Diari SY UPSI : Ekspresi Kerohanian Sempena Hari Belia Negara 2017 | #TeamEKSYUPSI


Bismillah.
Assalamualaikum teman-teman! Entri kali ini aku susuli dengan cerita throwback juga memandangkan aku sedang cuti semester ni kan jadi aku mahu tulis dan kongsi apa aktiviti aku sepanjang semester ke empat aku yang lalu. eherm.. semester depan semester lima, rasa senior sangat 😏
but believe me, I am a good senior =P

Okay I will be going to write about...

EKSPRESI KEROHANIAN SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2017



Sahabat YADIM membuka peluang kepada setiap Sahabat YADIM universiti serata negara untuk menghantar wakil datang ke program ini. Justeru, Sahabat YADIM UPSI tidak ketinggalan untuk menyertai program ini!

Bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya a.k.a Masjid Besi yang super cantik! Mula-mula sampai berpinar mata aku melihat lantas terpesona sebab cantik sangat masjid. Program ni berlangsung dua hari satu malam. Yes, kami bermalam di masjid tersebut atau kita panggil sebagai iktikaf di masjid. Lagi satu pengalaman yang sangat seronok sebab dapat bersama-sama dengan ramai orang termasuklah wakil dari UPSI untuk datang ke program ni.

Ehermm... dan saya selaku kepala rombongan memikul tanggungjawabb untuk mencari seramai 40 orang peserta dan mengatur segala yang diperlukan. Hey, pengangkutan disediakan! percuma lagi!. Aku pun apa lagi buat ayat hebahan kebabom lah untuk maklumkan kepada pelajar UPSI tentang program ni. Alhamdulillah semuanya okey~. Ya ya ada lah beberapa masalah yang dihadapi seperti risau penyertaan tidak mendapat sambutan (tapi aku silap), bila peserta cukup, masih ada yang PM bagitahu mahu join, pahit sungguh menolak penyertaan mereka sebab sudah penuh. Bila senarai peserta cukup 40 orang, ada pula yang tarik diri last minute, bayangkan pagi hari bertolak tu, ada lagi yang tarik diri huhu tapi Alhamdulillah, ada juga yang sudi join lagi. Fuhh minggu mencari peserta tu aku boleh tahan busy dengan phone aku reply whatsapp and mesej peserta yang mahu join. Roommat aku tahu lah macam mana huru-haranya aku masa mencari peserta tu hahaha dan boleh tahan ada juga beberapa pihak yang aku susahkan tapi I believe, we did our best!. Kenapa we?, sebab I was not alone, aku ada team SY UPSI aku yang sangat membantu dan berkerjasama untuk program ini. 

And again, Alhamdulillah we really made it! Sayang Sahabat YADIM UPSI 💕💕


Sebelum aku rocking with the photos, aku mahu mengucapkan ribuan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Team EKSY SY UPSI yang sudi join dan memudahkan  kerja saya :))
Team kami kemain sporting dan best ah macam mana mahu describe pun tidak tahu. Sampaikan aku rasa sayang dengan semua lepastu aku feeling mak mak sangat kena jaga dorang macam baby hahaha. Juga kepada coursemates aku yang super suportive! Sanggup join sebab aku paksa eh tidak tidak aku tidak paksa eh hahaha. Nah wajah-wajah di atas lah coursemates aku yang turut serta menyertai program ini. Roommate aku pun join walau pun last minute. Dorang cool! I love you semua!


Aktiviti pertama kami setelah sampai ke Masjid Besi, Putrajaya ini adalah tadarus Al Quran #Quran Hour yang dilaksanakan oleh semua peserta yang hadir. Ini juga bersama dengan ketua dalam grup tadarus kami, pelajar dari Darul Quran :)

Oh, ada sidang media juga ya dibuat masa ni. Dan program Quran Hour ini masuk surat khabar juga tau! weeeee~
nah ku sajikan gambar-gambar. Semoga bahagia haha:














Makanan juga dsediakan sepanjang kami di sana wuhuuu!

1st day:




Malam pula, ada forum yang memang santai habis!. Program ini memang aku boleh kata dapat sambutan. Meriah masjid tu pada hari program.

Panel-panel forum pun bukan calang-calang orang. Memang pengalaman yang sangat mengujakan!


Lagi yang menarik masa malam tu, forum diselangi dengan suara sedap  syeikh ini. Allahu merdu mereka menasyidkan selawat ke atas Rasulullah SAW.






