Aku&SEMEKAR: Semester Terakhir



Assalamu’alaikum! Hai

Ya, aku tahu lama sudah aku bercuti sebagai pelajar lepasan STPM 2014 dan sekarang baru mahu terkedek-kedek update blog cerita pasal semester terakhir. Cis!

Entri ini kira macam sambungan cerita “second last semester ” dari bulan Januari 2014 hingga Mei 2014 yang aku pernah tulis dulu  dan anda boleh membacanya di sini>>
Tidak perlu mukaddimah panjang sangatlah kan sebab cerita kali ni aku agak panjang juga haha so, *read at your own risk! Kohkoh

Cerita semester dua dulu aku cerita sampai bulan Mei 2014 dan kali ini aku mula dari Jun 2014 iaitu bulan pembukaan semester terakhir untuk STPM 2014.

JUN
Jun adalah bulan permulaan, kira macam pembukaan bagi semester terakhir STPM 2014 dan semestinya itu adalah sesuatu yang megujakan! Sebab habis final semester boleh cuti panjang macam sekarang ni lah.. sangaaaat panjang dalam 9 bulan jugala sebelum sambung study balik in shaa Allah nanti bulan sepetember 2015.

Semester terakhir, semestinya silibus lebih tough dan tugasan yang diberi lebih mencabar. Tugasan maksud aku di sini ialah Kerja Kursus(KK) atau sebelum ni dinamakan sebagai Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS).

Bagi kelas aku yang ambil aliran agama, kami perlu menyiapkan 2 KK iaitu KK Bahasa Arab dan KK Usuluddin. Masa buat KK ni sudah nekad habis untuk belajar dari semester dua dulu, tidak mahu tangguh dan mesti berusaha untuk menyiapkan KK secepat yang mungkin supaya dapat masa study lebih dan tenang untuk exam bertulis pula pada bulan November 2014.

Bulan Jun adalah agak istimewa bagi aku sebab genap 1 tahun aku jadi pelajar STPM di sekolah aku. First anniversary (lah konon) sebagai pelajar di sekolah yang agak baru bagi aku ni sebab 24 Jun 2013 aku mula mendaftar. Tidak sangka, 1 tahun tu berlalu macam angin eicehh =P

Jun juga ada diadakan Seminar STPM Peringkat Negeri Sabah 2014 pada 26 hingga 28 Jun 2014 di SMKA Kota Kinabalu, Sabah(SMAKK). Semua SMKA seluruh sabah yang ada tingkatan 6  aliran agama terlibat dengan seminar ini. Walau jauh berjam-jam perjalanan pun sanggup datang. Upper six dan lower six SMKA Sabah semua berkumpul di SMAKK untuk tuntut ilmu dan pengalaman bersama masa tu. Amazing betul aku rasa masa tu. Cuma, sekolah aku hantar upper six saja atas sebab masalah yang tidak dapat dielakkan jadi adik adik lower six kami tinggal di sekolah dan kami yang enam atas ni yang hadir ke seminar itu.

Sepanjang seminar tu aku yakin yang aku tidak balik dengan tangan kosong. Isi seminar tu adalah pencerahan bagi setiap mata pelajaran yang kami ambil. Dapat banyak ilmu dan pengalaman pertama berada di SMAKK amat mengujakan!. Antara yang seronoknya aku dapat jumpa Azea the neigbour and one of the #BFFTJ!




Serius, keberangkatan kami ke SMAKK penuh dengan keterujaan yang sangat membara walaupun diuji dengan enjin bas panas masa dalam perjalanan dan pakcik tidak berani bawa kemudian berhenti di workshop repair and fix itu ini akhirnya Alhamdulillah! Dapat juga perjalanan diteruskan. 




