Cerita Cinta Ahmad Ammar sebagai motivasi dan inspirasi.

Bismillah. Assalamu'alaikum.
Aku baru habis baca buku yang baru aku beli guna BB1M yang berjudul Cerita Cinta Ahmad Ammar.
Tidak dinafikan, siapa yang tidak tahu cerita fenomena Ahmad Ammar?. Kematiannya membangkitkan banyak jiwa.
Semasa baca buku itu, diri ini tidak berhenti dari berkata, Allah mulia sungguh budi pekerti Ammar ini, berakhlak terpuji, disenangi dan disayangi oleh orang-orang yang mengenalinya.
Prinsip hidupnya yang lebih rela berpenat di dunia demi mencari dan mendalami ilmu itu sungguh SubhanAllah!. Visinya yang ingin menjadi sejarawan perantau, menziarahi serta mengkaji ketamadunan dan kekayaan sejarah bangsa negara Turki dan kerajaan-kerajaan yang pernah diasaskan oleh mereka membuatkan setiap hati-hati yang dulunya leka dan alpa terhadap tanggungjawab serta amanah sebagai penuntut ilmu kembali sedar akan keutamaan itu.
Hati-hati yang asalnya merungut dan sering mengeluh kembali mencerminkan diri sendiri, jika Ammar dan sahabat-sahabatnya boleh kenapa aku tidak?.
Jauh sekali mengagung-agungkan Ahmad Ammar kerana Ammar juga dididik dengan sifat-sifat Qudwah Hasanah yang ada pada Rasulullah. Semestinya Rasulullah lah sebaik-baik contoh teladan. Kisah Ammar sebagai titipan Allah kepada jiwa-jiwa yang selama ini layu untuk disisrami agar kembali mekar. Agar kembali bangkit. Allahu Akbar.
Kisah Ammar sebagai motivasi dan inspirasi untuk terus melangkah gagah dalam perjalanan yg panjang ini tanpa mengabaikan tumpuan terhadap ilmu-ilmu rohani dan agama serta hubungan dengan Sang Pencipta mesti dikekalkan bagi meraih ketenangan jiwa.
In shaa Allah, suntikkan semangat dan motivasi selepas membaca kisah Ahmad Ammar akan terus dijadikan inspirasi ketika diri rasa lemah, apa bila diri rasa putus asa, apabila sifat malas bermaharajalela, apabila sikap tugas bertunda membawa alpa mula menerpa agar segala sifat-sifat dan perkara-perkara mazmumah itu dapat dicegah!.
Bait kata Ahmad Ammar menjadi pegangan dalam dialognya bersama Abahnya Haji Ahmad Azam yang meluahkan hasrat ingin berehat dek terlalu banyak kerja dakwah, Ammar membalas:
"Abah, dunia ini untuk berjuang dan untuk penat, kita rehatlah bila mati nanti di syurga"
SubhanAllah!
Tidak perlu menjadi persis Ahmad Ammar. Jadi diri sendiri dan semestinya diri kita yang terbaik sudah cukup. Tidak perlu mengagungkan Ahmad Ammar, cukup dengan mencontohi dan meneladani kisah hidupnya.
Izinkan saya menjadikan kisah Ahamd Ammar sebagai motivasi dan inspirasi dalam meneruskan langkah sebagai penuntut ilmu dengan mujahadah niat kerana Allah.
"Dunia biarlah berpenat, Akhirat tempat aku berehat"
-Ahmad Ammar bin Ahmad Azam-
Al Fatihah.

Comments

Popular posts from this blog

Daily Blog Challenge | DAY 2

Sambung study.

Tentang header

Siapa Malaysia?

Daily Blog Challenge | Day 6 | Elephant Film Festival 2017 !