My SMKTT Memories | 2020
Assalamualaikum wbt. Hi. Aku menyedari rajin aku update blog ini sejak kebelakangan ini, tapi update tersebut hambar sekali ya tanpa gambar hehe. Demikianlah seorang Zafirah yang agak sukar menemui jalan kerajinan untuk transfer gambar dari telefon ke laptop bagi memeriahkan suasana setiap post dalam blog ini. Sekarang ni dalam mood membersihkan dan menyusun folder-folder gambar dari phone ke laptop (itu pun pinjam laptop Ayip mueheheh) jadi alang-alang tu update lah blog untuk mengabadikan memori di internet lalu senang kalau mahu belek-belek kenangan di masa depan nanti gituuu. So, let's enjoy my memories with SMKTT for the first time! Ya harusklah ada gambar depan pintu pagar sekolah sebagai bukti bagi rasminya saya sebagai ahli SMKTT ha gituuu. Aku guru kelas. Ni lah kelas aku. Masa awal-awal buka sekolah selepas PKP 2020 awal July hari tu, guru-guru lah susun kedudukan meja ikut SOP yang telah ditetapkan. Label semua lah cikgu-cikgu buat. Perlu ya show off gambar-gambar...

Comments