Walaupun bas kami agak uzur dan amat perlahan untuk jalan jauh sampai ada kawan kata bas kami tu macam bas budak tamil pegi sekolah  T_T haa ni siapa yang cakap ni? Rosa tolong jawab! haha 



tapi yah, mungkin disebabkan oleh niat murni kami menuntut ilmu itu Allah mempermudahkan urusan kami syukur Alhamdulillah sampai juga ke SMAKK dalam lebih kurang 5pm.



ini Rosa :)

SMAKK cantik! Selesa! Terima Kasih SMAKK sebab jadi sekolah yang sangat cantik dan best!, banyak pondok yang best dan cantik, ada surau yang best dan cantik, ada asrama yang best dan cantik, pelajar pelajar yang sangat best dan cantik dan best dan cantik. Eh? Hihi



Hari terakhir seminar masa penutupan, perasmi yang sepatutnya merasmikan majlis tidak dapat hadir jadi diganti oleh Penolong Kanan Tingkatan Enam SMAKK. Ucapan perasmian amat menyentuh hati, macam bukan ucapan majlis perasmian tapi aku rasa macam slot motivasi. Paling aku ingat ayat PK Tingkatan Enam SMAKK masa tu “Kita mahu buktikan yang pelajar SMKA pun boleh dapat 4.0! Kita harap dalam kalangan pelajar SMKA STPM 10 orang atau lebih dapat 4.0!” “Kita mahu A, A untuk apa?, A untuk Allah!. Dengan A itu kita boleh bantu agama Allah” lebih kuranglah macam tu.

Kami balik dengan tiga buah van kala aku tidak silap. Dua van adalah trip yang mula bergerak sebab dua van itu singgah 1Borneo lagi. 1 van lagi adalah van yang trip last bergerak dan memilih untuk direct ke sekolah. Aku termasuk dalam trip last sebab tidak mahu singgah 1B konon konon tidak mahu lambat sampai sekolah supaya sempat solat sunat tarawih berjemaah pertama kali. Almaklum, esoknya adalah 1st Ramadhan 1435 :')




Van trip last datang lewat, kata sampai jam 4pm tapi jam 5pm baru sampai. Apa lagi, habs juga la satu SMAKK tu kami ronda



Van trip last adalah trip paling lucu, ada 3 orang musimat solehah (in shaa Allah, amiin) dalam trip tu dan 5 orang lelaki budiman tapi tidak berapa mahu betul setting otak mereka haha ada saja idea gila gila buat orang ketawa sepanjang perjalanan bersama dengan seorang guru pengiring yang cukup caring dan pakcik yang sangat tabah dan baik hati memandu van :)

Kami ada singgah makan, mungkin cikgu dan pakcik lapar terus dibawalah kami bersama untuk singgah makan. Kami pun makanlah.



Antara kejadian yang tidak boleh lupa adalah, masa kami singgah di Petronas untuk solat, sementara tunggu kawan kawan yang lain siap solat satu orang kawan tu buat money collection untuk beli aiskrim, setiap seorang masuk tangan dalam poket dan keluarkanlah sejumlah wang yang ada, entah macam mana mampu juga setiap seorang dapat satu aiskrim. 




The Dayang!

Haaa,kalau banyak tempat singgah, agak agak sampai sekolah jam berapa?
Kami yang trip last dan bernawaitukan mahu sampai awal kesekolah pada mulanya itu ternyata sampai lebih lewat berbanding kawan kawan yang ikut trip ke 1B. Solat sunat tarawih sendiri lah alamatnya.

Apa yang pasti trip last lucu dan best.



.......

Ramadhan 1435/2014 jatuh pada 29 Jun 2014. Bulan ramadhan best, tenang. Paling dinanti. Paling dirindu. Tambah lagi mengenangkan ramadhan kali ini adalah ramadhan terakhir di sekolah kesayangan aku ini. Ramadhan di sekolah aku seronok, sebab waktu sahur dikejutkan oleh kawan yang sentiasa tabah datang dorm bagi bangun hihi, best sahur bersama kawan-kawan. Lepastu dapat minuman kotak bagi siapa yang turun ambil sahur. Buka puasa sama sama. Seronok!  




Tarawih. Before Tarawih lebih tepat.
linda. siti. era.


JULAI

Masih Ramadhan. Banyak aktiviti kerohanian yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan yang ambil bahagian pun tidak kurang. Cukup bermanfaat. Salah satu yang best bagi ramadhan di sekolah aku adalah, bazaar ramadhan!, aku boleh dikatakan jarang la membeli makanan di bazaar untuk juadah berbuka, Cuma aku rasa seronok betul pengalaman itu, feeling feeling bazar di kampug sendiri gituu dan paling best buka puasa ramai ramailah.

