Cerita Uni Pertama


Assalamu'alaikum wbt! hi everyone~

September > Oktober > November

fuwh! genap 2 bulan dalam alam universiti yang dahulunya menjadi idaman dan impian setiap pelajar. Cakap 2 bulan macam lah lama sangat kan? masih baru. tapi kenapa aku rasa lama gilaaa?! hahaha

mungkin sebab jarak jauh dari keluarga, lepastu kena urus makan minum sendiri, lepastu urus duit sendiri, kejar masa sendiri, buat kerja sendiri, makan sendiri, study dengan cara sendiri, buat tugasan individu sendiri, ah semua kena handle sendiri!

Dulu, makanan terhidang sedia sebab ada makcik dewan makan yang masak, aku hanya perlu turun ke Dewan Makan untuk ambil makanan pada waktu makan yang ditetapkan. Dari sarapan-makan tengahari-minum petang-makan malam-minum malam semua disediakan. Bahagianya saat itu!
Adik-adik yang duduk asrama tu, nikmati saat-saat indah anda bersama dewan makan. Nanti tidak merasa lagi makan malam Ayam masak merah, makan tengahari ayam masak kurma + sambal belacan + sayur kubis + papadom, sarapan sandwich sosej + air milo, minum petang burger, minum malam soto. Tolonglah, live your school life to the fullest! 

Aku pernah membayangkan kehidupan universiti ni tidak sukar, macam yang ditonton di drama-drama atau cerita-cerita di  TV yang nampak whoaa seronoknya macam tiada beban dan masalah ketika belajar langsung siap boleh ada masa shopping, outing bla bla. Ternyata aku terpedaya cis.

Uni life tidak seindah dan semanis yang aku jangka masa sekolah dulu. Lucu la ingat balik expectation aku terhadap uni life ni dulu haha serius mahu terketawa!

Tapi,
sepahit apa pun perjalanan alam uni yang aku dan kawan-kawan aku hadap setakat ni, aku kena ingat, ini adalah impian aku dari dulu. Family dan guru-guru aku sangat berharap aku dapat sambung pengajian di U. To make them proud aku tidak boleh lah jadi selfish dan merungut sebab kecewa sebab expectation aku terhadap uni life ni tidak sama dengan hakikat sebenar. benda alah, #watlekwatpeace lama-lama biasa lah. Alah bisa, tegal biasa bukan?.

 Yang paling penting, kena ingat! siapa yang letak kita di jalan ini?
Mesti ada sesuatu yang Dia mahu kita tahu dan teroka.
Mesti ada penilaian yang dibuat terhadap kita yang menghadapi cabang perjalanan menuntut ilmu ini,
mesti ada mesej dan pengajaran hidup yang kita boleh ambil dari perjalanan menuntut ilmu yang kita susuri ini,
Mesti ada!
semestinya untuk kebaikan diri kita sekali gus menjadikan kita seorang hamba yang terbaik.

Untuk cerita uni yang pertama ni, kira macam cerita sebagai #FreshieUPSI2015 lagi lah.
Bagi aku, sepanjang 2 bulan ni aku melalui 2 dua fasa.

Pertama, fasa Orientasi a.k.a Minggu Suai Kenal bersama Rakan Suai Kenal (RSK).
Alah, orientasi faham-faham la kan hihi. Untuk orientasi universiti itu hari, kena buat di dewan besar dan paling+teramat  banyak slot taklimat pasal itu ini. Kami cuma perlu ikut jadual, patuh pakaian yang perlu dipakai untuk program dan dengarlah taklimat sampai dibuai mimpi indah hahaha. Aku pun tidak faham, suara setiap pihak yang bagi taklimat seolah-olah mendendangan lullaby songs yang membuai kami untuk lena sekali walaupun dalam keadaan duduk. Sedar sedar lagi orang lain sudah tepuk tangan sebab taklimat habis. Hiyaaaaak!


ini first day. Baju tu aku pakai masa interview~


ini juga first day bersama mama <3
Bersama 3/5 dari kakak-kakak aku yang merangkap tulang belakang semangat aku jua. Aku sayang mereka!

