Kalau rindu, doa.



Kenapa hilang orang yang kita sayang ni sakit?
Sebab kita sangka dia milik kita,
kita lupa dia juga milik Allah. Sama macam kita
- mato@Blog Aku Islam.

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamu'alaikum wbt.

Lama aku tidak menulis. Ya, aku tahu.

I've been through tough and hectic life with ups and downs, with final STPM semester but yeah, I finished strong my STPM. Yup, us the STPM-ers all around Malaysia just finished strong our STPM! Alhamdulillah!.

Tapi.

Perkara yang aku tidak pernah aku gambarkan akan terjadi, jadi pada aku,
perkara yang paling aku takut, jadi pada aku,
perkara yang aku tahu akan buat aku sedih, berlaku pada aku,
perkara yang buat aku dengan keluarga aku perlu tabah dan menerima hakikat akan hak mutlak Allah memiliki segalanya, berlaku pada aku.

Bapa milik Allah.
Bapa hak milik Allah.

Bapa tidak pergi. Jasadnya sahaja yang tidak kelihatan.
Semangat bapa, 
kasih sayang bapa, 
pelukkan bapa, 
kucupan bapa di pipi dan dahi masih dirasa dan selama-lamanya akan dirasa.

Bapa mungkin pergi meninggalkan kami dan amat mustahil untuk kembali.
Tapi,
bapa sentiasa dalam hati kami.
Ingatan kami untuk bapa dalam setiap doa kami tidak pernah luput, tidak pernah henti.
Sayang kami, cinta kami pada bapa akan berpanjangan sampai bila-bila.

Tidak rindukah?.
Tipulah jika aku kata tidak. 
Tapi percayalah,
rasa rindu ini aku tidak mahu buang.
Rasa rindu ini sentiasa aku rasa.
Sebab, 
bila rindu, terus doa.
Bila rindu terus cepat-cepat ambil Al Quran, 
baca sebagai hadiah untuk bapa di alam sana.

Kuat sungguh kau menghadapi ujian sebegini sekarang, masa tengah musim exam pula tu.
Allahu.. aku pun tidak sangka aku boleh setabah dan sekuat ini.
Untuk kau tahu,
membayangkan kehilangan sebesar ini pun aku tidak mahu malah aku tidak sanggup
tapi bagaimana aku boleh setabah ini?
sebenarnya,

aku meyakini sesuatu dengan ujian ini.
Allah kata, Allah tidak uji seseorang luar dari batas kemampuan hambaNya.

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al Baqarah:286)

Maksudnya,
Aku dan keluarga aku cukup kuat dan cukup mampu untuk menghadapinya sekarang.

Orang selalu kata, Allah uji sebab Allah sayang, sebab kau cukup kuat.
Ujian ini buat aku sedar,
Allah tunjuk kasih sayangNya dan beri kekuatan itu melalui mereka yang ada di sekeliling aku. Keluarga, guru-guru dan rakan-rakan.
Sokongan mereka,
kata-kata semangat mereka,
keprihatinan mereka,
doa mereka
buat aku rasa disayang, buat aku rasa kekuatan itu.
Allahu Akbar!

Ujian ini ajar aku untuk meyakini hak mutlak Allah sebagai Pemilik segalanya.
Percaya,
kita datang dari Allah dan akan kembali kepada Allah.


Sayang  bapa selamanya.

Al Fatihah.

Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku kepada roh bapaku Ripin bin Soud,
Ya Allah, ampunilah dosanya, kesihanilah dia dan sejahterakanlah dia.
Maafkanlah segala kesalahannya, muliakanlah kedatangannya dan lapangkanlah kuburnya.
Terimalah kebaikannya dan hapuskanlah kesalahnnya dengan rahmatMu ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 
Amiin ya Robbal'alamin.




Comments

Popular posts from this blog

Level 3 of #ZafirahwithYouKM

FATIMA KINASCY A NAME AND SECRET BEHIND IT.

#AzeaTurns20

Siapa Malaysia?

Before 2021 ends!