Dalam bulan Ramadhan 2014 juga keluar result exam semester 2 yang lepas. Masa ni kena fight sendiri sendiri kawal emosi dan push diri sendiri untuk move on sebab result menurun dengan jayanya berbanding result semester 1 dulu. 
Tahu saja result, hari yang sama bergegas ke pekan untuk beli nombor pin ulangan di BSN.



 Proses untuk move on itu tidak ku nafi memang payah untuk dilalui,bagi aku la. Memang rasa diri down sampaikan tiap malam menangis depan loker pujuk hati dan diri sendiri. Tapi, tidak berlanjutan. Kami ada guru dan rakan-rakan yang super supportive. Kalau jatuh, kita bangun balik. Biar lambat, biar ambil masa untuk bangun balik, yang penting kena berani dan kuatkan semangat untuk terus berjalan kehadapan. Masih ada waktu untuk perbetulkan kesilapan.

...
Masa bulan Ramadhan 2014 juga aku belajar untuk menganjurkan satu pertandingan bersempena Ihtifal Asrama 2014. Setiap syu’bah dikehendaki untuk menganjurkan satu pertandingan. Aku adalah pengawas asrama dibawah syu’bah akademik dan Syu’bah aku bersatu hati untuk buat pertandingan Spelling Bee. 



Pertandingan kami buat tu tidak terlaksana pada tarikh yang kami sudah tetapkan tapi buat pada hari lain. To make long story short, aku serius agak stress mengendalikan pertandingan itu. Banyak cabaran dan dugaan yang dihadapi, tapi aku akur juga la sebab bila aku tengok balik memang perlaksanaan petandingan itu yang tidak baik atas sebab tiada persediaan yang rapi serta terlalu beranggapan yang handle pertandingan itu adalah mudah. Liku-liku sepanjang pertandingan itu dijalankan Alhamdulillah berjaya dilalui dan kami dapat pemenang. Aku sangat berterima kasih kepada peserta-peserta yang tabah menanti, kesana dan kemari untuk ambil bahagian dalam pertandingan yang kami anjurkan itu.

Terima kasih kepada ahli Syu’bah aku, kawan-kawan juga Alhamdulillah we did it! Thank you for the moral support even tidak berada di sana bersama menanggung perit itu eicehh *aku bagi ucapan terima kasih macam terima award ABPH suda kenapa kan?*. Aku belajar banyak perkara masa jadi penganjur aktiviti ini,
1.      Preparation.
2.      Plans. Plan A, Plan B, Plan C – Plan Z!
3.      Tidak mudah give up
4.      Tahu handle problems yang mendatang tanpa diduga

.....
Ramadhan 2014 juga pembubaran pengawas asrama atau di sekolah aku dikenali sebagai Badan Kepimpinan Asrama (BAKA) bagi sesi 2013 dan 2014. Maksudnya kami lepas dari tugasan menjadi BAKA. Ada majlis untuk acara itu. Ya, aku adalah salah seorang AJK BAKA. Aku cerita juga di sini sebab majoriti tingkatan enam 2014 adalah AJK BAKA dan amanah AJK tertinggi itu terletak di bahu Tingkatan Enam Atas juga, almaklum paling senior di sekolah tuu uhuk uhuk*batuk orang tua*.

Bulan Ramadhan 2014 juga diadakan Majlis Berbuka Puasa Badan Kepimpinan Asrama di Hotel Perkasa, Kundasang pada 23 Julai 2014 weeee~

Jejaka-jejaka tampan Pra-U SEMEKAR 2014




le girls



 rasa dihargai sangat oleh pihak sekolah. Makan sampai ber-round round hihi.. sementara tunggu waktu berbuka ada ucapan dari pengetua dan guru guru merangkap warden. Lepas berbuka, kami kena solat maghrib, lepas solat maghrib turun balik untuk sambung makan haha..

 makan saja yang seronok siap mahu tapau bawa balik lagi makanan makanan tu, tidak percaya? Nah bukti! 