Terlalu banyak pengorbanan yang keluarga aku buat untuk aku sampai di mana aku sekarang. Alhamdulillah!, memiliki ahli keluarga yang sangat penyayang dan supportive juga satu nikmat yang sungguh maa sha Allah! :')

Masa mereka balik meninggalkan aku, scene air mata aku tidak dapat elak. Nangis macam anak-anak baru merasa masuk asrama. Serius.. nangis #takhengatdunia aku masa tu dan aku abaikan mata-mata yang memerhati sobs

Masa orientasi tu, Yeyen jadi RSK. Yeyen ni kawan sekolah aku dulu tapi dia masuk awal dan sekarang dia sem 3 sedangkan aku baru sem 1.

Ini la yeyen yang pakai baju biru. Yeyen di bawah AJK makanan dan selalu jumpa dia di kaunter ambil makanan sebab dia tukang bagi2 makanan.

Ini pula, gambar masa baca ikrar. Aku ambil gambar dari facebook.  Lepas habis baca ikrar tu maka sah la kami jadi Anak Kandung Suluh Budiman :')

Usah ditanya siapa Suluh Budiman?
sebab aku sendiri tidak tahu mahu explain macam mana. Apa aku boleh kata, pegi search di YouTube lagu "Ibu Kandung Suluh Budiman" dan hayati liriknya. Kalian akan faham tanpa perlu bertanya "siapa sebenarnya Ibu Kandung Suluh Budiman?"

Di tempat pengajian aku sekarang ni, ramai kawan-kawan dan senior-senior sekolah aku dulu ada dalam ni. Jadi memudahkan aku untuk menyesuaikan diri la. Dari sekolah aku saja kami empat orang, Marha, Mai, Apis dan aku. Belum lagi masuk kawan-kawan yang ambil diploma, senior-senior lagi.
Ini outing pertama bersama mereka. Nampak tidak betapa nerd dan noob nya orang tu siap pakai kad matrik jalan-jalan pegi pekan? T_T
Tapi best la sebab ke pekan mampu jalan kaki wooo.
Mula-mula rasa macam tiada beza dengan daerah sendiri. Cuma pekan kecil yang sangat  nampak nostalgic betul bangunan-bangunannya ini ada Pizza Hut, Dominos, Old Town White Coffee berbanding pekan di daerah kelahiran aku yang cuma ada KFC hekhekhek.



Untuk fasa pertama ini, dalam dua minggu juga la aku homesick tahap nangis-nangis..asal call family mesti nangis haiyooo macam mula-mula masuk asrama masa form 1 dulu =P

Tapi, aku anggap itu prosesyang semua orang mesti lalui sebelum mula biasa dengan rutin kehidupan yang baru. Lama-lama aku malas layan perasaan  tu sebab apa ja yang aku boleh buat?, bukannya dengan nagis dapat buat aku balik rumah pun =b

Maka, bermula lah fasa kedua~

Meet my coursemates~~~

Rujuk gambar paling atas kiri, memperkenalkan: Sarah, Husnah, Nabihah dan Fathonah.

Gambar kiri dan dari kiri: Nabela, Amirah, Jihah, Ummu, Zura, Fathiya dan Chua.
Gambar kanan dari kiri: Nabela, Sarah, Nabihah dan Azwa.

Depan dari kiri: Nabihah dan Azwa
Belakang dari kiri: Fathonah,Shazlina dan Fathiya.
Ini pula antara muka yang selalu sama jadual dengan aku terutamanya Nabihah dan Azwa. Di mana pun kelas aku, mesti dalam kelas tu ada muka mereka jua haha.