2nd day:
Hari kedua pula juga merangkap hari terakhir, ada kuliah pagi tu dan solat dhuha. Lepastu, ada Fit Masjid iaitu kami kena jalan dalam 3 KM (if I am not mistaken) pusing tasik Masjid Besi tu. Tidak pusing satu tasik pun tapi yah keluar peluh juga lah jalan ramai-ramai lepas tu sambil cuci-cuci mata hiks.

Sebelum kami keluar untuk ber-fit masjid, sempatlah juga aku mengajak team EKSY UPSI untuk ambil gambar bersama Abang Zam selaku Ketua Eksekutif Bahagian KEMUDA YADIM.


Gambar Team yang tidak lengkap.. yang lain sudah ber-fit masjid dulu mungkin?

Le ladies yang memang plan pakai baju sama sebab team ini ramai dari course aku iaitu ISMP Pendidikan Islam. Kami plan pakai baju batch. Bawa identiti Persatuan Pendidikan Islam (PPI) sekali :) Jadi, sedondon lah kami semasa fit masjid tu. Biru-biru gitchuuu.

Parts of the juniors yang bersama  menyokong program ini weee~

Kak Ila dan PPI 💖
Inilah happy pills kak ila.

Kak Ila dan classmates.


Taraaa Fun Walk #fitMasjid Masjid Besi, Putrajaya.
Photo credit: Page FB Majlis Belia Negara.

Selepas habis berjalan kemudian bersarapan, kami pun bersiap sedia untuk pulang ke sarang eh. Pulang ke pangkuan UPSI yang kami cintai. wuwuwuwu ayat.

But first, lemme take a selfie.
Ok, wefieeeeees!


#TeamPPI di Ekspresi Kerohanian Sempena Hari Belia Negara 2017 |
Masjid Besi, Putrajaya |
 13-14 Mei 2017.




tiny loves untuk kamu ehhhhhh.

Ini bersama random people dari random universities serta aku percaya orang-orang hebat semuanya. Orang ambil wefie kita join ! hahaha

Ini pula bersama Azura. Kami bolos ke Milo Event di sekitar Masjid Besi, isi borang, dapat beg milo yang kaya dengan milo free!.
Ini pertama kali aku pegi Milo Event. Dapat rasa minum milo free flow minum sampai puas, makan cereal milo tu top up banyak kali no one cares! awesom lahhh!

Kak Ila dan Zura di gerbang cinta kita ehhh. Di gerbang masuk Masjid Besi yang sangat indah! Padanlah ramai orang buat wedding phtography dan segala macam videography di sini.

Cop Milo perlu ya di simpan dalam memori blog kikiki.

Konon sweet. Konon #relationshipgoal. 
Heip I masih ikut fitrah okey.


Ok lah buat gambar #friendshigoal lah since jomblo 😪


Again with Zura dan Abang Zam yang super cool. Kaki ayam pun boleyhhhh~

Masa untuk balik!
Ini  team juga ni dalam gambar ni.

Kak Ila and team ready to go back!

Menjadi ketua rombongan untuk program ini sangat memberi peluang kepada aku untuk break my another comfort zone. At first diberitahu soal ini, aku dimandatkan untuk cari peserta, aki fikirkan cukup dengan mencari peserta dengan membuat ayat hebahan lepastu collect maklumat peserta yang telah mahu join. But I am wrong, kena jadi kepala rombongan pula!. dorang nampaklah how clumsy I am semasa menajdi kepala rombongan. 

Sungguh pun begitu, aku sangat bersyukur atas kesempatan ini. Sangat bersyukur dikelilingi dengan insan-insan supportive, team EKSY UPSI yang sunggu understanding, family SY UPSI yang sudi membantu banyak hal, memberi ruang untuk zafirah yang sangat tidak yakin untuk menonjol mengurus hal-hal penting sebegini. Berhubung dengan orang-orang penting, dapat panggilan dari orang penting huishhhhh that was never be a comfortable for me unless I get the support from people around! Thank you so much guys!!!! Alhamdulillah.

Not to forget, untuk pihak Majlis Belia Negara yang memberi prasarana dan kemudahan yang cukup terbaik untuk semua peserta. Malah pemandu bas, Uncle Naga was so nice!. Uncle Naga called me Cikgu and that was really heartwarming hihihi sambil meng-amin-kan dalam hati.

That is it for this today's entry. Hope you enjoyed it just the way I enjoyed writing it. Till next time and stay believe in yourself!. 


Ma'a salamah!



Comments

Popular posts from this blog

I'm sorry, this is another heart break story.

Healing from a heartbreak thoughts.

Aku&SEMEKAR: 2 Sudah, 1 lagi : )

My September 2022 : Our Best Friend Kahwin!

Kerinduan yang ke-9 tahun.