YouTube: Doa Sambut Ramadhan_Ustaz Maulana


Assalamu'alaikum!

Hey! saya ada akaun yotube! hahaha macam lucu ja kan hahahaha.
Ok stop!

Ini saja lah mahu test upload video yang aku record masa datang ceramah Ustaz Maulana dari Indonesia yang sangat popular dengan trademark-nya:

Ustaz: "Jamaah?"

Jemaah: "yeeeey!"

Ustaz: "Oh jamaah?!"

Jemaah: "Yeeyyy!"

Ustaz: "Alhamdu..?"

Jemaah: "Lillah!"



Ya ampuuuuun, ustaz ini kok sangat lucu ya? para audience malah ketawa terus mendengar ceramahnya *terus cakap macam orang Indon juga la kan lulz*

Ceramah ini diadakan di Perkarangan Masjid Negeri Sabah pada 30 Mei 2015.
Keterujaan yang amat untuk datang ceramah Ustaz Maulana ni sebab selalu tengok di TV saja channel Astro Pelangi itu pun masa promosi bagi free saja tengok. Lepas habis promosi terus tidak dapat tengok sebab tidak melanggan pakej Astro Indo Pek. Sepi saja khabar ustaz ni. Sampailah dapat tahu jemputan Ustaz Maulana dari Indonesia ini untuk bagi ceramah sempena Semarak Ramadhan maka excited la kami datang.

Alhamdulillah, berpeluang dengar ceramah Ustaz Maulana secara live dan menyahut trademark ustaz masa ustaz tanya "Jamaah?!" aku pun semangat jawab "yeeeyy!" feeling feeling macam tengok di TV tuu hahaha.

Soal akaun youtube ini, harap-harap tidak menyimpanglah nawaitu dari berkongsi apa yang baik-baik dan positif sahaja.

Sekian announcement suka suka yang aku upload video petama di channel YouTube sendiri yayy! nampak sangat syiok sendiri di situ haha.

Last but not least, aku juga excited tunggu kedatangan Ramadhan!, aku tahu kamu pun sama. Marilah kita berdoa semoga kita dipanjangkan usia untuk sampai di Bulan Ramadhan Al Mubarak yang sangat dirindu dan dapat merasai keindahan Ramadhan. Amiin :')

So,

READY FOR RAMADHAN?


In shaa Allah!

Ma'a salamah! :)



Comments

Popular posts from this blog

I'm sorry, this is another heart break story.

Healing from a heartbreak thoughts.

Aku&SEMEKAR: 2 Sudah, 1 lagi : )

My September 2022 : Our Best Friend Kahwin!

Kerinduan yang ke-9 tahun.