Ini gambar satu batch:
Rujuk gambar paling bawah, duduk dari kiri: Fatin, Azura, Ain, Amirah Fatihah, Sarah Syahierah, Najihah, Nasuhah, Zati, Mira dan Asilah
Berdiri dari kiri: Kak Ubi, CikMiss, Zafirahaha,Fathonah, Syafiqah, Kak Ain, Shazlina, Husna, Sarah, Nabela, Fathiyah, Nabihah, Syahidah, Ummu, FatinNurDiana, Azwa, Luqman, Amir dan Wanjo.
Ya, kami semua 29 orang dan ada 3 orang lelaki sahaja.
Mereka ini lah yang bersama-sama aku melalui hari-hari untuk adapt dengan kesibukan dunia uni ni. Ya, nama pun dunia. Pasti fana, Tidak kekal. Cuma dunia ini merupakan salah satu dari sebahagian perjalanan untuk menuju ke dunia yang kekal abadi nanti. Dunia ini jugalah tempat kutip dan kumpul bekalan untuk dibawa bersama nanti.

Seterusnya, housemate aku juga sangat cool~

 ini Syud. Roommate aku. Dia orang Johor. Budak seni. Tapi kalau aku minta lukis muka aku dia tidak pernah sudi sobs =P

Dari kiri: Syafiqah , Ros (tapi suka usik dia dengan panggil mawar), Nani.
Nani bukan housemate aku tapi rumah dia depan rumah kami jaa.. lepastu satu course dengan Ros jadi Nani memang selalu stay rumah la.
Syafiqah dak Terengganu dan ambil course Maths, Ros pula asal Taiping, Perak dan ambil course Sains.

Yang bestnya housemate aku ni,dorang baik lepastu dapat rasa macam sekepala dan kami berkongsi minat yang sama iaitu menyanyi walaupun kami sedar yang suara kami menandingi suara katak panggil hujan hahaha. Housemates aku baik-baik belaka sampai bila fikir next sem mesti cakap, lepas ni mesti susah mahu dapat jumpa lagi uwaaaaT_T

Housemates aku juga ada 2 orang chinese named Vivian dan Shu Man.
Dorang friendly and finally yes! ada kawan chinese weee~

Housemates aku ni jugalah yang buat aku melalui hari-hari aku dengan senyum dan tawa. Salah satu dari warna warni kehidupan kita kan dapat dari kawan-kawan. Jadi aku juga sayang mereka!

Next, mari aku khabarkan yang bahawa aku menyertai satu kelab yang dinamakan Sahabat Yadim UPSI (SY UPSI) di bawah Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia.

Cara aku boleh ter-join kelab ni pun lucu haha.
Mula mula Pika dan Ros yang ajak datang perjumpaan SY. Masa tu tidak tahu lagi SY ni apa?, tapi pernah nampaklah di bio instagram Dena Bahrin yang tertulis
-Ikon Dakwah Yadim.
Aku pun teruja lah mana lah tahu bila join kelab ni terus boleh dapat jumpa Dena Bahrin?
haaa niat mula-mula lagi sudah tersasar hahaha tapi nasib baik masa dalam perjalanan tu Pika dan Ros ingatkan untuk baiki niat. Ok, datang sebab mahu join dan explore sendiri apa itu kelab SY.

Aku tidak tahu pun perjumpaan malam tu adalah perjumpaan pertama #SYUPSI untuk sesi 2015/2016 dan malam tu juga lah kena lantik AJK baru. dan....
wajah-wajah baru yang hadir malam tu pun tersenarai dalam lantikan untuk exco dalam organisasi SY UPSI ini. Ya, termasuklah orang yang menulis entri ini telah terpilih menjadi salah satu exco. Macam tulah cerita pendek macam mana boleh join kelab SY ni.

Antara program yang dianjurkan oleh SY adalah seperti berikut:

Rehlah Ukhuwah. Kami berbasikal dari UPSI ke Tasik Embayu, Proton City. Aktiviti ini sangat cool!
kami main explorace dan macam-macam lagi.