Haha kan kedapatan tapau makanan =P

Lepas siap makan, sempat juga solat isyak dan solat sunat tarawih di sana sementara tunggu bas datang ambil kami. Alhamdulillah, manis betul bila ingat balik kenangan itu, sebab banyak makanan mungkin :'P

Bulan Julai juga kami balik kampung untuk hari raya puasa, weeee~
Hari raya ke 19thn adalah hari raya aku paling sakan haha dan amat tidak sedar diri yang Kerja Kursus sedang menanti untuk disiapkan tapi tetap dibuat juga tau :P

Phewww~

OGOS

Masih dalam mood hari raya hihi tapi sampai sekolah kena tukar mode hari raya kepada mode menyiapkan KK sepenuhnya. Sambil buat KK sambil makan kuih raya =)



Sambutan hari raya peringkat sekolah pun diadakan pada 23 Ogos 2014, semestinya semua pelajar dan guru guru berbaju baru, berwarna warni, anggun, berseri, bergaya ceria dan yang paling penting makanan istimewa disajikan! Yeaahh! Bab makan mesti semangat ya anak-anak! =P






sebenarnya ini sebahagian daripada makanan yang disajikan untuk guru-guru dan ibu bapa sahaja, gambar ini juga ambil dari Official Facebook SEMEKEKAR :) hakikatnya, pelajar-pelajar ada makanan lain.. Dewan Makan sedia.. tapi menu tetap special juga lah.


dan, paling penting.. tidak sah kalau tidak  ambil gambar beramai-ramai hoi




credit to Zila ;)


Ogos juga seorang kawan kami berkeputusan untuk beralih dari meneruskan tingkatan enam dan memilih untuk sambung study bidang lain. Kawan kami itu adalah Yull. Yull siap buat jamuan perpisahan.. sedih pula. 


Bye yull, lebih dari separuh STPM kami tempuhi bersama, tapi dia lebih tahu apa yang dia mahu, jadi kami terima keputusan itu :’) kami yang tinggal, keep moving on! Setia dengan kesungguhan finish strong this STPM 2014!

.....

Ogos juga adalah bulan kemerdekaan. Setiap sekolah mesti ada aktiviti bulan kemerdekaan kan, . Antara aktiviti sempena bulan kemerdekaan di sekolah aku adalah, Mewarna bendera Malaysia dan bendera Sabah! Weeee~ semua pelajar terlibat, termasuklah kakak kakak tua dan abang abang long di sekolah ini. 





19 tahun dan mewarna bendera dengan pesil kayu adalah, RARE.

Bulan ni adalah bulan stress juga sebenarnya haha.. stress menyiapkan KK.. sebab target memang kena siap dalam bulan ni juga supaya dapat fokus study untuk exam nanti. Alhamdulillah, target tercapai, lega KK siap sepenuhnya dalam bulan Ogos 2014.

SEPTEMBER

Viva iaitu pembentangan kajian kami. Boleh bayangkan apa tidak macam mana aku mebentang kajian dalam bahasa arab?, keyhhh sila ketawa terbahak bahak!, aku ingat pun malu. Tapi, ustaz kami cool, sangat cool dalam menahan ketawa hahaha. Alhamdulillah, habis viva arab lega fuhhh!, habis viva  untuk usuluddin pun macam tu sebab kalau habis viva maksudnya KK settle! Tinggal exam final saja lagi.

Vwooopppss!, tidak, ada lagi debaran lain iaitu ujian lisan bahasa arab. Aihh, ini pun mahu cepat cepat habis sebab aku ni sangat teruk berkomunikasi dalam bahasa arab, fakir vocabulary bahasa arab jadi lidah akan kelu bila kena respon jawapan dalam bahasa arab. Malu laaaa.

Keputusan MUET kami pun keluar bulan September.

Bulan ini juga sekolah aku ada buat Majlis Restu Ilmu yang melibatkan pelajar pelajar yang ambil exam besar SPM, PT3 dan STPM juga tidak terkecuali. Kami solat sunat hajat. dapat air zam zam. Dapat kismis :)  



36 unit air zam zam untuk tingkatan enam, walaupun hakikatnya 34 orang sahaja tingakatan enam yang tinggal masa tu.


OKTOBER

Ada trial STPM semester 3.

