Diari Latihan Mengajar Zafirah: 1 SM & 2GTI 💓


Bismillah. Assalamualaikum wbt. Hai.

Kembali lagi dalam siri Diari Latihan Mengajar Zafirah! ha macam rancangan TV jadinya kan?.

Tidaklah latihan mengajar tanpa ada kelas dan anak-anak murid yang akan menjadi "mangsa" uji kaji seorang guru pelatih untuk melunaskan hasrat (baca: syarat) kelayakan "dibenarkan meneruskan pengajian".

Semester 7 segalanya mengenai latihan mengajar, justeru 100% penilaian di sekolah semestinya.
Tidaklah lengkap harianku sebahai guru pelatih tanpa murid-murid ini di sisi.

Mempopularkan.... 1 SUKSES dan 1 MULIA SMK Bukit Tinggi, Klang 2018:

Trust me, I can recall their names one by one. Nape tak pecaye?. 


Ini bersama Ustazah Zafirah yang mereka sayangi ihiks =P

My next sweethearts along this LM Journey were (ok still they are very special in my heart):

shoutout to 2 GEMILANG, 2 TERBILANG DAN 2 INOVATIF!


Yes, true, I can name them all. Still don't believe ah?

Kenapa mereka ini sangat memberi makna dalam perjalanan latihan mengajar aku?, obviously, mereka inilah yang menempuhi penyeliaan pensyarah bersama-sama denganku. Kerjasama mereka, behaviour mereka, ustazah tanya mereka jawab dengan semangat, happening-nya kelas gara-gara mereka, memahami ustazah walaupun sesekali macam mahu pulas telinga sorang-sorang hahah sebab geram eh banyak perangai kann!. Tapi alhamdulillah, mereka sebenarnya murid-murid yang sangat baik. 

Walaupun ada masanya ustazah rasa down sendiri sebab rasa bersalah tidak dapat "deliver the lesson well", di kebanyakan masa, memang ada perasaan tu lepas habis kelas. Tapi, esok ada lagi so ustazah pun cuba lah lagi try hard tackle hati mereka.

Sekarang mereka bukan macam 2018 lagi, yang 1 SM tu sudah naik Tingkatan 2, senior sesi petang sudah mereka ni alololo. 2GTI pula, haih ambil PT3 tahun 2019 ini.

Semoga berjaya anak didik ustazah Zafirah selama 16 minggu dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Ustazah tidaklah bebas dari cela dan salah, ustazah mungkin banyak hambarnya dalam sesi pengajaran, pembelajaran dan pemudahcaraan, ustazah still learning and I want to be better ustazah next in shaa Allah.

Terima kasih untuk segala kerjasama dan kasih sayang yang ustazah alami sepanjang bersama kalian. Ustazah tidaklah dapat memberi banyak hal dan manfaat kepada kalian tapi jauh di sudut hati ustazah, ustazah mahu yang terbaik untuk kamu. Doa ustazah in shaa Allah akan sentiasa mengiringi langkah kalian. SEMOGA BERJAYA!

ps: ya murid-murid lain yang ustazah tidak ajar secara khusus pun sangat istimewa bagi ustazah. Seriously. Sampai sekarang ustazah rasa disayangi. Kalau ada yang rindu PM lah ya? hehehe.

Satu hari nanti, kita jumpa lagi ok!

Love,
#Ustazafirahoftheday


Comments

Popular posts from this blog

Diari Latihan Mengajar Zafirah: Sarah, Kak Sira, Housemates, dan SEBUKTI !

Temuduga Pendidikan Islam UPSI Sesi 2015/2016 dan Kawan Baru :)

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

29 and It's TMI Time!