Aku&SEMEKAR: Graduasi Tingkatan Enam Kohort 2



Assalamu'alaikum. Hai~

29 April 2015 sekolah aku buat Majlis Anugerah Cemerlang & Graduasi Tingkatan Enam Kohort 2.

Ini adalah masa yang paling dinanti oleh kami sebab masa ni dapat jumpa dengan kawan-kawan balik setelah lima bulan jugalah kami berpisah lepas habis STPM dulu tu.
Sayangnya, tidak semua yang dapat hadir. Dari 35 orang, yang dapat datang hanya 21 orang saja. Sedih tahu?. Jadi, kepada kawan-kawan yang tidak dapat menghadirkan diri atas sebab aral yang tidak dapat dielakkan, entri ini khas untuk kalian(amboi).

Entri ini kaya dengan gambar. Jadi pot pet pot pet aku kali ni akan kurang.
Biarlah hati gambar yang berbicara ya?.



-Dalam dewan-



but first, lemme take a selfie



dari kiri: Ayy, Effa, saya, Dilaa, Felly =P, Siti

dari kanan: Lala, Mai, Era, Zila, Siti, Linda a.k.a Felly,Dila.

okay, not selfie. wefies.

Look what did I got from Effa and Ayy?!


Bunga graduasi in advance hadiah hari jadi! yay!
Thank you Effa and Ayy!



dari kiri: Miejuk, Padel, Effa and Ayy.



:miejuk and fadel

-Terima sijil graduasi-

ini sijil graduasi.:

Ini mereka yang menerima sijil graduasi:



Udiq, Faiz, Idir,
Giyin dan Mipdal.




Pida', Almin,
Pili dan Jili


Siti, Ayy,
Miejuk dan makcikT_T.



Lala, Dila,
Linda dan Fadel.


Zila, Era,
Effa dan Mai.


-Luar dewan lepas ambil sijil-



mereka yang berjaya menamatkan STPM dengan gagah! *Alhamdulillah!*

suka suka suka gambar yang disnap tanpa sengaja mengahsilkan gambar ini! cantik!

-masa di Foyer tunggu guru-guru-


tapi cikgu-cikgu tetap belum datang jadi, bertebaranlah seketika mereka-mereka ini di dataran sekolah,

Tema gambar di bawah: bergambarlah seperti dataran sekolah adalah kita yang punyaHAHAHA-











-SESI PERASMIAN JAMBATAN BULUH-



macam YB lambai-lambai dekat rakyat jelata pula ya kamu?

"Dari puncak ingin ke angkasa!"

eh eh tunjuk apa tu?

amboi amboi. bukan mereka perasmi jambatan buluh ini sebenarnya. Turun turun! cepat turun! Perasmi sebenar is on the way! *maka bergegaslah mereka turun dengan ayunya*


-Perasan banyak gambar geng perempuan saja kan? okaylaa bagi chance la untuk gambar lelaki pula.. bagi chance la sekali sekala.. nahhh-







ok sudah, cukup. tidak boleh lebih lebih =P *padahal memang gambar dorang tidak banyak dalam simpanan aku*


Baiklah, tibalah giliran gambar yang boleh aku labelkan sebagai "perfect!" walaupun sebenarnyakami tidak lengkap masa ni. Ada guru yang tiada. Kawan-kawan lagilah ramai yang tiada.


Gambar favorite!

Alhamdulillah, tamatlah sudah cerita STPM. Lepasni, kalau rindu pandai pandailah cari entri yang aku tulis ni baca dan tengok balik gambar-gambar kami ni.

Atau,
boleh menjadi inspirasi dan motivasi kepada adik-adik STPM yang lain mungkin?
Jangan mudah give up. Orang sekarang kata, hati kena sado. Jiwa mesti kental. Cabaran dalam tingkatan enam tu memang tidak dinafikanlah. Tapi ingat saja, biar penat sekarang. Biar pahit sekarang. Nanti, di akhir nanti, kita saja yang tahu betapa manisnya hasil usaha kita tu, Percayalah. Allah tahu usaha kita.

"Dan manusia itu hanya memperoleh apa yang diusahkannya"- An Najm ayat 39

Terima kasih kepada ahli keluarga yang tidak putu-putus bagi sokongan.
Terima kasih guru-guru yang sentiasa positif dan memberi tunjuk ajar!


Terima kasih kawan-kawan yang sudi berkongsi gambar graduasi kita ni!

ramai juga sebenarnya kawan-kawan kami yang tidak dapat datang. Sangat terasa ketiadaan mereka.
 mereka adalah:


Marha, Dayang, Khuu, Syeff, Rosa, Fazilah, Suhana, 
Salman, Hafiz, Mol, Erman, Saflie, Sufi dan Pundin,

 Walau pun mereka tiada bersama masa tu, tapi kami tahu mereka sentiasa terpahat indah dalam hati setiap seorang daripada kami. Satu tahun setengah sama-sama mestilah banyak suka  dan duka kami kongsi bersama. Mestilah banyak kenangan yang tercipta. Mestilah banyak memori kami kongsi sama-sama.

Hoi! aku taip ni dalam mood rindu oi!

Entah, bila lah dapat jumpa dan berkumpul ramai-ramai macam ni lagi. haihhhh!

Baiklah, saya sudahi entri ini dengan doa Rabitah.

*amiin*



Masa juru kamera cakap "random pose!" beginilah jadinya>>

 
Kejam! orang depan kejam!, kesian orang dibelakang tidak nampak muka T_T

ok bai.

Ma'a salamah!


Terima kasih kerana sudi baca!




Comments

Popular posts from this blog

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

FATIMA KINASCY A NAME AND SECRET BEHIND IT.

#AzeaTurns20

Before 2021 ends!

Siapa Malaysia?