Ada aktiviti gotong-royong dan tanam-tanam pokok sekitar sekolah, aku dengan kawan kawan aku semangat ambil bahagian, sebab mahu meninggalkan bakti kepada sekolah. Nanti sepuluh tahun akan datang, bila datang sekolah ni ada la kena cerita “pokok tu, aku yang tanam” hikhik :P

5 oktober 2014 hari raya aidil adha. Hari raya aidil adha aku tidak balik rumah, berhari raya di sekolah saja. 


ini masjid Al Bukhari SEMEKAR :)

Pagi raya tu aku dengan kawan-kawan aku bersiap awal berseri seri ke masjid untuk solat sunat dan dengar khutbah hari raya Qurban. Dengar takbir raya di masjid sekolah sajalah sambil tahan sebak lepastu menyesal tidak balik kampung :’b


amboi, berseri-seri kah?haha

Yang buat aku dengan kawan kawan aku gembira, ustazah jemput kami datang rumah untuk makan laksa, yahuuuu! hilang keresahan jiwa dan kesedihan hati bila kena pelawa untuk makan hehehe…laksa penang ustazah sedap, ustazah baik. 







Nanti mahu pandai masak dan mengajar macam ustazah. Boleh? *kelip kelip mata*


7 oktober, sambutan hari raya aidil adha peringkat sekolah. Sekali lagi makan istimewa disajikan. Yeahh!

31 Oktober, kami buat acara restu ilmu pelajar pelajar tingkatan enam yang akan exam pada 3 november 2014. Kami ke bilik pensyarah kami dan bersalam salam, minta suntikan kata semangat buat kali terakhir sebelum exam, kami minta maaf, minta nasihat semua masa tu. 




macam-macam sebelum masuk dalam bilik pensyarah untuk bersalam-salaman
.
masa dalam bilik pensyarah, sedang dengar nasihat guru-guru.
Gambar dalam bilik pensyarah tidak banyak sangat masa tu sebab kamera aku record video.

Untuk kamu yang membaca tahu, setiap kali mahu dekat exam bagi setiap semester mesti kami jumpa guru-guru buat macam ni, mengeratkan ukhuwah gituu.. bersyukur betul aku berada dalam kalangan keluarga PRA-U SEMEKAR 2013-2014. Satu orang kawan kami tu cakap macam ni, “tiada guna kalau kita usaha belajar sungguh-sungguh tapi tidak dapat restu guru-guru” ada betulnya juga. 
macam-macam sebelum keluar bilik pensyarah :P
Dari kiri dalam cermin: Marha, syeff, Siti, Ayy dan Lala


NOVEMBER

1 November 2014, jamuan akhir tahun sekolah aku. kira macam dinner kali terakhir bersama lah macam tu. Makanan pun mewah, ada aiskrim boleh tambah banyak kali haha bab makan tidak boleh miss kan? kikiki


Jamuan tu dibuat di dataran sekolah dan dibuat malam, ya lah nama pun makan malam. 
Cantik betul malam tu, pelajar pelajar pun cantik-cantik dengan tema padang pasir, memang semua lawa lawa lah.



....

1 November juga kami ada buat solat sunat hajat, setiap kali mahu exam kami buat solat sunat hajat yang pasti diketuai oleh ustaz kami :)



...

3 november 2014, final exam semester 3. Dup dap dup dap.




Lagi satu yang best, sebelum kami mula exam, 30 minit sebelum mula exam lah macam tu, kami mesti turun ke "foyer" sekolah untuk berkumpul dan baca doa sama-sama, salam guru-guru dan dengar nasihat guru-guru lah yang pasti. Haihh, best betul saat itu bila inga balik :')

4 november 2014, last paper untuk kelas aku. lepas habis paper...
Eittt, exam tidak berakhir begitu sahaja, ada exam ulangan lagi. Next-week-nya kami kena fight dengan exam ulangan semester 1 dan semester 2.


suasana kelas seelum mula exam..
......

21  november 2014, majlis perpisahan dan jamuan akhir tahun Pra-U SEMEKAR Kohort 2. 
Majlis ini kecil kecilan saja. Plan-nya datang tiba-tiba. Ke sana, ke sini kami dibuatnya. Macam macam buah fikiran dikeluarkan tapi pelaksanaannya tidak sekencang hujah diberikan. Normal lah kan. Tidak kisah, yang penting dapat sokongan, dapat tahu mereka ada bersama sudah cukup buat kami terus gagah meneruskan rancangan yang nampak rapuh itu.


set up tempat majlis.






Haa.. main belon.. main lah.. main!