Gambar di bawah ni adalah Majlis Tertinggi dan Exco-exco SY UPSI dalam program Pemantapan Organisasi:
Program ni pun amazing!
Sini lah mula rasa rapat dengan ahli-ahli MT dan exco SY.
Betul2 sahabat. macam family pun ada,
Apa tidaknya, kalau buat apa apa program semua kena buat gerak kerja  bersama, semua kena beri komitmen sama-sama.

Mula-mula memang rasa macam susah lah kena buat macam-macam kerja. Ya la dapat pula ahli macam aku ni yang paling malas join aktiviti kelab masa di sekolah dulu kekeke
Tapi, masuk saja di alam uni ini, suka atau tidak, rela mahu pun terpaksa, kita tiada pilihan, kita mesti juga sertai aktiviti2 kelab macam tu untuk kepentingan diri sendiri juga. Soft skills yang kita tidak boleh dapat di dewan kuliah atau kelas tapi kita boleh dapat dengan join aktiviti kelab macamni. Di samping itu, dapatlah kumpul poin mycat kikiki.

Ini masa Annual Grand Meeting (AGM)





Ini pula masa perarakan Maal Hijrah:


di masjid negara.


Malam sebelum perarakan tu, kami bermalam di Masjid Wilayah~


Banyak lagi sebenarnya program dan pengalaman yang aku dapat dari program yang dianjurkan SY UPSI tapi ini paling latest la.

Serius aku katakan, join SY bukanlah satu kerugian tapi satu peluang yang sangat besar untuk mengembangkan potensi diri ewahh~. Sibuk juga lah dengan komitmen dalam kelab dengan assignments lagi tapi yah, kesibukan ini akan menghindarkan diri kita dari melakukan perkara yang tidak berfaedah. Ya lah, dari buang masa baik join kelab atau aktiviti-aktivitikan, Setidak-tidaknya kita tidaklah tergolong dalam pelajar 3K
Kuliah-Kafe-Katil
kan!

Pasal akademik pula?,
aku masih dalam proses mencari cara belajar yang efisen dengan rutin Uni ini.
Tapi in shaa Allah, everything will be ok selagi aku tahu prioriti aku dan bijak dalam mengurus masa.

Pelajar Islam kan mesti cemerlang!
" Pelajar Islam harus cemerlang
hari ini mesti lebih baik dari semalam.
Jangan buang masa,
siapa kata kita tidak boleh?
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata!"
-MenujuWawasan, UNIC

Haritu buat tugasan yang menghendaki kami buat outreach. Aku dan grup aku buat program Tahsin Al Quran dan Fardhu Ain di Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As- Solihin yang melibatkan anak-anak yatim disitu.


Suci betul wajah-wajah anak yatim ni. Dan mereka sungguh tabah! :')

Kesimpulannya,
kehidupan di universiti walaupun hectic tapi tidak mustahil untuk dilalui.
Aku pernah terfikir, apa yang sedang aku lalui ini sebenarnya sama dengan apa yang cikgu-cikgu sekolah aku dulu pernah lalui.
Jadi,
bukan mustahil untuk menghabiskan pengajian dengan jayanya di universiti ini. Buktinya, guru-guru yang sangat memberi inspirasi kepada aku dulu, majoriti merupakan keluaran dari uni tempat aku belajar sekarang.

Ini pun baru permulaan sebenarnya untuk buat analisis dan kesimpulan sendiri. Aku yakin nanti segala perspektif aku ini akan berubah.

Aku hanya perlu fokus dan enjoy the campus life to the fullest!

Ingat ni:


Kita patut rasa bertuah sebab kita meniti laluan yang memudahkan kita menuju ke jalan syurga!

Jom tajdeed niat!
BELAJAR LILLAHI TA'ALA!
belajar supaya kita dapat
BANTU AGAMA ALLAH!

JOM!


ma'a salamah!

Comments

Popular posts from this blog

I'm sorry, this is another heart break story.

Healing from a heartbreak thoughts.

Aku&SEMEKAR: 2 Sudah, 1 lagi : )

My September 2022 : Our Best Friend Kahwin!

Kerinduan yang ke-9 tahun.