Hanya mahu dekat dengan Mama.

Hanya mahu dekat dengan Mama.

Hanya mahu dekat dengan mama.

Semoga pertukaran aku diwaktu yang tepat nanti, betul-betul bertukar dengan apa yang aku akan tinggalkan hanya yang baik, murni dan manis berbakti, supaya bebanan yang bakal ditanggung sekolahku atas terbang satu anggota, tidak memberi susah serta akan ditongkat segera dengan yang lebih baik. Amiin.

Doakan, ya?

Zafirah with a gang of cikgu baru, yey!
Cella, Mira, Madihah dan Shifa :)

Comments

Popular posts from this blog

Diari Latihan Mengajar Zafirah: 1 SM & 2GTI 💓

Diari Latihan Mengajar Zafirah: Sarah, Kak Sira, Housemates, dan SEBUKTI !

Temuduga Pendidikan Islam UPSI Sesi 2015/2016 dan Kawan Baru :)

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

29 and It's TMI Time!