Tapi kalian tidak tahu kegigihan di sebalik memampukan belon itu terapung dalam gambar macama mana =P
behind the scene T.T
haaa tengok, gigih humban belon lepas tu laju laju lari supaya dapat snap efek belon yang konon konon jatuh dari atas phewww~

masa main belon ni juga la aku dapat tahu yang salah seorang daripada kawan-kawan aku ni takut dengan belon.. kesian, merah padam muka dia masa belon tu ditiup dan di humban tempat dia. Dia adalah Lala. Sebelum ni pernah juga dengar pasal fobia pada belon ni, takut belon tapi tidak pernah pula nampak depan mata, jadi hari tu aku nampak sendiri la. Kesian Lala, macam mahu nangis dia masa tu.


sorry Lala:)

Alhamdulillah, usaha kecil itu, rasa gundah itu, tekanan itu sampai tidak lena tidur. Risau plan yang dirancang tidak terlaksana, Allahurobbuna! sungguh rancangan Allah itu adalah yang terbaik!. Not perfectly as what we've planned but still, jamuan itu terlaksana dengan serba sederhana tapi kami dapat rasa kemanisan ukhuwwah itu.


dari kiri, Salman, Erman, Syajili, Almin, Faiz, Sufi(alamak terpotong muka pula hihi), Mol, Hafiz dan Pida'

hoi tengok kamera oi!
dari kiri: Pili, Mifdal, Idir dan Joko'


My happy pills I, from left: Rossa. Miejuk, Gere', Dayang, Siti, Effa dan Padel.

My happy pills II, from left: Ayy, Syeff, Marha, Fazilah, Khuu, Lala dan Suhana.

 Kami dapat tatap wajah-wajah yang fight bersama kami menamatkan STPM!. Kami dapat suntikan semangat dari guru-guru yang boleh jadi lepasni sukar untuk bersua :')



classmates aku bersama guru kelas kami yang paaaaaaaling cool!


Kelas sebelah yang sungguh happy go lucky!



Kami semua :')

26 November habis exam ulangan. Maka bertebaran pelajar-pelajar lepasan STPM ke kota masing-masing menghadapi waktu cuti yang amat panjang dan paling dinanti hihi..

So far, alhamdulillah, masih connected dengan mereka through whatsapp group yang tiada henti laporan notifikasinya. tidak kisah, biar meletup notification masuk asal on whatsapp yang penting aku tahu, kami masih berhubung. Harap-harap keep in touch la ya?

Sekian dahulu cerita panjang yang bukan aku reka, tapi sebenarnya aku dan mereka lalui sepanjang STPM semester terakhir. Mungkin ada yang aku missed di mana-mana moment penting dan best sepanjang STPM tapi ini aku kira suda cukup untuk menghibur hati bila disapa rindu satu hari nanti kan?

Gambar-gambar yang ada dalam entri ini bukan semua milik aku, banyak sumber aku dapat gambar ni, dari facebook ada, moment wechat ada, minta dari kawan-kawan thru whatsapp pun ada.. terima kasih semua yang sudi pinjamkan gambar-gambar kita yang lawa lawa dan kacak kacak ni (puji lebih lebih adalah perlu ya masa sesi berterima kasih =P)

In shaa Allah, panjang umur dan ada rezeki kita jumpa lagi!
dan saya amat berharap detik dapat bersua kembali itu.

Ampun maaf saya pohon kepada semua rakan-rakan dan guru-guru atas segala kekhilafan diri yang serba serbi tidak sempurna ini. Terima kasih juga saya ucapkan atas lakaran memori yang kita lalui bersama. 
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas nikmat memiliki rakan-rakan serta guru-guru yang baik dan manis-manis belaka. 



Baju batch <3


Apa lagi aku harap selain memohon supaya ukhuwwah ini abdan abada? :')



Macam gambar keluarga :')

Selamat melangkah gagah menuju cita kawan-kawan!

"Selamat jalan teman, tetaplah berjuang, semoga kita bertemu kembali,kenang masa indah kita, sebiru hari ini"~Sebiru Hari Ini by Edcoustic~

Pra-U SEMEKAR 2013/2014 paling awesome!


-TAMAT-






Comments

Popular posts from this blog

Daily Blog Challenge | DAY 2

Sambung study.

Tentang header

Daily Blog Challenge | Day 6 | Elephant Film Festival 2017 !

Tentang convo.