Lapar.



Assalamu'alaikum wbt.

Semalam, 03.Mac.2016, Khamis. Aku puasa.
Pagi tu aku ada kelas, 8:00am-10:00am.
Dalam kelas pagi tu aku ok. Cuma sejuk. Macam winter season tunggu salji turun (berlagak pernah rasa winter cis). Sejuk, cepat lapar kata mereka. Mind-set aku pun kata "ya, sejuk dan kau lapar". "Tapi aku puasa hoi!" kata perut aku berbunyi.

Lepas habis kelas pukul 10:00am, aku ambil bas ke kampus lama untuk beli ink printer yang betul di kedai yang berhadapan dengan kampus lama tu. Aku jumpa ink yang sesuai dengan printer aku dan berharga RMT_T. Mahu atau tidak, aku mesti beli juga untuk kemudahan diri sendiri. Semalamnya pula, RM35 aku burned untuk beli ink juga. Tapi ink yang aku beli tu salah. Aku punya pasal juga tidak study dulu spesis printer aku dengan ink yang ngam dengan printer tu. Sobs. Rosak mood aku seharian itu. Tambah lagi lapar.

Lepas beli ink printer, aku ke library. Mereka kata aku rajin ke library. Tapi, mereka tidak tahu aku suka ke library sebab library ada aircond sejuk dan best. Sedangkan di luar, panasnya membahang. Jujurnya, itu main point kenapa aku suka stay di library.
Sampai di library, aku ambil tempat di meja aku selalu duduk. Aku letak beg dengan rapi, aku keluarkan buku buku yang aku plan mahu baca dengan teliti. Kemudian, aku keluarkan alat tulis seperti highlighter dan sebatang pen. Aku susun cantik atas meja dan aku ketepikan. AKu perbaiki posisi aku atas kerusi supaya selesa duduk. Aku capai handphone, set alarm 15 minit dengan ketetapan tanpa bunyi tapi hanya getaran (vibrate). Kemudian, aku tidur.
Sampailah alarm aku bergetar, dan beberapa kali juga aku swipe "snooze" menandakan aku tidak mahu bangun lagi. Amboi amboi, ewah ewah, datang library atas tujuan apa sebenarnya ni?


Setelah beberapa kali alarm aku bergetar suruh aku bangun dan aku kira aku juga puas menikmati tidur aku. Bukan selalu aku begini, biasanya aku tidur sekejap ja baru baca buku, tapi disebabkan aku puasa masa tu, jadi aku kata pada diri sendiri "aku patut dapat rehat lebih sebab petang nanti pukul 2:00pm-5:00pm ada kelas Ulum Hadith"


Aku berjaya menghabiskan satu chapter untuk satu matapelajaran yang aku target itu. Lepas habis baca, aku siap sedia untuk solat Zuhur dan bersiaga ke kelas. Selesai saja solat, aku mula mengatur langkah ke tempat kelas Ulum Hadith yang pertama untuk semester ini. Masa ni energy aku bagai tahap siren warning sangat lemah sudah berbunyi. Aku berjalan ke kelas dalam keadaan yang sangat malas dan sangat terpaksa. Aku merungut, "kenapalah perlu ada kelas petang, 3 jam pulak tu!" bentak hati aku memberontak. Perit betul aku membawa kaki dengan perasaan terpaksa. Tapi, aku akur. Terdetik juga di hati, syaitan telah berjaya menewaskan aku dalam membenamkan semangat aku ke kelas dengan hanya sebab aku lapar tidak bermaya. Aku fight juga, mesti datang kelas!.

Kelas pun bermula. Pensyarah yang ajar aku subjek ni cukup ahli dalam bidang Hadith sebab beliau belajar sampai tahap phD dalam bidang ini. Cara penyampaiannya pun cukup baik walaupun aku ada jugalah sesekali terlelap tapi bukan sebab pensyarah tu tapi sebab aku sendiri. Pelajaran dimulakan dengan sejarah penulisan dan periwayatan hadith.

Pensyarah tanya, siapa yang telah meriwayatkan hadith yang paling banyak selain Aisyah r.a?

"Abu Hurairah" ada yang bersuara.

Pensyarah cerita pasal Abu Huraira, Abu Huraira seorang yang sangat miskin dan tidak mempunyai pekerjaan pada ketika itu, Abu Huraira lebih rela berlapar demi menuntut ilmu daripada Rasulullah, lebih rela berlapar tidak makan langsung demi menghafal setiap perkara yang keluar daripada mulut Baginda SAW. Abu Hurai ra tidak peduli walaupun berasa lapar yang teramat yang penting dapat berdamping dengan Rasulullah.

Masa ustaz cerita macam tu, aku terus rasa jantung aku ditusuk dengan panah-panah cerita ustaz tu. Kena betul dengan aku, Apalah sangat lapar aku tu sampai merungut ke kelas untuk dapat ilmu jika dibandingkan dengan Abu Hurairah dan para sahabat dahulu. Struggle mereka untuk survive dan kerja keras, usaha mereka untuk memastikan nikmat Islam itu sampai kepada umat sekarang. Apa lah sangat?????!

Aku betul-betul insaf masa tu juga, Allah tunjuk direct supaya aku sedar. Rasa lapar aku hilang terus. Mata aku terbuka luas. Belajar subjek ini sungguh seronok!. Seriously aku boleh cakap seolah-olah macam dengar cerita sirah nabi di majlis-majlis ilmu di masjid. Ustaz yang mengajar pun cukup amazing aku boleh kata. Ada juga lah beberapa kali aku menitiskan air mata masa dengar ustaz bercerita pasal sejarah ilmu hadith ni. Buat orang jatuh cinta untuk belajar rajin-rajin subjek ni. Bukan untuk lulus peperiksaan dan lulus semester ini sahaja malah belajar untuk kenal dan rasa dekat dengan kehidupan Rasulullah dan para sahabat dahulu!.

Hebat!

Rasa tidak sabar mahu datang kelas Ulum Hadith yang seterusnya!

Nampak perkaitan entri dengan tajuk?

sekian.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini :)






Comments

Popular posts from this blog

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

Birthdays in January

#AzeaTurns20

FATIMA KINASCY A NAME AND SECRET BEHIND IT.

Fasa-fasa bercinta.